Berfikir mengenai falsafah memang mudah membuatkan mata ini terlelap. Entahlah bukan tidak minat, malah saya juga anatara peminat bidang falsafah. Kerana pada saya setiap manusia itu perlu berfalsafah apa lagi seorang insan yang memahami bahawa pentingnya akal itu untuk berfikir semaksima mungkin kerana ia kurniaan Allah.
quote dari nota ...
"Manusia tidak boleh melarikan diri dari falsafah; manusia sama ada berfalsafah kerana menerima falsafah atau berfalsafah untuk tolak falsafah"
takrif falsafah daripada Drs. Sidi Gazalba:
Berfalsafah ialah mencari kebenaran dari kebenaran untuk kebenaran, tentang segala sesuatu yang dimasalahkan, dengan berfikir secara radikal, sistematik dan sejagat. Apabila seseorang berfikir demikian dalam menghadapi masalah dalam hubungannya dengan kebenaran, adalah orang itu telah memasuki falsafah. Penuturan dan uraian yang tersusun oleh pemikirannya itu adalah falsafah2. Daripada pendapat tersebut, rumusan dapat dibuat bahawa falsafah seharusnya ditanda dengan caranya iaitu berfalsafah, dan juga masalahnya iaitu persoalan falsafah. Maka hasilnya adalah karya falsafah.
Setiap orang pernah berfalsafah atau pernah mengalami saat falsafah pada tahap yang berbeza. Matlamat akhir berfalsafah adalah memahami tentang wujud dan kewujudan; sampai kepada sumber asalnya; mencari jawapan tentang persoalan siapa kita? ke mana tujuan kita? Jalan terbaik ke sana? Seterusnya meletakkan diri kita di tempat yang sepatutnya dalam kewujudan amnya.
Dalam proses kehidupan sehari-harian kita biasanya akan mengunakan akal fikiran kita untuk berfikir tentang banyak perkara, dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya.
Misalnya anak kecil, ada sahaja yang ingin ditanya.
"ini apa?"
"ini burung" jawab si ayah lagi.
"ini apa?"
"ini burung" jawab si ayah lagi lagi.
"ini apa?"
"ini burung" jawab si ayah lagi lagi lagi.
Bila sudah dijawab lalu ditanya lagi. Dijawab ditanya, dijawab ditanya lagi, dijawab ditanya lagi lagi dan lagi..hehe sampailah kita pula yang letih tetapi dia masih tetap bertanya. Bukti fitrah ingin tahu manusia yang tampak sejak kecil.
Berfalsafah ini biasanya terjadi oleh sikap ingin tahu yang kuat dalam diri seorang manusia. Lagak sianak kecil tadi yang setiap perkara ingin di ketahui. Fitrah manusia itu juga yang sentiasa akan timbul persoalan dalam benak fikran. Ada sahaja yang mahu dipersoal, mengapa begini tidak begitu, kenapa begini bukan begitu. Adakah begini atau begitu dan macam-macam persoalan lagi. Hmmm bukan setakat berfikir, tetapi mengkritik. Itulah saat kita berfalsafah.
Bila melihat nama-nama ahli-ahli falsafah dari Greek, Plato, socrates dan aristotle umpamanya...Hmm saya berfikir sendiri mungkinkah mereka-mereka ini sebenarnya beragamakan Islam. Kerana mungkin tahap falsafah mereka berjaya menemukan erti hidup yang sebenar.
Hanya saya percaya, bahawa semua ilmu-ilmu keduniaan yang digunakan zaman ini adalah hasil dari penemuan ilmuan-ilmuan Islam terdahulu. Tetapi telah di'tukar-milik' atau 'tukar-nama'kan kepada tamadun Barat. Seperti Iskandar Zul-Qarnain dan Alexander the Great adalah orang yang sama...? hmm...
JORDAN..