Universiti Malaya,20 Jan : Pro-Mahaisiswa Universiti Malaya diumumkan menang pagi ini. Suasana Dewan Tengku Canselor gamat dengan laungan "takbir" dan "student power" sebaik keputusan penuh selesai diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Hj. Idris.
Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa yang telah memenuhi kawasan Dewan Tengku Canselor seawal jam 7.00 petang lagi dilihat tidak berputus asa menunggu sehingga keputusan penuh diumumkan. ada asalnya keputusan dijangka diumumkan pada jam 12.00 malam tetapi dilewatkan sehingga jam 4.00 pagi.
Pro-Mahasiswa menang selesa apabila berjaya menguasai 8 kerusi umum dari 9 kerusi yang dipertandingkan dan 21 kerusi fakulti dari 41 kerusi yang dipertandingkan. Penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa setelah keluar dari Dewan Tengku Canselor dilihat melakukan sujud syukur beramai-ramai dihadapan Dewan tengku Canselor.
Kemenangan ini walaubagaimanapun bukanlah bermakna pejuangan mereka sudah berakhir. Saudari Ayuni, calon umum yang mendapat undi menang 5000 berkata kemenangan ini adalah merupakan permulaan kepada perjuangan.
"sekarang tibalah masanya untuk kita berfikir untuk mengisi kemenangan. Sesungguhnya mengisi kemenangan itu lebih payah dari mencari kemenangan"
Beliau yang sebelum iti mendapat bermacam provokasi apabila dikatakan mendapat surat beserta wang RM100 yang meminta beliau untuk bertanding di bawah tiket Penggerak Mahasiswa dengan tegas menyatakan pendiriannya untuk tetap menolak politik wang dan kezaliman.
Pro-Mahasiswa selepas ini dijangka akan membawa perubahan yang gemilang di Universiti Malaya sesuai dengan manifesto yang mereka bawakan iaitu kebajikan, akademik, perpaduan dan kepimpinan.
laporan oleh : annisaNazifa
JORDAN..
0 Perkongsian:
Post a Comment