07 June 2009

Khusus buat adikku Ummi




Kesyukuran yang tidak terhingga. Alhamdulillah akhirnya impianmu tercapai jua adikku..

Esok adik saya Ummi Nursyafiqah akan bertolak ke Kelantan bersama-sama dengan mama dan bapa. Dia dapat masuk Kolej Islam Sultan Ismail Petra Kelantan (KIAS)..Hehehe...mesti dia sekarang sangat nda sabar mau tengok kolej tempat dia belajar.

Itulah besarnya kurniaan Allah. Sebenarnya Ummi hampir-hampir tidak berjaya masuk ke KIAS disebabkan oleh masalah kewangan. Waktu itu, saya tau dia sebenarnya bersedih, walaupun dia cuba sembunyikan kesedihan dia dengan cuba berlakon gembira (kakak tau tu mie..hehehe). Saya tau kenapa dia tidak terlalu bersedih...sebab dia mesti terfikir, apapun yang Allah tetapkan itulah yang terbaik buat dia..sama ada KIAS atau tempat lain...(betulkan mie? ^_^ )

Tapi dengan takdir Allah duit jatuh dari langit, sekaligus memakbulkan doa Ummi untuk masuk ke KIAS...

hehehe...nda la..bukan duit jatuh dari langit... Cuma yang menarik untuk saya ceritakan ialah, bersungguh-sungguhnya Ummi mau masuk KIAS sampai bangun tahajud, solat hajat malam-malam dan berdoa sungguh-sungguh supaya Allah izinkan dia masuk ke KIAS. Dan sebagaimana yang sepatutnya Allah itu Maha PEMBERI NIKMAT, PENGASIH, PENYAYANG dan PENDENGAR DOA hambaNYA, berita gembira pun disampaikan...Alhamdulillah...

ALLAH ITU MAHA PENERIMA DOA

hmm..mesti itulah saat yang sangat mengembirakan bagi Ummi. Dan saya pasti apa yang berlaku sepanjang detik-detik yang mendebarkan sehinggalah berita gembira disampaikan mesti akan Ummi ingat sampai bila-bila..Kerana saya juga pernah rasa yang demikian. Dan detik-detik itu sangat di ingat kerana detik-detik itu sangat memperlihatkan betapa Allah itu MAHA BESAR. MAHA MEMBUKA JALAN HIDAYAH BAGI HAMBANYA YANG MENGINGINKAN.... Saya percaya, anda-anda juga ada detik itu...

kata Kakak Ummi tulis di HPnya
"selamat tinggal kenangan lama"
Maksudnya, Ummi masuk ke KIAS untuk memulakan hidup baru... (^_^) sebab di KIAS, suasananya sangat menyejukkan. Nilam Puri... umpama Syurga di bumi.. Rindu pula Biah Solehah Nilam Puri...

Apa yang pasti..tahniah buat adikku..semoga Ummi temui apa yang Ummi cari di sana dan semoga Ummi juga terpilih sebagai seorang hamba yang menyerahkan hidupnya untuk perjuangan Islam juga jadilah si matahari yang menyinari alam dengan cahayamu yang bersinar terang membawa cahaya Iman..amin....




JORDAN..

4 Perkongsian:

  1. salam..mabru' wat adik akak tu..semoga dipermudahkan segala urusan dia..amin..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..semoga terus istiqamah dalam perjuangan...

    ReplyDelete
  3. i'allah kak, sy akn jlnkn sebutir permata 'amanah ALLAH' d np

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design