Alhamdulillah setelah hampir menjangkau sebulan lamanya menghabiskan cuti di rumah, saya cuba membawa diri dan seluruh jasad dan roh saya untuk kembali ke meja diskusi blog. Cuti yang panjang tanpa berhadapan dengan internet membuatkan blog ini 'dikurantinkan' dari mendapat entri baru. Walaubagaimanapun apa yang pasti perjuangan perlu diteruskan. Jesteru dalam ke'terjeman' otak akibat virus rehat yang panjang saya cuba menulis tentang tajuk ini yang saya dapatkan idea untuk menulis entri ini semasa mengikuti satu program.
Saya berpendapat bahawa kita baru mampu dengan sebenar mampu menterjemahkan sesuatu teori kepada kehidupan sebenar apabila kita sendiri merasainya, atau lebih tepatnya apabila kita dipilih oleh Allah untuk merasainya. Percaya atau tidak, setuju atau tidak yang pasti saya punya hujah tersendiri untuk 'statement' ini..
Seringkali kita dengar bahawa orang-orang mengatakan "
berkawanlah kamu dengan orang berilmu nescaya kamu juga akan menjadi orang berilmu
". Kata-kata ini bukannya hanya lahir dari mulut orang biasa tetapi dari mulut seorang ulama, tokoh akademik bahkan orang-orang kenamaan.Mungkin kata-kata itu nampak biasa bagi orang yang biasa atau pada pandangan intelek, kata-kata itu sangat benar dan sangat memotivasikan, tetapi pada pandangan orang yang luar biasa, kata-kata itu pastilah dilihat sebagai luar biasa!!!
jesteru soalan saya ;
KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MANA?
Bagi golongan biasa hanya melihat ayat itu biasa hingga tidak tahu bagaimana untuk memanipulasikannya dalam kehidupan seharian. Bahkan lagi teruk mungkin tidak terfikir untuk mendefinasikannya dalam kehidupan.
Berbeza dengan orang intelek yang pandai bahkan akan mencari peluang untuk merealisasikan ayat tersebut. Dan natijahnya kerana itulah mereka digelar golongan intelek. Golongan intelek yang saya maksudkan di sini tidak terbatas hanya kepada mereka-mereka yang terbukti berpelajaran dengan memiliki sijil-sijil yang penuh dengan A dan kepujian atau mereka-mereka yang dikatakan berpelajaran kerana berjaya menempatkan diri di institut pengajian tinggi, tetapi meliputi seluruh makhluk yang mampu menilai dan membezakan sesuatu yang baik dan buruk dengan kata lain mumaiz.
Dan sangat berlainan dari orang yang luar biasa yang melihat kata-kata itu sebagai kata-kata yang luar biasa. Mereka bukan sahaja menrealisasikan, mendefinasikan, atau menterjemahkan kata-kata itu ke dalam kehidupan realiti sehari-hari bahkan, menjadikan kata-kata itu sebagai panduan untuk menjadi luar biasa. Golongan ini dengan keghairahan yang luar biasa akan memenuhi tuntutan kata-kata tersebut. Dan natijah yang mereka perolehi jauh lebih hebat hingga menjadikan mereka golongan intelek yang luar biasa tahap inteleknya. Dan yang pasti, sifat inilah yang melahirkan ilmuan dan ulama Islam silam seperti, Ibn Sina, Khawarizmi,Ibn Rushd, Ibn Haitham, Ar-Razi, Imam 4 Mazhab, Imam Hadith dan ramai lagi juga ilmuan-ilmuan Barat seperti Sir Isaac Newton, Alexander Graham Bell, Thomas Alva Edison.
Keseronokan yang luar biasa
Saat saya mengikuti satu program baru-baru ini, secara naturalnya saya merasai satu kepuasan yang amat sangat kerana dalam program ini saya tidak pernah merasakan sedikitpun otak saya terhenti. Sebenarnya ini bukan program pertama yang membawa saya ke alam pemikiran yang maksima, dan kerana keseronokkan dan keterujaan yang hadir setiap kali mengikuti program-program sebegitu maka saya tidak teragak-agak untuk mengikuti dan terus mengikuti program-program seumpamanya yang boleh membuatkan otak saya sentiasa berlari.
