Saya terpanggil untuk memberikan 'kreadit' melambung kepada wanita JIM yang sudah menubuhkan Raudhatus Sakinah. Bukan apa, semalam saya berpeluang pergi ke sana (RS). Sebenarnya mujur dek kerana assingment yang menuntut untuk saya ke sana. Jika tida, mungkin saya tidak pernah terfikir lagi untuk ke sana sehingga ke saat ini. Dhoif sungguh akal fikiran saya.
Banyak pelajaran yang saya perolehi semalam. Sempat menemuramah seorang pelatih , bukan temuramah sekadar masa silamnya bagaimana dia boleh sampai ke RS cuma, tapi pada saya semalam adalah juga diskusi pendek bersama dengan pelatih tersebut. Saya meyakini dan beriman kepada 'sesuatu' selepas diskusi itu. (Akan saya ceritakan apa dia 'sesuatu' yang saya beriman itu)
Sebentar...terlalu banyak yang ingin saya ceritakan, mungkin saya perlu mulakan dari pengkisahan semangat yang empunya RS.