21 January 2009

Sekitar Pilihan Raya UM



Alhamdulillah, dengan izin dan hidayah Allah akhirnya Universiti Malaya kembali
dikuasai oleh mujahideen-mujahideen Islam. Ketika takbir kemenangan dilaungkan di Dewan Tengku Canselor sebaik keputusan rasmi selesai diumumkan, rasa sejuk melanda segenap ruang. Seolah-olah seperti baru menghirup udara segar. Ketika mana para mujahideen melaungkan doa wehdah, seluruh perkarangan Dewan Tengku Canselor Universiti Malaya ketika itu bergetar menandakan kemenangan berada di pihak Islam.Takbirrr!!!

Jika kita imbas kembali detik-detik sebelum kemenangan, pilihan raya kali ini
hangat dengan isu-isu kontrovesi. Bermula dengan isu Saudari Syah Rizul Ayuni calon Pro-Mahasiswa yang mendakwa menerima surat berserta wang RM100 yang meminta beliau bertanding di bawah tiket Penggerak Mahasiswa iaitu lawan kepada Pro-Mahasiswa.

Tidak habis dengan itu, warga Universiti Malaya digemparkan dengan penemuan kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam.Kepala babi tersebut diletakkan bersama-sama dengan bendera Pas yang tertulis di atasnya perkataan "PAS, PMIUM, Pro-Mahasiswa".
Ini merupakan satu penghinaan yang jelas bukan sahaja melibatkan pilihan raya UM tetapi juga melibatkan nasional apabila Parti nasional iaitu PAS turut dilibatkan.

Isu lain antaranya adalah calon-calon Pro-mahasiswa diugut bunuh, hampir dicederakan, sekatan masuk ke kolej-kolej kediaman, penukaran nombor calon umum disaat-saat akhir dan macam-macam lagi.

Penggerak Mahasiswa yang sebelum itu juga dilaporkan mengadakan bengkel jentera di Pulau Tioman dengan duit tajaan penuh oleh HEP menerima provokasi yang hebat dari Pro-mahasiswa apabila pembongkaran demi pembongkaran dilakukan.

Walaubagaimanapun pilihan raya kali ini dikatakan suram sedikit kerana pihak jentera Penggerak Mahasiswa kurang agresif berbanding tahun-tahun sudah mungkin kerana kurangnya kesepaduan antara mereka. Mereka juga dilaporkan kurang mempunyai calon-calon yang boleh menjadi pemimpin. Selain itu krisis dalaman yang dihadapai mereka apabila dikatakan wujudnya golongan-golongan yang ingin membawa perubahan dalam Penggerak Mahasiswa kerana tidak bersetuju dengan idealisma perjuangan mereka sebelum ini yang dikatakan boneka HEP.

Apa yang pasti Pilihan raya kali ini berjaya membuktikan bahawa mahasiswa masih bijak berfikir dan menilai. Semoga kemenangan ini akan membawa perubahan baru kepada kampus Universiti Malaya dan juga sebagai permulaan sinar Islam berkilauan di UM.








JORDAN..

20 January 2009

Pro-Mahasiswa Menang Mudah Di Universiti Malaya



Universiti Malaya,20 Jan : Pro-Mahaisiswa Universiti Malaya diumumkan menang pagi ini. Suasana Dewan Tengku Canselor gamat dengan laungan "takbir" dan "student power" sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris.

Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa yang telah memenuhi kawasan Dewan Tengku Canselor seawal jam 7.00 petang lagi dilihat tidak berputus asa menunggu sehingga keputusan penuh diumumkan. ada asalnya keputusan dijangka diumumkan pada jam 12.00 malam tetapi dilewatkan sehingga jam 4.00 pagi.

Pro-Mahasiswa menang selesa apabila berjaya menguasai 8 kerusi umum dari 9 kerusi yang dipertandingkan dan 21 kerusi fakulti dari 41 kerusi yang dipertandingkan. Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa setelah keluar dari Dewan Tengku Canselor dilihat melakukan sujud syukur beramai-ramai dihadapan Dewan tengku Canselor.