Apa yang membuatkan otak saya tidak mahu berhenti berlari adalah juga kerana saya dikelilinggi oleh manusia-manusia yang berjiwa besar dan sentiasa dahagakan juga memuntahkan ilmu. Ditambah lagi dengan tekanan masa yang hanya singkat maka ia cukup untuk menjadikan suasana ilmu itu lebih berkualiti kerana masing-masing mengharapkan masa yang singkat itu akan digunakan dengan semaksimanya.
Dan saat inilah sangat melahirkan satu perasaan yang luar biasa seronoknya. Terbit satu perasaan puas dan teruja yang hanya disebabkan oleh otak yang sentiasa berlari. hinggakan ingin tidur qailullah juga dirasakan rugi kerana masa itu masih ada ilmu-ilmu yang dicurahkan dari manusia-manusia disekeliling.
Cara berfikir memandu terjemahan realiti
Setiap daripada kita adalah insan istimewa. Ini kerana setiap dari kita punya gaya dan cara berfikir yang tersendiri. Maka setiap dari kita akan membentuk hidup kita mengikut citarasa pemikiran selaras corak pemikiran garapan kita.
Analoginya sangat realiti, seorang budak yang berumur 4 tahun ketika disuruh melukis gambar rumah biasanya akan melukis gambar rumah seperti ini
kerana inilah terjemahan realiti dari corak pemikiran mereka. Begitulah kehidupan kita sehari-hari, ia akan terjadi sebagaimana apa yang ada pada fikiran kita (walaupun segalanya tetap atas keizinan Allah). Jika baik apa yang kita fikirkan maka positiflah jadinya, sebaliknya jika buruk apa yang kita fikirkan maka negatiflah jadinya. Ini adalah satu sifat natural dan biasa terjadi. Hanya adakala sesuatu itu menjadi sebaliknya dan ia terjadi hanya adakala. Mungkin dalam bahasa manusia kita mengatakan kejadian seperti itu adalah 'nasib'. Walaupun pada hakikatnya segalanya tetap terjadi dengan kuasa Allah dan manusia juga mengelarkannya sebagai 'takdir'.
Dan semasa otak saya tidak berhenti berlari, saya terperasan bahawa apa yang saya fikirkan mungkin tidak sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Dan hasil dari pemikiran yang berbeza itu akan lahirlah hasil tindakan yang berbeza. Dan hasil dari pemikiran dan tindakan yang berbeza itu akan lahirlah seorang manusia yang punya identiti tersendiri dengan pengalaman yang berbeza-beza.
Dan apa yang pasti pengalaman yang berbeza-beza itulah yang dikatakan akan menjadikan seseorang itu lebih matang. Dan kematangan itulah yang akan menjadikan dia juga menjalani hidupnya sehari-hari dengan lebih berhati-hati, berkualiti,dan mampu menterjemahkan sesuatu teori dengan sebenar mampu kerana dia punya pengalaman sendiri tentang teori itu.
Menjadi manusia luar biasa dengan teori
Berbalik kepada ayat atau teori "
berkawanlah kamu dengan orang berilmu nescaya kamu juga akan menjadi orang berilmu
". Kita hanya akan dapat menjadi manusia luar biasa apabila kita sudah pernah merasai sendiri teori ini dengan keseronokkan dan dengan semaksima rasa. Barulah akan terbit rasa ingin lebih merasai makna sebenar teori tersebut. Dan inilah yang akan menjadikan kita seorang manusia yang luar biasa dengan manfaat yang maksima dari sesuatu teori.Adakalanya kita boleh mencipta teori kita sendiri hasil dari manipulasi sesuatu teori.
Walaubagaimanapun biarlah teori yang kita cipta dan kita ikuti itu akan membawa kita kepada kehidupan yang diredhai Allah, seterusnya membawa ke Syurga Allah
..dan ini hanya dapat dilakukan orang yang luar biasa..TITIK
hmmm.. Bermain dengan fikiran juga sebenarnya memenatkan.. dan yang pasti, Saya berpendapat bahawa kita baru mampu dengan sebenar mampu menterjemahkan sesuatu teori kepada kehidupan sebenar apabila kita sendiri merasainya, atau lebih tepatnya apabila kita dipilih oleh Allah untuk merasainya...
(",) (",) (",)
JORDAN..
nti sedang berfalsafah ke sahabat :)
ReplyDelete