Alhamdulillah setelah kemenangan yang berpihak kepada Pro-Jihad di Universiti Malaya, kini tibalah masanya saya mengizinkan diri saya untuk menyediakan ruangan khas di blog ini untuk muda-mudi jihad yang sedang berjuang di bumi lahir saya sendiri.
Alhamdulillah sesungguhnya nikmat yang Allah berikan itu sangat besar sekali. Cuti yang lepas, Allah menganugerahkan bumi Sipitang dengan terlahirnya beberapa orang mujahid-mujahidah kecil hasil pentarbiyahan sabah sendiri. Bermakna tenaga juang di daerah kecil itu bertambah lagi, bermakna sinar harapan baru mula mengintai daerah sempadan Sabah dan Sarawak itu, bermakna lembaran baru daerah itu akan terbuka tidak lama lagi..Amin..
Apa yang sedikit saya kesalkan adalah, keberadaan saya di seberang lautan tidak memungkinkan saya untuk berjuang secara langsung bersama-sama dengan mereka. Pasti saat ini banyak rencana dan program-program yang sedang mereka aturkan mahupun yang sedang mereka jalankan. Moga Allah mempermudahkan segala usaha mereka..
KELAB REMAJA UKHUWAH
Kelab Remaja Ukhuwah boleh dilayari di http://d-kru.blogspot.com/.
Alhamdulillah, KRU sudah berjaya melebarkan sayapnya ke daerah Sipitang. Walaupun mungkin sekarang ini jumlah keahliannya masih belum begitu memberansangkan, tapi saya percaya sedikit masa lagi insyaAllah keahliannya pasti akan bertambah dengan mendadak. Kenapa saya berkata demikian, kerana saya percaya masih ramai lagi adik-adik di sana yang dahagakan ilmu agama dan dahagakan pengetahuan Islam sebenar. Moga dengan tertubuhnya kelab ini akan serba sedikit membantu mereka mencari haluan hidup yang mereka cari berlandaskan jalan menuju Allah.
PROGRAM-PROGRAM MENARIK
Cuti yang lalu, saya sempat juga mengikuti mesyuarat hala tuju kelab. InsyaAllah, akan ada banyak program-program yang menarik akan menyusul. Antaranya kesinambungan Kem Remaja Islam Sabah Sipitang (KRIS) kali kedua, Kem Smart Solat,Sebaran Risalah ke Masjid-Masjid, Rehlah Tarbiyah, Usrah dan bermacam lagi program menarik yang bertemakan dakwah.
Hari ini juga saya dikhabarkan mereka akan ber'rehlah'. Rugi rasanya tidak dapat ikut serta.
KEWANGAN
Tuntutan meterial zaman ini sememamngnya sentiasa menjadi persoalan pokok. Bukan sahaja pokok tetapi akar umbi setiap perkara. Kapasiti material yang tidak begitu mengizinkan pasti akan membantutkan gerak-kerja dakwah. Lebih-lebih lagi ahli-ahli KRU hanyalah adik-adik yang masih berada di sekolah menengah tetapi bersemangat tinggi untuk dakwah Islam.
Oleh yang demikian suka saya memohon jasa baik pembaca-pembaca budiman andai sekiranya ingin menambah saham Akhirat bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun saya
Akaun BSN
Nazifatunnisa Salim
No Akaun : 10090010190527
Email : nisaadira@yahoo.com
Atau sumbagan secara terus kepada Ustazah Feriza yang boleh ditemui terus di Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang.
Semoga Allah merahmati dan memberkati jasa baik kalian.
CADANGAN DAN PENAIKTARAFAN
Islam itu agama nasihat. Maka jika sekiranya saudara-saudari pembaca sekalian ada cadangan yang ingin diutarakan untuk KRU Sipitang saya sangat mengalu-alukan dan berterimakasih atas keprihatinan saudara-saudari sekalian.
Saya juga dengan penuh rasa rendah diri mohon dari saudara-saudari pembaca sekalian untuk mendoakan kejayaan yang berkekalan kepada kelab ini dan juga mohon semoga usaha dan penat lelah mereka bukan hanya dinilai sebagai jihad semata, tetapi juga sebagai mahar untuk ke Syurga.
Sesungguhnya Yang Baik Itu Tetap Datangnya Dari Allah dan Segala-galanya adalah Miliknya..
Allahua'lam.
JORDAN..
assalm nisa,,masih kenal?msk k skype ferri ya..
ReplyDelete