21 January 2009

Sekitar Pilihan Raya UM



Alhamdulillah, dengan izin dan hidayah Allah akhirnya Universiti Malaya kembali
dikuasai oleh mujahideen-mujahideen Islam. Ketika takbir kemenangan dilaungkan di Dewan Tengku Canselor sebaik keputusan rasmi selesai diumumkan, rasa sejuk melanda segenap ruang. Seolah-olah seperti baru menghirup udara segar. Ketika mana para mujahideen melaungkan doa wehdah, seluruh perkarangan Dewan Tengku Canselor Universiti Malaya ketika itu bergetar menandakan kemenangan berada di pihak Islam.Takbirrr!!!

Jika kita imbas kembali detik-detik sebelum kemenangan, pilihan raya kali ini
hangat dengan isu-isu kontrovesi. Bermula dengan isu Saudari Syah Rizul Ayuni calon Pro-Mahasiswa yang mendakwa menerima surat berserta wang RM100 yang meminta beliau bertanding di bawah tiket Penggerak Mahasiswa iaitu lawan kepada Pro-Mahasiswa.

Tidak habis dengan itu, warga Universiti Malaya digemparkan dengan penemuan kepala babi di surau Akademi Pengajian Islam.Kepala babi tersebut diletakkan bersama-sama dengan bendera Pas yang tertulis di atasnya perkataan "PAS, PMIUM, Pro-Mahasiswa".
Ini merupakan satu penghinaan yang jelas bukan sahaja melibatkan pilihan raya UM tetapi juga melibatkan nasional apabila Parti nasional iaitu PAS turut dilibatkan.

Isu lain antaranya adalah calon-calon Pro-mahasiswa diugut bunuh, hampir dicederakan, sekatan masuk ke kolej-kolej kediaman, penukaran nombor calon umum disaat-saat akhir dan macam-macam lagi.

Penggerak Mahasiswa yang sebelum itu juga dilaporkan mengadakan bengkel jentera di Pulau Tioman dengan duit tajaan penuh oleh HEP menerima provokasi yang hebat dari Pro-mahasiswa apabila pembongkaran demi pembongkaran dilakukan.

Walaubagaimanapun pilihan raya kali ini dikatakan suram sedikit kerana pihak jentera Penggerak Mahasiswa kurang agresif berbanding tahun-tahun sudah mungkin kerana kurangnya kesepaduan antara mereka. Mereka juga dilaporkan kurang mempunyai calon-calon yang boleh menjadi pemimpin. Selain itu krisis dalaman yang dihadapai mereka apabila dikatakan wujudnya golongan-golongan yang ingin membawa perubahan dalam Penggerak Mahasiswa kerana tidak bersetuju dengan idealisma perjuangan mereka sebelum ini yang dikatakan boneka HEP.

Apa yang pasti Pilihan raya kali ini berjaya membuktikan bahawa mahasiswa masih bijak berfikir dan menilai. Semoga kemenangan ini akan membawa perubahan baru kepada kampus Universiti Malaya dan juga sebagai permulaan sinar Islam berkilauan di UM.








JORDAN..

1 Perkongsian:

  1. tahniah kepada semua tentera2 Allah yang berjuang dengan jiwa dan hartanya.. akhirnya dikita diganjarkan dengan al-fath... takbir!!!

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design