14 November 2009

Menduga


Dugaan itu bukan untuk ditangisi, bukan untuk dikecewakan, bukan untuk dibiarkan membawa diri kita terus hanyut dalam buaian Kesedihan. Bukan itu maksud kedatangan dugaan. Tapi dugaan itu datangnya membawa maksud yang sukar untuk kita fahami. Dia datang kadangnya dalam keadaan kita tak bersedia kadang datangnya ketika kita sudah sempat menyiapkan segala macam persediaan.

Dugaan itu satu perkara yang pahit dirasa. Senjata ampuh yang membawa kita terbang ke alam khayalan ciptaan kita. Membawa runtun hati menitik air mata, membawa sakit menahan pedih di jiwa, malah hampir membawa kepada akal hilang dari kawalan minda.

Dugaan itulah menjerat kita dalam ketidak tenangan hidup. Dugaan itu mengheret kita ke kancah kesilapan memilih jalan hidup. Dugaan menghantar kita ke alam yang sukar untuk kita tafsirkan. Dugaan itu peranannya cukup besar dalam membina naluri dan peran, di mana jalan kita seterusnya, di mana tempat kita berpijak seterusnya, dan bagaimana corak garapan kita seterusnya. Semuanya bermula dengan dugaan. Sebenarnya.

Tanpa dugaan kita tidak mampu untuk menjadi seperti mana kita sekarang. Tanpa dugaan kita tidak kan mampu mewujudkan karektor apa dan siapa kita sekarang. Tanpa dugaan tidak bermaknalah sebuah kehidupan.

Ketahuilah dugaan itu hadiah bernilai buat Kita. Tidak datangnya hanya sia-sia dan sengaja mendatangkan susah. Datangnya bukan hanya sengaja mahu melihat kita terseksa. Yang paling penting, dugaan itu adalah kehendak dan hadiah dari Allah.

Percayalah, dugaan itu diturunkan untuk mahu kita semakin hampir kepadaNya. Percayalah, sudah agak lama kita tidak merasa kesedihan dan kesungguhan dalam tahajud dan sujud kita kepadaNya. Percayalah, tangisan mohon ampunan dan rintihan mohon diselesaikan segala dugaan itulah yang amat dirinduiNya daripada kita. Betapa bukti DIA yang terlalu sayang kepada kita, meskipun siapalah kita hanya hamba.

Teruslah merintih. Percayalah Allah mendengar rintihanmu.

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah, Hanya padaMu tempat ku mengadu. Ya Allah...amin ya rabbal alamin.




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

1 Perkongsian:

  1. harus kita ingat bahawa dugaan itulah menunjukkan sampai mana tingktan iman kita... dan dugaan juga sebagai petanda Cinta Allah pada kita...Seorang nabi d uji lebih hebat dari ummatnya.. begitulah seterusnya... Bila datang dugaan mintalah agar di kuat lagi Iman kita..jgn d minta kecilkan dugaan.

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design