Kemenangan ini walaubagaimanapun bukanlah bermakna pejuangan mereka sudah berakhir. Saudari Ayuni, calon umum yang mendapat undi menang 5000 berkata kemenangan ini adalah merupakan permulaan kepada perjuangan.

"sekarang tibalah masanya untuk kita berfikir untuk mengisi kemenangan. Sesungguhnya mengisi kemenangan itu lebih payah dari mencari kemenangan"

Beliau yang sebelum iti mendapat bermacam provokasi apabila dikatakan mendapat surat beserta wang RM100 yang meminta beliau untuk bertanding di bawah tiket Penggerak Mahasiswa dengan tegas menyatakan pendiriannya untuk tetap menolak politik wang dan kezaliman.

Pro-Mahasiswa selepas ini dijangka akan membawa perubahan yang gemilang di Universiti Malaya sesuai dengan manifesto yang mereka bawakan iaitu kebajikan, akademik, perpaduan dan kepimpinan.

laporan oleh : annisaNazifa







JORDAN..

05 January 2009

Mahasiswa Pejuangkan Palestin




Sehingga kini jumlah mangsa keganasan di Palestin semakin meningkat. Hari ini telah masuk hari ke sepuluh serangan ke atas Palestin oleh rejim Zionis dan dilaporkan 17 lagi insan tidak berdosa terbunuh hari ini. Sehingga kini juga, banyak respond yang diterima dari seluruh dunia. Termasuk demonstrasi yang tidak henti-henti membantah tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis. Namun kemarahan dunia itu tidak sedikit pun mematikan atau men'slow'kan kekejaman mereka.



Mahasiswa Malaysia juga tidak ketinggalan menyuarakan bantahan mereka terhadap keganasan yang berlaku. Di Kuala Lumpur 30 Disember lalu menyaksikan kira-kira 250 aktivis mahasiswa turun untuk sama-sama menyertai himpunan bantah Israel.

Sementara itu di Skudai Johor, Masjid Sultan Ismail bergema dengan laungan takbir oleh kira-kira 800 mahasiswa untuk menyatakan bantahan dan ketidakpuashatian ke atas kekejaman rejim Zionis Laknatullah terhadap rakyat Palestin.

Tidak ketinggalan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu 31 Disember lalu.

 
 


Usaha gigih mahasiswa yang sanggup mengorbankan masa untuk belajar semata-mata untuk keamanan dunia ini dilihat sebagai satu usaha yang membanggakan berbanding duduk diam tanpa apa-apa tindakan. Apa yang pasti, suara mahasiswa tidak mungkin dapat dihalang dari terus memperjuangkan kebebasan dan keamanan dunia. annisaNazifa

Nantikan kemunculan himpunan aman seterusnya
9hb ini
selepas solat Jumaat
Bertempat di Putrajaya

http://mahasiswakini.com/
http://www.palestinkini.info/
http://promahasiswaum.blogspot.com/







JORDAN..

28 December 2008

Minda yang Berlari




Alhamdulillah setelah hampir menjangkau sebulan lamanya menghabiskan cuti di rumah, saya cuba membawa diri dan seluruh jasad dan roh saya untuk kembali ke meja diskusi blog. Cuti yang panjang tanpa berhadapan dengan internet membuatkan blog ini 'dikurantinkan' dari mendapat entri baru. Walaubagaimanapun apa yang pasti perjuangan perlu diteruskan. Jesteru dalam ke'terjeman' otak akibat virus rehat yang panjang saya cuba menulis tentang tajuk ini yang saya dapatkan idea untuk menulis entri ini semasa mengikuti satu program.

Saya berpendapat bahawa kita baru mampu dengan sebenar mampu menterjemahkan sesuatu teori kepada kehidupan sebenar apabila kita sendiri merasainya, atau lebih tepatnya apabila kita dipilih oleh Allah untuk merasainya. Percaya atau tidak, setuju atau tidak yang pasti saya punya hujah tersendiri untuk 'statement' ini..

