8 Mac lalu saya berpeluang menghadiri satu 'talk' oleh Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir. Program yang dianjurkan sempena hari wanita sedunia.
Terimakasih kepada Nisa' Malaysia kerana memberi ruang saya ke sana. Sempat berjumpa, berbual-bual dan makan bersama dengan Doktor Rosni, Pengarah Nisa Malaysia. Senang dengan personaliti beliau yang mesra dengan suasana. COntoh ikon Muslimat berwibawa...Hidup Nisa'!!!
Masih ingatkah anda pada Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.
Dialah wanita yang mengejutkan Malaysia yang nekad merentasi Kutub Utara dan Selatan. Bukan hanya Malaysia tetapi juga dialah wanita Asia pertama yang mencipta rekod dunia dengan keberanian luar biasa beliau.
Ya Allah...mendengar pengalaman beliau sangat mengujakan. Bagaimana kudrat seoang wanita boleh nekad dan mantap untuk melakukan sesuatu yang luar baisa.
Mengimbas cerita beliau, bukan senang untuk beliau sampai ke tahap sekarang. Kalau dulu sewaktu menjalani latihan dan mula menyuarakan hasrat, seringkali beliau dikatakan gila oleh mereka yang berada disekitar. Tapi sekarang
"Orang yang gilakan saya"...Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir.
sempat membeli buku ini sebagai buah tangan semat semangat
Betullah...dah ke mana-mana orang panggil untuk sampaikan 'talk' . Bukunya di mana-mana laris terjual. Anugerah tidak terhingga banyaknya. Bukan hanya dalam negara tetapi juga luar negara.
Malam itu saya berfikir...latihan yang kita jalani dalam tamrin tidaklah sebesar mana kalau hendak dibandingkan dengan beliau (walaupun pasti dan yakin ada lagi yang lebih dahsyat dugaannya). Tapi kekentalan dan cekalnya beliau mampu juga menghadapi semuanya termasuklah pengalaman bagaimana beberapakali ditipu dan diuji dengan pelbagai ujian yang boleh melemahkan semangat (dari sekecil-kecil perkara-dihina dan dikatakan gila- hinggalah kesebesar-besar perkara-kaki hampir patah), Dia tetap cekal dan thabat untuk meneruskan perjuangan. Tarbiyah terus dari Allah.
Pergi merantau ke tempat asing begitu sangat mustahil untuk tidak ada pengalaman melihat kuasa besar Allah. Beruntung mereka yang diberi kekuatan untuk pergi merantau melihat dunia ALlah apalagi ke tempat-tempat asing seperti itu yang masih fresh tanpa ada gangguan keganasan manusia. Alhamdulillah...banyak juga kekuasaan ALlah yang luar biasa yang sempat beliau bawa balik untuk dipertonton kepada sekalian rakyat Malaysia. MasyaAllah...Maha Besar ALlah. Malangnya gambar tersebur tidak boleh dikongsikan bersama diblog ini. Kerana gambar tersebut hak milik peribadi kerana bimbang nanti disalah gunakan manusia tidak bertanggungjawab kata beliau.
Walaubagaimanapun. Malam itu saya sudah mendapat satu azam baru. Semoga azam ini teguh sebagaimana beliau yang nekad istiqamah dengan latihan-latihan dan juga dugaan-dugaan yang menimpa demi sebuah imian. Semoga kekuatan beliau tertempias juga kepada saya...sempena hari wanita sedunia.
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA BUAT SELURUH WARGA WANITA DUNIA...Maaf terlambat (^_^)...Kerana kita adalah sayap kiri dunia...
::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
salam,
ReplyDeletevery good sharing..
dik, kenapa wanita sayap kiri dik ? pelik je bunyinya..
hehe..syukran akak...
ReplyDeletealamak akak mcm tak setuju je..hehe...tak pe boleh dibincangkan.
Bukankah wanita itu tetap juga menjadi sayap kiri kepada perjuangan Islam...selagi mana ada nya Muslimin. Tapi kalau muslimin dah tak de..nampaknye kitalah yang terpaksa dinobatkan sebagai ketua..iye tak kak?