19 March 2010

Persahabatan kami kerana Allah


Bismillah
Alhamdulillah


Apa yang anda fikirkan bila memikirkan soal persahabatan. Apa yang terbayang di fikiran kita bila melihat wajah-wajah sahabat. Saya ingat lagi sewaktu saya berada di sekolah menengah dulu, saya selalu didatangi pening dek kerana sahabat. Mungkin sebab saya pelik melihat satu kumpulan 'kawan baik' kononya teman tawa dan sedih bersama, tapi dalam masa yang berlainan boleh duduk mencaci dan menghina kawan-kawan 'baik' mereka tanpa pengetahuan kawan. Cakap belakang@mengumpat@memburukkan kata orang kampung saya.

Itu dahulu...ketika mana saya masih kurang arif tentang makna perjuangan.

Masuk saya ke Nilam Puri seingat saya semasa saya semester tiga, saya mula merasakan satu perasaan ukhuwah yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Perasaan ukhuwah yang didasari dengan ikatan perjuangan mendaulah Islam.  Hebat sangat perasaan itu. Timbul rasa kasih dan sayang pada sahabat seperjuangan yang tidak berbelah bahagi. Rasa itu datang dibawa oleh satu latihan dan didikan dari marhalah perjuangan.

Mahu tahu rasa itu bagaimana?



Rasa kasih sayang itu menjadikan kita semakin yakin untuk menghadapi manusia sekeliling. Baru tahu apa yang dimaksudkan dengan makna ukhuwah lillah abadan-abada. Baru tahu apa yang dimaksudkan dengan ukhuwah kita hingga ke Syurga. Baru tahu  rasanya berteman  dengan manusia yang sanggup mengorbankan diri hanya kerana ukhuwah kerana Allah, demi sahabat.

Alhamdulillah...Allah mengurniakan saya perasaan itu.

Lain rasa itu berbanding punya sahabat dunia semata. Kerana rasa ukhuwah itu berdasarkan perjuangan menegakkan panji Ilahi. Sama seolah mereka adalah keluarga. Sama seolah kehilangan mereka membawa resah.


Manis rasa itu.


Sekiranya ada pergolakan atau salah faham, keyakinan mantap...masam muka itu tidakkan lama. Yakin tidak bertegur sapa itu bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Tidak peduli apa yang orang sekeliling nilai dari keadaan masam muka yang berlaku...tidak risau dengan keadaan itu, kerana tetap yakin persahabatan itu diikat oleh satu ikatan ukhuwah yang berdasarkan satu tapak yang kukuh. Bukan senang untuk di ganggu gugah. Kuasa persahabatan natijah dari masam muka itu mendatangkan sakit. Mendatangkan pening, mengalirkan air mata. Dek kerana rindu dengan sahabat-sahabat. Dek kerana tidak sanggup berterusan begitu.

Begitulah nilainya persahabatan sebenar yang saya temui bila saya semakin menginjak dewasa.

Kuasa persahabatan yang sangat hebat.
Alhamdulillah...Terima Kasih Allah
Terima kasih sahabat-sahabat.
Terima Kasih semuanya...
Terima kasih PMIUM

Kepada sahabat-sahabatku sekalian...Terimakasih atas 'rasa' yang kalian berikan. Minta maaf jika selama ini ada kasar bahasa, tersinggung kata dan segala macam salah yang telah dilakukan. Sesungguhnya adanya kalian di sisi adalah satu anugerah yang tidak ternilai tinggi maknanya. Biarlah seluruh dari 'sahabat-sahabat' kita yang lain tidak berada dibelakang.. lari mencari haluan sendiri...tapi adanya kalian sudah cukup sebagai penguat dan pembantu tegar dalam perjuangan ini. Sesungguhnya...pertemuan kita dan persahabatan kita biarlah membawa kita sama-sama ke Syurga. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah.

Terimakasih sahabat...

Allahua'lam



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

8 Perkongsian:

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design