"As-shahid Ustaz Ibrahim Libya memang selalu berdoa untuk shahid. Selalu ana dengar dari mulutnya dia minta sahabat-sahabat lain doakan supaya dia shahid..Akhirnya tercapai juga hasrat dia..."
Teringat saya petikan kata-kata ustaz saya di Nilam Puri dulu. Ustaz Ibrahim juga namanya. Dia kata dia adalah sahabat kepada As-shahid Ustaz Ibrahim Libya. Dia kata As-Shahid memang selalu mengimpikan untuk shahid...akhirnya Allah makbulkan doanya..subhanalLah...
Banyak sangat cerita-cerita yang saya dengan tentang peristiwa Memali ni..ada yg benar dan ada juga yang dongeng..Yang pasti di akhir kesimpulan semua cerita-cerita tu, saya tetap tegar dengan kesimpulan bahawa yang salah tetap mereka-mereka yang cuba untuk menghapuskan Islam..walauapapun alasan dari si pencerita... Jelas dan sangat meyakinkan, dalang kepada peristiwa Memali adalah kerana "kedengkian dan kebodohan orang Islam sendiri yang lebih memilih dunia berbanding memilih agama ALlah" ..NauzubilLah...
Memali kalau diingat sebenanya boleh menimbulkan barah yang sangat mudah merebak dihati. Barah itu akhirnya kalau terus dibiarkan akan mencetuskan satu renjatan elektrik kepada minda. Renjatan elektrik itulah akhirnya yang akan mengarahkan minda untuk menggerakkan seluruh tubuh badan melakukan tindakan balas kepada mereka-mereka yang menjadi dalang kepada peristiwa Memali.
Bukan mudah untuk kita menerima ikhlas begitu sahaja apa yang telah dilakukan mereka terhadap Memali. Kenapa kekejaman itu lebih menjadi pilihan hanya semata-mata kerana memenuhi kehendak dunia yang cuma sementara? Kan Allah sudah berfirman
"56. Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku."
Ad-Dzariat ; 56
Kan Allah itu dengan sifat Maha PenyayangNya sudah memperingatkan kita bahawa kita hidup di dunia ni sementara cuma. Sekejap lagi bahkan mungkin sekarang ini kita bakal menemui ajal. Tapi kita manusia tetap saja berdegil, mengikuti kata hati yang dirasuk Syaitan LaknatulLah...Tanpa memikirkan bahawa akibatnya kelak kita akan menerima balasan Neraka.
Ya Allah ampukanlah dosa kami...
Itu beberapa tahun dahulu...susulan Memali banyak lagi peristiwa seumpamanya yang semakin menjadi-jadi... Ada yang diketahui umum, ada yang diketahui segelintir pihak, bahkan ada juga yang masih tersembunyi di hujung sudut dunia tanpa ada publisiti walaupun sekecil kuman.
Moga-moga segala kezaliman ini akan cepat berakhir dengan terlahirnya jiwa-jiwa muda yang kukuh semangat untuk mempertahankan agama Allah..Moga-moga juga dunia ini masih belum tua untuk menampung segala kejahatan yang berlaku sebelum sempat kita semua sujud bertaubat kepada-Nya.. Moga-moga juga kita semua akan memperingati peristiwa Memali sebagai suatu kekejaman yang wajar untuk dituntut bela ke atasnya...selagi kita bergelar seorang MUSLIM...
JORDAN..
0 Perkongsian:
Post a Comment