Seringkali kita dengar bahawa orang-orang mengatakan "
berkawanlah kamu dengan orang berilmu nescaya kamu juga akan menjadi orang berilmu
". Kata-kata ini bukannya hanya lahir dari mulut orang biasa tetapi dari mulut seorang ulama, tokoh akademik bahkan orang-orang kenamaan.

Mungkin kata-kata itu nampak biasa bagi orang yang biasa atau pada pandangan intelek, kata-kata itu sangat benar dan sangat memotivasikan, tetapi pada pandangan orang yang luar biasa, kata-kata itu pastilah dilihat sebagai luar biasa!!!

jesteru soalan saya ;
KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MANA?

Bagi golongan biasa hanya melihat ayat itu biasa hingga tidak tahu bagaimana untuk memanipulasikannya dalam kehidupan seharian. Bahkan lagi teruk mungkin tidak terfikir untuk mendefinasikannya dalam kehidupan.

Berbeza dengan orang intelek yang pandai bahkan akan mencari peluang untuk merealisasikan ayat tersebut. Dan natijahnya kerana itulah mereka digelar golongan intelek. Golongan intelek yang saya maksudkan di sini tidak terbatas hanya kepada mereka-mereka yang terbukti berpelajaran dengan memiliki sijil-sijil yang penuh dengan A dan kepujian atau mereka-mereka yang dikatakan berpelajaran kerana berjaya menempatkan diri di institut pengajian tinggi, tetapi meliputi seluruh makhluk yang mampu menilai dan membezakan sesuatu yang baik dan buruk dengan kata lain mumaiz.

Dan sangat berlainan dari orang yang luar biasa yang melihat kata-kata itu sebagai kata-kata yang luar biasa. Mereka bukan sahaja menrealisasikan, mendefinasikan, atau menterjemahkan kata-kata itu ke dalam kehidupan realiti sehari-hari bahkan, menjadikan kata-kata itu sebagai panduan untuk menjadi luar biasa. Golongan ini dengan keghairahan yang luar biasa akan memenuhi tuntutan kata-kata tersebut. Dan natijah yang mereka perolehi jauh lebih hebat hingga menjadikan mereka golongan intelek yang luar biasa tahap inteleknya. Dan yang pasti, sifat inilah yang melahirkan ilmuan dan ulama Islam silam seperti, Ibn Sina, Khawarizmi,Ibn Rushd, Ibn Haitham, Ar-Razi, Imam 4 Mazhab, Imam Hadith dan ramai lagi juga ilmuan-ilmuan Barat seperti Sir Isaac Newton, Alexander Graham Bell, Thomas Alva Edison.

Keseronokan yang luar biasa

Saat saya mengikuti satu program baru-baru ini, secara naturalnya saya merasai satu kepuasan yang amat sangat kerana dalam program ini saya tidak pernah merasakan sedikitpun otak saya terhenti. Sebenarnya ini bukan program pertama yang membawa saya ke alam pemikiran yang maksima, dan kerana keseronokkan dan keterujaan yang hadir setiap kali mengikuti program-program sebegitu maka saya tidak teragak-agak untuk mengikuti dan terus mengikuti program-program seumpamanya yang boleh membuatkan otak saya sentiasa berlari.

Apa yang membuatkan otak saya tidak mahu berhenti berlari adalah juga kerana saya dikelilinggi oleh manusia-manusia yang berjiwa besar dan sentiasa dahagakan juga memuntahkan ilmu. Ditambah lagi dengan tekanan masa yang hanya singkat maka ia cukup untuk menjadikan suasana ilmu itu lebih berkualiti kerana masing-masing mengharapkan masa yang singkat itu akan digunakan dengan semaksimanya.

Dan saat inilah sangat melahirkan satu perasaan yang luar biasa seronoknya. Terbit satu perasaan puas dan teruja yang hanya disebabkan oleh otak yang sentiasa berlari. hinggakan ingin tidur qailullah juga dirasakan rugi kerana masa itu masih ada ilmu-ilmu yang dicurahkan dari manusia-manusia disekeliling.

