Saya baru sahaja habis nonton filem Laskar Pelangi...Filem ini diusahakan tayangannya oleh sahabat-sahabat Persatuan Pelajar Indonesia Universiti Malaya (PPIUM). Kiranya menurut mereka, ini adalah tayangan pertama kali di Malaysia. Khabarnya filem tersebut mendapat sambutan yang sangat hebat sebagaimana buku novelnya yang laris terjual.
Rasanya tidak rugi saya mengesyorkan anda-anda juga menonton filem ini. Seronok, menarik. Pada saya filem ini digarap dengan baik. Cukup rasa, sedih, lucu, teruja, semangat, dan semuanya ada termasuklah kisah cinta.(macam-macam ada)
Filem ini diwarnai dengan watak-watak cilik utamanya. 11 orang (asalnya 10, tapi datang pula seorang murid yang baru berpindah) murid sd(sekolah rendah saya kira kalau di Malaysia) yang gigih belajar dengan sepenuh kesungguhan.
Watak Pak Arfan, dan Bu Muslimah yang menjadi guru di SD Muhammadiah tersebut menjadi penguat kepada cerita. Saya rasa cerita ini memang wajar ditonton oleh bakal-bakal cikgu sebagai mencontohi dan belajar dari kegigihan mereka.
Diselang-seli dengan adegan-adegan lucu dan sedih menjadikan filem tersebut sangat menarik. Lucu bila melihat karenah anak kecil yang dilamun cinta hanya kerana melihat tangan sigadis ketika membeli kapur. Sedihhh bila anak yang sangat pintar, bukan.. genius sebenarnya terpaksa berhenti sekolah setelah ayahnya meninggal dunia. Dia yang anak sulung dalam keluarga berkorban demi untuk menyara keluarga, padahal dia masih sangat kecil..sangat kecil... Ya Allah betapa beruntungnya kita yang hidup dalam keluarga yang serba cukup, diberi pendidikan dan diberi kasih sayang. Tidak perlu memikirkan masalah mencari nafkah untuk hidup. Tapi kita masih tidak pandai bersyukur...
Itulah Laskar Pelangi, kisah benar penulis novelnya. Terimakasih kepada dr-W yang telah memberi maklumat tentang tayangan filem tersebut...Dan terimakasih juga kepada Kak Zam yang sudi menunggu keterlewatan saya..huhu..maaf Kak Zam...Terimakasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi menerima ajakan saya..hehe apa yang pasti walaupun tiket berharga RM5, tidak rugi kan???
JORDAN..
0 Perkongsian:
Post a Comment