16 March 2010

Hadiah dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...

"Alhamdulillah..Syukur, kita masih dikurniakan Allah nikmat paling besar...Kita masih hidup dalam nikmat Iman dan Islam... berbanding orang lain yang masih hidup dalam kekafiran, berbanding orang lain yang masih hidup dalam kelalaian, berbanding orang lain yang masih hidup dalam hari-hari mereka tanpa mengingati Allah...Tapi kita..Allah himpunkan hati-hati kita dalam suasana dan keadaan yang sentiasa mengingati-Nya."

Rindu sungguh saya dengan ucapan-ucapan sedemikian. Pada ketika bait-bait itu dilafazkan pula, satu halaqah besar hampir ahlinya kepada 50 orang sedang berhimpun dalam satu surau muslimat, kadang kala melebihi dari 60 dan pernah juga mencecah bilangan 100 tambah-tambah lagi saat-saat minggu exam. (bagaimana agaknya sekarang...adakah suasana ini masih subur di Nilam Puri)

Alhamdulillah, saya diberikan Allah peluang untuk merasa kemanisan menjadi salah-seorang mahasiswa Asasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan. 

"Bersyukurlah kerana Allah telah memilih kamu...Dalam banyak-banyak manusia yang ada di muka bumi ini...yang ada disekitar kita, Allah pilih kamu untuk berada di sini. Allah pilih kamu datang ke sini. Rasailah bertuahnya diri kamu dengan pilihan Allah itu."




terimakasih adikku Yani hadiahkan akak video ni (^_^)

Ya saya bersyukur dengan pemberian Allah. Saya bertuah kerana Allah memilih saya. Bayangkan dengan sekalian banyak hamba Allah yang ada dimuka bumi ini Allah telah memilih saya untuk menerima semua yang saya nikmati kini. Begitu juga kita semua bekas-bekas mahasiswa yang pernah belajar di sana...(Juga anda-anda di manapun anda ditempatkan Allah..kerana anda lebih bertuan...kerana anda juga diberi anugerah)

Begitu juga anda. 

Begitu juga kita semua.

Pernahkah kita terfikir tentang apa yang kita alami kini adalah semuanya pemberian dari DIA...Semuanya adalah kerana kasih sayang Allah yang memilih kita. ALLAH MEMILIH KITA... Dari sekalian banyak manusia Allah memilih kita. 

Allah memilih kita..bukan orang lain. Bukan dia, bukan mereka tetapi kita...ya di mana pun kita berada dan ditempatkan...

Masih banyak lagi peluang yang Allah hamparkan. Masih banyak lagi hadiah yang Allah kurniakan. Tidak putus-putus...Hanya tinggal lagi kita MAHU atau TOLAK.

-----------------------------------------------------------------
" tadi saya nampak poster tentang ceramah petang ni laa..kat surau API..Jom kita g..."

"alamak petang ni saya ada hal la..tak boleh nak pergi...maaf"


"terkesan saya dapat bila mendengar ceramah petang tadi...alhamdulillah...Ustaz tu bagi pengisian yang mantap..."

"ye ke...ruginya tak pergi...Ya Allah dah lama tak dengar pengisian rohani..asyik ada hal yang bertembung je..."

 "ceramah ye? tak mengapalah, aku belajar dalam kuliah juga tuntut ilmu. Nanti senang-senang aku pergilah ceramah..."
-----------------------------------------------------------------

Bagaimana agaknya rasa kita bila ada orang yang menolak pemberian kita? Bagaimana agaknya perasaan kita bila kita dengan bersungguh mahu memberikan sahabat kita hadiah tetapi dengan mudahnya ditolak.

Bukankah pada ketika itu terdetik juga rasa keci di hati kita, tersinggung pemberian ikhlas tidak dihargai malah tidak langsung dipandang.

Ya Allah...hambaMu mohon ampun di atas segala dosa dan kelalaian yang hamba lakukan...

Pernahkah kita terfikir mugkin satu hari nanti hadiah itu sudah tidak lagi diberikan kepada kita... Natijahnya hati kita yang kosong yang sepatutnya diisi dengan pengisian yang sepatutnya, mula diisi oleh perkara lain yang membawa kepada kelalaian. Akhirnya kita tersungkur dengan keasyikan dunia.

Jangan sampai ayat ini terdetik di hati kita...

"Ya Allah...aku menyesal tidak memanfaatkan peluang yang ada dulu...Ya Allah aku menyesal mensia-siakan hadiah yang Kau beri dulu...Ya Allah..andai masa lalu boleh diputar"

Apa lagi yang kita mahu...Apa lagi yang kita harapkan dari hidup ini kalau bukan rahmat dan kasih sayang Allah. Bukankah kita faham bahawa hidup kita adalah semata-mata kerana Allah. Bukankah kita faham hidup kita hanya sementara...

Cuba cek semula iman kita...Apakah setakat ini kita sudah memanfaatkan hadiah dan pemberian dari Allah. Adakah setakat ini kita sudah yakin Allah memandang kita sengan pandangan penghuni Syurga. Adakah kita yakin apa yang kita perbuat ketika ini akan ada jawapan yang pasti dan yakin dari kita di padang Perhitungan nanti.

Sekarang...kita masih berada dalam ruang lingkup kehidupan sentiasa dihamparkan dengan hadiah pemberian Allah. Sekarang kita masih beruntung kerana ditempatkan di zon selesa... maka gunakanlah dengan sebaiknya, hargailah segalanya, insaflah dengan kurnia...

Semoga kita tergolong dalam golongan yang mensyukuri nikmat Allah. Semoga juga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang mebghargai hadiah Allah...

Allahua'lam...Peringatan bagi diri yang hina juga hati-hati yang didetikkan Allah untuk membaca artikel ini...








::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design