06 April 2010

Pesan BELIAU kepada kita...

Bismillah
Alhamdulillah


Semalam sempat berusrah dengan Ustaz Yahya Othman. Murobbi BESAR perjuangan Islam khususnya sejarah perjuangan PAS. Alhamdulillah berpeluang....akhirnya...

Ustaz Yahya Othman 'seseorang' yang alhamdulillah masih diberi Allah kesihatan untuk meninggalkan mutiara-mutiaranya lagi untuk penyambung-penyambung perjuangan Islam.

Ustaz Yahya Othman 'seseorang' yang pernah mendapat didikan terus dari Ikhwan Al-muslimin.

Ustaz Yahya Othman 'seseorang' yang wujudnya di dunia ini di infakkan untuk perjuangan.

Ustaz Yahya Othman 'seseorang' yang sangat saya kasihi dan homati...

Pesan beliau...
1. Pastikan kita makan makanan halal. PASTIKAN..beliau menegaskan untuk kita supaya makan makanan halal.

2. Fahami Al-Quran. Jadilah Islam yang berjalan. HAFAL al-Quran dan FAHAMI maknanya.

3. FUTUR... mereka-mereka yang futur sebenarnya masih tidak jelas dengan tugas dia sebagai seorang mu'min. Dia masih tidak tahu dalam perjuangan itu sepatutnya dia di mana dan bagaimana. Dia masih tidka memahami Al-Quran dengan betul.

4. Permasalahan SALAF dan KHALAF...kita cuma disibukkan oleh benda yang TIADA.  Disibukkan hingga terabai banyak perkara yang sepatutnya mampu diusahakn lebih laju hanya kerana menyibukkan diri dengan persoalan SALAF atau KHALAF. Maka PAS sepatutnya lebih laju lagi agar tidak sangat memikirkan perkara-perkara yang menganggu perjuangan.

5. Sekarang...Pelajar ber'usrah' lebih dikatakan bahaya berbanding pelajar yang naik kelab malam....BAHAYA pelajar yang berUSRAH. Tapi mereka yang naik kelab malam itu tidak pula dikatakan berbahaya... itulah realiti

6. Berada dalam jemaah itu WAJIB.

7. Ahli harakah Islamiah yang masuk Universiti minta sambung hingga dapat master dan PHD.

8. Kita menang sekarang atas bayaran yang sudah kita bayar. Kelantan menang bukan kerana usaha yang kecil...tetapi atas bayaran yang sudah kita bayar. Kedah juga...sedah berapa orang yang mati syahid di sana sebelum sekarang kita beroleh kemenangan.

Dan banyak lagi mutiara-mutiara ilmunya... TAKBIR!!! untuk ustaz Yahya Othman. Semoga beliau tergolong dalam kalangan 'ISLAM YANG BERJALAN'...kita juga.




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

5 Perkongsian:

  1. point number six:"Berada dalam jemaah itu WAJIB."

    yang dimaksudkan 'wajib' itu adalah kebersamaan antara orang mukmin. bukan golongan orang mukmin yang mengasingkan diri dari mukimin yang lain

    jemaah itu maksudnya kesatuan
    bukan pemecahan kepada kelompok2 tertentu

    ReplyDelete
  2. sila baca perbahasan yang dikumpulkan oleh syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah tentang definasi 'Jemaah' dalam bukunya "Risalah Bai'at"

    rujukan:

    Risalah Bai'at
    (judul asal: fatwa fii attaah wal bai'ah)
    Syeikul Islam Ibnu Taimiyyah
    pg:42-47; [edisi Indonesia];
    penerbit: Pustaka at-Tauhid;
    Jakarta 2002.

    ReplyDelete
  3. Jika PAS menggunakan Agama untuk politik maka tidak Wajib ikut Jemaah PAS.

    ReplyDelete
  4. Kpd Anon 10:28pm :

    Jika PAS menggunakan Agama untuk politik maka tidak Wajib ikut Jemaah PAS.- Statement yang takde Arguement. Tak suka tak apa, jangan menghina, sudah.

    Cek web ni bagi penambahan ilmu pengetahuan. tq.

    http://g-82.blogspot.com/2010/04/islam-for-all.html

    ReplyDelete
  5. bukan PAS y m'gunakan AGAMA untuk parti POLITIK...tapi kite kan org ISLAM...ikut cara hdp ISLAM...lakukan ape2 brlndskn ISLAM... jd wajarlh POLITIK berteraskn ISLAM...sekian..

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design