22 March 2010

Cinta sampai ke Syurga

Kumpulan saya pening bila tiba waktunya untuk casting...kami sudah lambat dari tarikh sepatutnya mencari pelakon. Kerja-kerja pre-production boleh dikatakan sudah tamat waktunya. Tapi saya tidak terlalu risau kerana sahabat-sahabat kumpulan lain juga masih sama seperti kami (cuma ada yang sedikit mendahului) (^_^).

Setelah melalui perbincangan, pembentangan, pre-production yang panjang, dokumentari yang akan kami persembahkan insyaAllah membicarakan mengenai ciri-ciri pasangan pilihan(fokus lebih khusus kepada kaum adam, walaupun intipatinya juga moga difahami mafhum mukhalafah) sebagai mana sabda Rasulullah S.A.W.

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dari sudut pandangan anda sendiri, bagaimana ciri-ciri pasangan pilihan anda?

Mungkin kalau saya bertanya golongan perawan-perawan dan teruna-teruna yang beridentitikan agama(yang hidupnya dihiasi dengan keindahan iman) pasti menjawab

"mahu yang beriman"
"Mahu yang solehah dan soleh"
"mahukan serikandi yang boleh menyokong perjuangan, faham perjuangan ana"
"Biar tak cantik dan tak hensem tapi yang penting pandai menjaga kehormatan diri dan punya iman yang kukuh"
"ana nak yang boleh membina baitul dakwah bersama-sama ana"

dan macam-macam lagi.
Saya tak kisah yang ini...kerana insaAllah, pilihan dan impian anda itulah yang sepatutnya sebagai hamba Allah yang hidup di dunia sementara.

Tapi saya bimbang dengan rakan-rakan kita diluar sana...Mungkin ada yang menjawab

"yang penting cantik"
"Cinta. Saya mahu kahwin dengan insan yang mencintai saya, jiwa dan raganya untuk saya seorang. CUMA SAYA"
"mestilah pilihan hati. Bercinta dulu, kalau dah rasa serasi baru kawin"
"duit adalah segala-galanya"
"nak cari orang yang sporting, kalau lelaki kena yang dengar cakap isteri, yang perempuan pula yang tak banyak tanya kalau suami sibok dan selalu tak de kat rumah"

Kerana atas dasar inilah, kami sepakat untuk berusaha (walaupun cuma sekelumit) untuk cuba menyedarkan masyarakat bahawa perkahwinan yang paling baik adalah atas dasar AGAMA. Kerana itu Rasulullah berpesan begitu (hadith).

Pernah baca buku "Bidadari dari Timur-Kisah Tok Guru Nik Aziz dan Isteri", buku "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul-Fatimah Syarha" dan buku "Aku Terima Nikahnya-karya Saifulislam@ustaz Hasrizal" dan banyak lagi sebenarnya contoh-contoh kebahagiaan rumah tangga natijah dari mendepankan agama dalam pemilihan pasangan.

Saya risau melihat banyak pasangan-pasangan hidup zaman ini yang berkahwin hanya separuh jalan. Tidak masuk lagi kisah-kisah perkahwinan asrtis-artis. Cukup membuatkan amarah saya mendatang sebenarnya bila membaca per'mainan' perkahwinan mereka. Mana tidaknya, hampir kerap akhbar-akhbar memaparkan kisah-kisah penceraian artis. Padahal baru sebulan berkahwin. Sungguh tidak logik dan luar dari tabie manusia serasa saya.

Inilah akibatnya bila mendahulukan dunia berbanding akhirat. Bercinta bagai nak rak, kononnya mahu melihat persefahaman terlebih dahulu sebelum menuju ke jinjang pelamin. Kononnya dunia hanya sementara, biarlah bersuka ria dahulu. Kononnya cinta itu segala-galanya untuk kebahagian. Kononya mahu yang cantik dan hensem lagi beruntung kalau yang punya harta.

Kehidupan dirai dengan kesenangan dan kecintaan kepada dunia. Tanpa memikirkan bahawa Allah telah berfirman 

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

"Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahala kalian. Barangsiapa dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
al-A’raaf: 34

Tapi masih juga manusia itu lalai dan tidak menyedari peringatan-peringatan yang Allah berikan.

Kalau dilihat dari usaha memberi kesedaran ini saya rasakan sudah banyak sebenarnya. Bercakap dari sudut media dan multimedia. Bukankah sudah ada paparan cerita-cerita berunsurkan islamic yang cukup menyentuh naluri keimanan kita seperti Nur Kasih, Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Cinta Madinah dan banyak lagi sebenarnya. Tidak ketinggalan stesyen-stesyen radio dan television yang sedikit sebanyak boleh membantu menghadirkan iman, seperti Ikim.Fm dan Nasyid.Fm juga mungkin Astro Oasis [link radio]. (khabarnya tidak lama lagi radio JAKIM.)

Jadi tidak ada alasan bila kita mengatakan, "dakwah tidak sampai kepada saya", "orang baik tidak mahu berkawan dengan saya". Tanya diri tanya iman, bawalah kepada muhasabah malam. Semoga ALlah merahmati kita dan menghadiahkan kita hidayahNya sentiasa.

Hanya tinggal lagi sama ada KITA MAHU ATAU TIDAK sebenarnya.NOKTAH.

Kerana itu, semoga usaha yang sedikit ini akan menjadi asbab kecil  dan penambah usaha kepada usaha-usaha yang sudah ada, kepada kesedaran kita. Semoga Allah memperkenankan. Ingatlah firman Allah

يَآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
"Hai orang-orang yg beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dgn sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam." Ali Imran: 102

Semoga kita tergolong dalam golongan yang mati dalam iman dan Islam. Semoga kita tergolong dalam golongan yang dikurniakan dengan cinta Allah dan peneman hidup yang juga mencintai Allah. Bercinta sampai ke Syurga.
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).

Allahua'lam

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
 "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam kepada orang-orang yang bertaqwa." [Al-furqan :74



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

1 Perkongsian:

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design