29 January 2009

Fleksibiliti Cuti - Medium Menjana Iman



Bila sebut tentang cuti pasti ramai wajah-wajah yang akan menunjukkan riak berseri. Mana tidaknya,setelah sejumlah selang waktu menjalani kehidupan yang dipenuhi dengan rutin harian yang hampir sama masa cutilah waktunya untuk menukar 'mood' sibok kepada 'mood' ceria.


Dikatakan waktu cutilah waktunya untuk men'qada' pelbagai rutin yang tidak dapat dilunaskan pada hari-hari biasa khususnya masa tidur. Bagi yang tidak sempat bersenam, masa cuti diluangkan untuk bersenam dan bersukan. Bagi sang Ibu dan sang Ayah, masa cutilah digunakan untuk meluangkan masa bersama anak-anak yang disayangi.Lebih menarik banyak majlis-majlis keramaian diadakan semasa cuti. Apa yang pasti, masa cuti adalah sebenarnya ruang untuk diri sendiri.

Luangkan Masa Untukmu

Tiba-tiba saya terfikir. Mungkinkah ada di antara sebegitu ramai manusia yang dia tidak tahu apakah maknanya cuti. Bayangkan saja dia menghabiskan masanya 23 jam 60 minit dengan KERJA. Kalau difikir dari logik akal pasti kita tidak sanggup memikirkannya jika seandainya ia terjadi kepada kita.

Tapi perkara sedemikian pasti bukan perkara yang menghairankan lagi mustahil dizaman ini. Bahkan mungkin fenomena ini adalah perkara biasa. Ahli-ahli perniagaan mungkin menjadi sasaran utama kepada 'figure' yang dimaksudkan. Jangan dilupakan mereka-mereka yang bergelar orang kenamaan seperti menteri-menteri yang dibebani dengan tangungjawab besar. Mungkin bagi orang-orang seperti ini, masa 24 jam tidak cukup bagi mereka. Teringat kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna
al-wajibat aksaru minal auqat...

Walau apapun wahai manusia, luangkanlah masa untuk dirimu. Janganlah berlaku kejam kepada diri sendiri kerana tubuh badan dan roh kita juga perlukan rehat. Nah, lihatlah betapa Islam itu sangat Syumul. Allah mensyariatkan solat, zikir, membaca Al-Quran dan ibadah-ibadah lain juga bermaksud untuk memberi peluang kepada manusia berehat. Sambil berehat, connection kita dengan Allah menambahkan lagi tenaga semulajadi. (keajaiban-keajaiban rahsia disebalik solat juga telah terbukti oleh kajian saintifik)

Islamic Borneo Camp

Cuti ini MARSIS (Markas Siswa Siswi Sabah Sarawak) menganjurkan progam yang diberi nama Islamic Borneo Camp (IBC).


http://family-marsis.blogspot.com/
InsyaAllah dangan adanya Program ini akan terlahir lagi insan-insan yang iltizam dengan perjuangan Islam apa lagi di bumi Sabah dan Sarawak yang sangat memerlukan..amin

Saya berkesempatan untuk menghadiri program itu malangnya kondisi waktu saya yang perlu kepada diinfakkan untuk perkara lain menyebabkan saya terpaksa pulang lebih awal dari tamatnya tarikh program. Biarpun begitu, ada satu perkara yang ingin saya kongsikan.

Jika anda pernah sampai ke Sungai Congkak pasti anda akan kagum dengan suasana sekelilingnya. Bukan kagum hanya kerana keindahan ciptaan Allah tetapi juga kagum dengan bondongan manusia yang datang dengan tujuan reakriasi bersama keluarga. Di sana terlihatlah oleh kita betapa pincangnya institusi keluarga. Melihat bagaimana sang Ayah membiarkan anak dan isterinya mandi manda dikhalayak ramai. Biarpun kelihatan masih sopan tetapi sangat mendatangkan bahana dosa. Nauzubillah..

Seharusnya wanita itu dijaga rapi, dididik elok, dilentur usai hingga menjadi wanita yang hanya akan menunjukkan kecantikkan pada sang suami. Bukan untuk tontonan khalayak umum lantas menjadi fitnah paling besar kepada lelaki..
Nauzubillah.

Ya Allah lindunggi hamba-hamba-Mu dari melakukan dosa sama ada sengaja ataupun tidak. Iringi hidup kami dengan peringatan-peringatan yang sentiasa datang saat kami terlupa..aminn

Al-Wajibat Aksaru Minal Auqat

Sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa menyelit-yelit dicelah perjuangan mendapatkan perhatian-Nya, pasti dan sepatutnya kita merasakan bahawa masa yang ada tidak cukup untuk kita. Kerana tanggungjawab terhadap amanah sebagai 'khalifah bumi Allah' itu sebenarnya sangat besar.

Kalau saat ini atau sebentar lagi kita dikurniakan kelapangan, ingatlah masih ramai lagi manusia yang tidak sebegitu bernasib baik kaya kita. Maka menjadi tangungjawab kita untuk berusaha membantu mereka walau dengan sekecil-kecil bantuan iaitu doa.




Masih banyak lagi tangungjawab yang kita perlu depankan demi memastikan kegemilangan Islam. Tetapi sebagai hamba sifat kita yang sentiasa lalai dan leka biasanya lebih dahulu mengambil tempat mengisi masa lapang kita. Hanya moga kita sentiasa dikurniakan peringatan dan keinsafan yang mendalam lantas cahaya taubat sentiasa memandu setiap gerak geri.

Untuk akhirnya, kala ini sebenarnya saya sedang berperang dengan tekanan jiwa yang dahsyat. Mohon didoakan agar tekanan ini akan lekas berganti dengan sinar dari hati dan biarlah sinar itu berpanjangan menutupi warna-warna hitam kehidupan.

Allahua'lam



JORDAN..

1 Perkongsian:

  1. Ilmu yang sangat bermanfaat, tetap menjana kesihatan nya dengan herbal ya

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design