23 November 2009

Pintu Kehidupan..Buatmu Ann

Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah



Sebesar mana dugaan yang Allah timpakan pada kita, ketika mana kita berasa lemah dan letih dalam mengharung hidup (apa lagi perjuangan menegakkan kalimah Allah), ketika mana kita mempersoal kasih sayang Tuhan, ketika mana kita mula berfikir untuk menyatakan bahawa dunia ini kejam, pada ketika itulah kita perlu ingat bahawa ada lagi insan yang hidupnya bertemankan dugaan dan ujian lebih dahsyat.


Maka, nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan


Saya tak pernah membanyangkan bahawa saya akan berkenalan dengan seseorang yang hidupnya penuh dengan dugaan hidup. Walaupun saya sebenarnya teringin untuk mempunyai kawan yang environment hidupnya sedikit berbeza dari saya. Mungkin kerana keinginan yang kuat itulah Allah temukan saya dengan Ann (Nama samaran).

20 November 2009

Nikmat Allah Mana Yang Kamu Dustakan

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
 
Ya Allah, sesungguhnya nikmat Allah itu cukup besar bagi hambaNya. Apa yang pasti walaupun bermacam perkara yang berlaku beberapa hari ini, tetapi nikmat Allah itu tetap mencurah-curah. Berkongsi bermacam-macam kisah sekitar kehidupan....


Sekitar Prosiding

Setelah melalui dua kali penangguhan prosiding, sahabat-sahabat Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan rakan-rakan dari Persatuan Bahasa Cina (PBCUM) yang didakwa atas kesalahan membawa masuk pemimpin parti politik ke dalam kampus masing-masing atas tujuan Perasmian dalam Mesyuarat Agung PMIUM 16 Mac lalu dan hakim bagi Pertandingan Debat Bahasa Cina 8 September lalu (yang saya masih ingat pertandingan ini dijalankan di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam) akhirnya didapati tidak bersalah. Berita Mkini

Blogger upgrade lagi

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah


Wah saya terkejut pagi ni bila mendapati di blogger sudah menambah function baru. Dah boleh upload video sendiri dan boleh define/translate (apa benda ntah). Blogger memang hebat!!!

Tapi ada sesuatu yang kurang sempurna dari penambahbaikkan blogger. Kalau anda-anda perasan, perkhidmatan read-more blogger yang beru sebenarnya masih tidak stabil. Maksud saya apabila ita mengunakan hidmat read-more, apa yang berlaku widget kanan atau kiri akan secara automatik terpindah pula ke bawah. Mungkin ini disebabkan oleh sukatan saiz yang digunakan masih kurang betul.

Tapi jangan risau, caranya untuk memperbetulkan kedudukan widget tu sebenarnya cukup mudah. Tapi ini hanya teori fikrahnazifa setelah melakukan try and error

14 November 2009

Menduga


Dugaan itu bukan untuk ditangisi, bukan untuk dikecewakan, bukan untuk dibiarkan membawa diri kita terus hanyut dalam buaian Kesedihan. Bukan itu maksud kedatangan dugaan. Tapi dugaan itu datangnya membawa maksud yang sukar untuk kita fahami. Dia datang kadangnya dalam keadaan kita tak bersedia kadang datangnya ketika kita sudah sempat menyiapkan segala macam persediaan.

Dugaan itu satu perkara yang pahit dirasa. Senjata ampuh yang membawa kita terbang ke alam khayalan ciptaan kita. Membawa runtun hati menitik air mata, membawa sakit menahan pedih di jiwa, malah hampir membawa kepada akal hilang dari kawalan minda.

Dugaan itulah menjerat kita dalam ketidak tenangan hidup. Dugaan itu mengheret kita ke kancah kesilapan memilih jalan hidup. Dugaan menghantar kita ke alam yang sukar untuk kita tafsirkan. Dugaan itu peranannya cukup besar dalam membina naluri dan peran, di mana jalan kita seterusnya, di mana tempat kita berpijak seterusnya, dan bagaimana corak garapan kita seterusnya. Semuanya bermula dengan dugaan. Sebenarnya.

10 November 2009

Agamawan Universiti versi Pondok

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Dulu saya pernah menulis entri umpama ini, tapi saya tak ingat dah tajuknya berbunyi bagaimana. Kali ini saya teringin sekali lagi untuk bercerita dari sudut pandang FikrahNazifa mengenai sistem pembelajaran pendidikan keagamaan.

