23 March 2010

Berbicara

-Menunggu yakin untuk ini..Mohon di doakan-

Ya Allah, aku tahu aku tidak layak untuk Syurga duniaMu,
Aku tidak mengharapkan apa-apa ya Allah,
Aku redha dengan apa sahaja yang Engkau tentukan,
kerana aku tahu aku tidak layak untuk meminta kebahagiaan lebih dari yang ada sekarang
Sesungguhnya Engkau lebih tahu apa yang hambaMu tidak ketahui
Engkau lebih tahu apa yang baik bagi hambaMu


Sampai ke tahap ini, Engkau memberi ruang aku mengecapi kebahagian,
sampai ke tahap ini Engkau memberi ruang untuk aku belajar erti hidup dalam iman,
sampai ke tahap ini Engkau memberi ruang untuk aku memahami erti hidup ini,
Malah Kau kurniakan aku nikmat punya sahabat-sahabat dan detik-detik hidup yang tidak selayaknya bagi insan berdosa sepertiku

cuma Ya Allah, izinkan aku meminta untuk terus hidup dalam perjuangan,
Ya Allah, izinkan aku meminta untuk terus hidup dalam kehambaan,
Ya Allah izinkan aku untuk meminta cintaMu lebih dari segalanya.

Biarlah aku tidak layak untuk menikmati 'syurga' duniaMu,
Tapi izinkan aku menikmati Syurga AkhiratMu.

Biarlah aku tidak menjadi bidadari dunia,
Tapi izinkan aku menjadi Bidadari di Syurga AkiratMu.

"sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am: 162).



sampaikan aku ke sini ya Allah




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

1 Perkongsian:

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design