26 March 2010

Itu Usaha mereka, Bagaimana Kita?


Saya terpanggil untuk memberikan 'kreadit' melambung kepada wanita JIM yang sudah menubuhkan Raudhatus Sakinah. Bukan apa, semalam saya berpeluang pergi ke sana (RS). Sebenarnya mujur dek kerana assingment yang menuntut untuk saya ke sana. Jika tida, mungkin saya tidak pernah terfikir lagi untuk ke sana sehingga ke saat ini. Dhoif sungguh akal fikiran saya.

Banyak pelajaran yang saya perolehi semalam. Sempat menemuramah seorang pelatih , bukan temuramah sekadar masa silamnya bagaimana dia boleh sampai ke RS cuma, tapi pada saya semalam adalah juga diskusi pendek bersama dengan pelatih tersebut. Saya meyakini  dan beriman kepada 'sesuatu' selepas diskusi itu. (Akan saya ceritakan apa dia 'sesuatu' yang saya beriman itu)

Sebentar...terlalu banyak yang ingin saya ceritakan, mungkin saya perlu mulakan dari pengkisahan semangat yang empunya RS.


RS dipelopori dan dibina atas usaha gigih wanita Jemaah Islah Malaysia(JIM). RS adalah tempat pelindungan dan juga penjagaan kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa gejala sosial. Pelatihnya adalah antara lingkungan usia 12-25 tahun. sila lihat sini untuk maklumat lanjut

Itu usaha mereka, bagaimana dengan kita

Kerana itu saya kagum dengan wanita JIM. Bayangkan, betapa besar bantuan mereka sebenarnya dalam membimbing manusia-manusia yang memerlukan pertolongan. Betapa besar pahala mereka membantu beberapa jiwa dari terus terpengaruh dengan virus al-wahn (cintakan dunai). Betapa besar jihad mereka menyelamatkan jiwa-jiwa kecil dari diabaikan oleh sang ibu yang mahu membuangnya- Banyak dari pelatih RS adalah ibu yang tidak punya suami dan sudah melahirkan anak, walaupun beberapa kali cobaan untuk membuang bayi-alhamdulillah banyak yang dapat diselamatkan-

Itu usaha mereka. Bagaimana dengan kita. Sedangkan ramai lagi diluar sana yang memerlukan bantuan dan perhatian dari kita. (jadi teringat pada Ann...Ya Allah apa cerita Ann sekarang-dulu saya pernah bertemu dengan Ann yang cerita hidupnya sangat menyedihkan-akibat lelaki) Ramai lagi di luar sana yang menunggu kita menyampaikan syiar Islam. Jadi apa usaha kita. 

Untuk itu- Syor saya, jom masuk jemaah (^_^)...Kerana apa? kerana percayalah hidup dalam jemaah, maka kita akan ada juga sumbangan membantu golongan mereka kerana banyak aktiviti-aktiviti yang di rancang untuk itu. Saya yakin. Kerana saya juga budak jemaah. (mohonlah pada Allah untuk ditunjukkan jalan)

---Teringat pula pernah berdiskusi mengenai "SIAPA DIA IKHWAN MUSLIMIN CAWANGAN MALAYSIA" di dalam kelas bersama ustaz dalam subjek dakwah dan pembangunan masyarakat. Kita discuss tentang itu lain kali.---

Saya beriman akan sesuatu

Ya. Datang saya ke sana membawa balik keyakinan yang cukup mantap dan keimanan yang ditaukidkan. Saya bertanya kepada pelatih tersebut

"setiap kali melakukan perkara yang tidak sepatutnya, kamu akan rasa seronok tak? betul ke tak de langsung rasa datangnya hidayah Allah" tapi ayat saya lain sikit la...tak ingat..

Dia kata lebih kurang..

"setiap kali nak buat jahat je, memang ada rasa tak nak. Naluri kita memang menafikan benda-benda jahat tu, tapi sebab nafsu, buat juga.
Pernah satu ketika di bulan Ramadhan, malam tu saya duduk tengah tension. Tiba-tiba seolah-olah ada satu suara yang berbisik ditelingga minta saya bertaubat. Masa tu rasa tersentak juga. Habis je perasaan pelik tu, hujan renyai-renyai seolah-olah menraikan...Masa tu rasa pelik. Tapi saya tak insaf lagi"

Hah...lepas pada tu saya jadi sangat yakin bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang (sebelum ni sangat yakin juga...tapi bertambahlah hujah untuk dikongsi). Sebenarnya Allah tidak pernah mengabaikan hamba-hambaNya. Setiap dari manusia itu pasti akan diberikan lintasan-lintasan hidayah. Cuma tinggal lagi kita nak mengapainya atau pun membiakannya berlalu begitu sahaja. Hatta orang bukan Islam sekalipun. Saya Yakin dan saya beriman. Sungguh tidak berbelah bahagi.

Begitulah serba sedikit apa yang boleh saya kongsikan. Rasa teringin nak kerja kat RS. Duduk kat RS kita akan dapat belajar banyak tentang gelagat manusia dan dunia luar yang kita tak pernah terbayangkan pun...

Percaya? Nak gugurkan kandungan makan ekor cicak?

Allahua'lam
Semoga saya dan juga anda semua juga seluruh penghuni RS sentiasa diampunkan dosa dan sentiasa dalam perlindungan Allah....Amin...




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

1 Perkongsian:

  1. apekah yang saudari maksudkan dengan : Itu usaha 'mereka'??? bukankah 'mereka'itu sebahagian dari kita jua??

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design