10 November 2009

Agamawan Universiti versi Pondok

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Dulu saya pernah menulis entri umpama ini, tapi saya tak ingat dah tajuknya berbunyi bagaimana. Kali ini saya teringin sekali lagi untuk bercerita dari sudut pandang FikrahNazifa mengenai sistem pembelajaran pendidikan keagamaan.

Teringat saya satu ketika seorang pensyarah bertanya, apa yang istimewa dengan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Mengimbas kembali jawapan saya pada ketika itu seingat saya adalah berbunyi "Jabatan Dakwah Pelajarannya agak senang berbanding jabatan-jabatan yang lain. Bahkan boleh diketegorikan paling senang pada saya". Hmm ada juga yang terkejut bila saya mengeluaran kenyataan begitu. Mungkin tidak bersetuju. Tetapi itulah pendapat jujur saya.

Jika dibanding beza dengan subjek usuluddin yang lain seperti Quran Hadith saya rasa jauh lebih susah tapi manfaatnya sangat besar. Malah belajar Quran Hadith adalah satu keberuntungan. Banding pula dengan pembahagian-pembahagian Syariah mungkin pelajarannya lebih mencabar.
Tapi itulah sistem yang dicipta oleh manusia. Teringat saya kepada entri di blog Ustaz Hasrizal mengenai Ustaz Asri yang baru-baru ini gempar apabila beliau ditangkap. Benar seperti kata ustaz Hasrizal, seseorang yang mengambil subjek agama itu tidak semestinya fakeh tentang hukum. Bidang Usuluddin tidak masuk belajar bab menghukum, dan itu menjadikan penuntut usuluddin tidak diberikan hak-hak menghukum. (Usuluddin tidak belajar mengenai fiqh)

Bidang usuluddin berbicara mengenai asas-asas dan dasar-dasar agama atau akidah yang 'secara langsung merujuk kepada dasar-dasar agama Islam'. Berdasarkan kepada maksudnya usul yang berasal dari perkataan asl yang membawa maksud asal. Manakala deen bermaksud agama.

Sebagai contoh, penuntut ilmu dakwah dan pembangunan insan perlu mendalami perkara asas dalam usuluddin iaitu berkaitan dengan definisi, skop dan persoalan dalam usul-ad-din, definisi Al-Quran dan kedudukan dan kepentingan Al-Quran, Al-Hadith definisi, kedudukan dan kepentingannya, Akal dan hawa, konsep tawhid, nubuwwah, hari Akhirat, hari Kematian,  konsep keadilan Allah, Ilmu Akal, Sifat-sifat yang Wajib, yang Mustahil, Yang Harus bagi Allah, Hakikat Ketuhanan, Boleh membezakan Itiqad Jabariah, Muktazilah, Qadairiah, Syiah dan Ahli Sunnah Wal-Jammah(Imam Abu Hassan Ass’ari dan Imam Maturidhi), Menguasai Sifat-sifat Allah yang berada dalam Martabat Zat, Martabat Sifat, dan Martabat Asma ditambah dengan ilmu-ilmu dakwah dan pembangunan insan yang lain dan ditambah pula bagi yang memilih minor lainnya.

Tidak masuk subjek fiqh mar'ah, fiqh usrah dan fiqh-fiqh lainnya yang cuma boleh dipelajari sekiranya mengambil syariah dan pendidikan Islam. Begitulah mereka yang mengambil pendidikan keagamaan tidak semestinya boleh menghuraikan dan memberikan penjelasan hukum. Tidak semestinya mereka yang mengambil pendidikan keagamaan mampu berbicara dengan quran dan hadith selengapnya. Tetapi jangan dinafikan bahawa mereka yang belajar bidang keagamaan adalah mereka yang fakih juga tentang apa yang mereka pelajari andai sekiranya mereka benar-benar memanfaatkan pendidikan mereka, bukan sekadar atas nama mengambil skroll ijazah.

Sebab itulah mungkin sebenarnya sistem pengajian pondok adalah sangat jauh baiknya dalam melahirkan seorang ilmuan islam yang fakeh tentang agama. Yang mampu menghurai tentang agama. Kerana belajar dipondok dasarnya adalah untuk mengeluarkan ulama tanpa mengharapkan ijazah dan pengitirafan manusia.

Kadang-kadang terfikir juga untuk duduk belajar dipondok banding di universiti. Tapi tidak menafikan sebenarnya universitilah keperluan yang nyata realitinya zaman moden. Buktinya, Dr. Asri.






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

4 Perkongsian:

  1. huh.. apa yang cuba anda maksud kan?? saya kurang memahami.. adakah anda bermaksud pelajar pondok lebih baik dari pelajar universiti atau sebaliknya??

    ReplyDelete
  2. saya tidak bermaksud begitu atau sebaliknya...tetapi saya maksudkan belajar lah ita bersungguh-sungguh...hehehe...

    tapi kamu patut try sekali duk pondok...Pondok Pasir Tumbuh atau pondok lain

    ReplyDelete
  3. pondok sungai durian,kelanatn pn agk menarik jika ingin di dekati..wallahualam

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design