Cara berfikir memandu terjemahan realiti

Setiap daripada kita adalah insan istimewa. Ini kerana setiap dari kita punya gaya dan cara berfikir yang tersendiri. Maka setiap dari kita akan membentuk hidup kita mengikut citarasa pemikiran selaras corak pemikiran garapan kita.

Analoginya sangat realiti, seorang budak yang berumur 4 tahun ketika disuruh melukis gambar rumah biasanya akan melukis gambar rumah seperti ini



kerana inilah terjemahan realiti dari corak pemikiran mereka. Begitulah kehidupan kita sehari-hari, ia akan terjadi sebagaimana apa yang ada pada fikiran kita (walaupun segalanya tetap atas keizinan Allah). Jika baik apa yang kita fikirkan maka positiflah jadinya, sebaliknya jika buruk apa yang kita fikirkan maka negatiflah jadinya. Ini adalah satu sifat natural dan biasa terjadi. Hanya adakala sesuatu itu menjadi sebaliknya dan ia terjadi hanya adakala. Mungkin dalam bahasa manusia kita mengatakan kejadian seperti itu adalah 'nasib'. Walaupun pada hakikatnya segalanya tetap terjadi dengan kuasa Allah dan manusia juga mengelarkannya sebagai 'takdir'.

Dan semasa otak saya tidak berhenti berlari, saya terperasan bahawa apa yang saya fikirkan mungkin tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Dan hasil dari pemikiran yang berbeza itu akan lahirlah hasil tindakan yang berbeza. Dan hasil dari pemikiran dan tindakan yang berbeza itu akan lahirlah seorang manusia yang punya identiti tersendiri dengan pengalaman yang berbeza-beza.

Dan apa yang pasti pengalaman yang berbeza-beza itulah yang dikatakan akan menjadikan seseorang itu lebih matang. Dan kematangan itulah yang akan menjadikan dia juga menjalani hidupnya sehari-hari dengan lebih berhati-hati, berkualiti,dan mampu menterjemahkan sesuatu teori dengan sebenar mampu kerana dia punya pengalaman sendiri tentang teori itu.


Menjadi manusia luar biasa dengan teori

Berbalik kepada ayat atau teori "
berkawanlah kamu dengan orang berilmu nescaya kamu juga akan menjadi orang berilmu
". Kita hanya akan dapat menjadi manusia luar biasa apabila kita sudah pernah merasai sendiri teori ini dengan keseronokkan dan dengan semaksima rasa. Barulah akan terbit rasa ingin lebih merasai makna sebenar teori tersebut. Dan inilah yang akan menjadikan kita seorang manusia yang luar biasa dengan manfaat yang maksima dari sesuatu teori.

Adakalanya kita boleh mencipta teori kita sendiri hasil dari manipulasi sesuatu teori.
Walaubagaimanapun biarlah teori yang kita cipta dan kita ikuti itu akan membawa kita kepada kehidupan yang diredhai Allah, seterusnya membawa ke Syurga Allah
..dan ini hanya dapat dilakukan orang yang luar biasa..

TITIK

hmmm.. Bermain dengan fikiran juga sebenarnya memenatkan.. dan yang pasti, Saya berpendapat bahawa kita baru mampu dengan sebenar mampu menterjemahkan sesuatu teori kepada kehidupan sebenar apabila kita sendiri merasainya, atau lebih tepatnya apabila kita dipilih oleh Allah untuk merasainya...

(",) (",) (",)







JORDAN..

25 December 2008

Selamat Pengantin Baru YDP PMIUM



Alhamdulillah, Tanggal 29 November 2008, Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya sesi 08/09 juga Pengerusi SMM Saudara Haafizuddin selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya saudari Fatin Nuraini.




Saya dan sahabat-sahabat mendoakan semoga Kebahagiaan, Redha dan Berkat Allah sentiasa bersama pasangan mempelai sehingga ke akhir hayat.amin..





JORDAN..
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design