Sehingga kini jumlah mangsa keganasan di Palestin semakin meningkat. Hari ini telah masuk hari ke sepuluh serangan ke atas Palestin oleh rejim Zionis dan dilaporkan 17 lagi insan tidak berdosa terbunuh hari ini. Sehingga kini juga, banyak respond yang diterima dari seluruh dunia. Termasuk demonstrasi yang tidak henti-henti membantah tindakan tidak berperikemanusiaan Zionis. Namun kemarahan dunia itu tidak sedikit pun mematikan atau men'slow'kan kekejaman mereka.
Mahasiswa Malaysia juga tidak ketinggalan menyuarakan bantahan mereka terhadap keganasan yang berlaku. Di Kuala Lumpur 30 Disember lalu menyaksikan kira-kira 250 aktivis mahasiswa turun untuk sama-sama menyertai himpunan bantah Israel.
Sementara itu di Skudai Johor, Masjid Sultan Ismail bergema dengan laungan takbir oleh kira-kira 800 mahasiswa untuk menyatakan bantahan dan ketidakpuashatian ke atas kekejaman rejim Zionis Laknatullah terhadap rakyat Palestin.
Tidak ketinggalan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah yang menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di perkarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu 31 Disember lalu.
Usaha gigih mahasiswa yang sanggup mengorbankan masa untuk belajar semata-mata untuk keamanan dunia ini dilihat sebagai satu usaha yang membanggakan berbanding duduk diam tanpa apa-apa tindakan. Apa yang pasti, suara mahasiswa tidak mungkin dapat dihalang dari terus memperjuangkan kebebasan dan keamanan dunia. annisaNazifa
Nantikan kemunculan himpunan aman seterusnya
9hb ini
selepas solat Jumaat
Bertempat di Putrajaya
http://mahasiswakini.com/
http://www.palestinkini.info/
http://promahasiswaum.blogspot.com/
JORDAN..
Suatu ketika dahulu(beberapa tahun yang lalu) mahasiswa menubuhkan GEMA Palestin(Gabungan Mahasiswa untuk Palestin) yang diterajui oleh GAMIS dan KARISMA
ReplyDeleteSemoga GEMA ini terus berGEMA!!!!