Teringat saya satu ketika seorang pensyarah bertanya, apa yang istimewa dengan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Mengimbas kembali jawapan saya pada ketika itu seingat saya adalah berbunyi "Jabatan Dakwah Pelajarannya agak senang berbanding jabatan-jabatan yang lain. Bahkan boleh diketegorikan paling senang pada saya". Hmm ada juga yang terkejut bila saya mengeluaran kenyataan begitu. Mungkin tidak bersetuju. Tetapi itulah pendapat jujur saya.

Jika dibanding beza dengan subjek usuluddin yang lain seperti Quran Hadith saya rasa jauh lebih susah tapi manfaatnya sangat besar. Malah belajar Quran Hadith adalah satu keberuntungan. Banding pula dengan pembahagian-pembahagian Syariah mungkin pelajarannya lebih mencabar.

09 November 2009

Pemikiran Muslim Super


Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Saya masih lagi mengulang kaji kursus IDEU2107 (Kursus Pembangunan Minda). Teringat kepada pensyarah yang mengajar kursus ini kedua-duanya dari Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Ustaz Dr. Fakhrul Adabi bin Abdul Kadir dan Ustaz Mohammed bin Yusof.

Tertarik untuk berkongsi mengenai jenis-jenis cara berfikir. Mungkin selepas ini bolehlah kita menilai, di manakah kita atau bagaimanakah sebenarnya kita berfikir.

08 November 2009

Wajah Baru, Semangat Baru

Bismillahhirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Akhirnya siap juga saya mengubah siap template FikrahNazifa. Ini semua gara-gara dah bosan melihat template yang sebelum ini. Saja bertukar angin. Bukankah pembaharuan itu membawa kepada motivasi. Maka sebenarnya untuk menaikkan semula motivasi saya menulis, saya mengambil keputusan untuk mencari template yang baru.

Bersama-sama template baru ini saya mencari beberapa aksesori untuk menambah kesedapan mata saya memandang. Banyak juga kod HTML baru yang saya jumpa. Menarik. Ada juga kod-kod HTML yang saya gunakan sebelum ini, tidak saya masukkan ke dalam FikrahNazifa versi baru, kerana bimbang terlalu serabut.

04 November 2009

Purdah : Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi




Klik sini

Kronologi Isu Niqab (Purdah) Yang Membabitkan Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi

Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

02 November 2009

Muhasabah Sebentar






Saya terjumapa video ini di Youtube. Saya sangat suka dengan video ini. Bukankah yang paling baik untuk diberikan kepada sahabat itu adalah perkara atau sesuatu yang paling kita sayang dan suka.

Dengan berbekal rasa itu, saya sangat teruja untuk berkongsi video ini bersama kalian dengan harapan kalau bukan seratus hati yang terdetik keinsafan cukuplah cuma satu..sebagai bekal saya nanti di sana. Juga sebagai bekal nanti kita di sana.

Kepada insan yang telah diilhamkan ALlah untuk mencipta dan meletakkan video ini di youtube semoga dirimua sentiasa mendapat Redha Allah walau di mana jua kamu berada. Ana minta izin untuk berkongsi juga video ini di blog ana yang tak seberapa. Semoga segala kebaikan hanya untuk kamu.

Buat kita semua...hayatilah video ini dengan rasa keinsafan, kehambaan dan kesedaran. Ingatlah yang hidup kita ini bukan selamanya di dunia. Tetapi akan sampai jua masanya kita bertemu dengan-Nya.

Semoga segala kebaikan untuk kita dan semoga kita tergolong sebagai ahli Syurga-Nya...




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

01 November 2009

Tolong Jangan Tunjuk Hebat




Seorang sahabat muslimin memberikan 'kredit' kepada saya. katanya dia baru kenal siapa saya. Sebelum ini walau kami sudah terjalin ukhuwah yang agak lama dan berkerja bersama, rupanya saya lain dari apa yang dia fikirkan. Dia kata rupanya saya orang yang 'hebat'. Dia berkata begitu setelah cuma seminggu duduk menyelesaikan 'masalah' bersama berbanding dia mengenali saya hampir 3 tahun lebih sejak dari Nilam Puri. Rupanya...



Haha..Tergelak juga saya membaca apa yang dia katakan walau hanya dalam YM. 'Hebat' apa sebenarnya makna 'hebat'? Apa indikator yang meletakkan seseorang itu seorang yang boleh dikatakan hebat? Hebatkah saya..Hebatkan anda???

Saya akui, seminggu ini otak saya sedikit penat kerana setiap hari melalui sesi berfikir yang sangat memenatkan. Lebih penat dari bermain bola jaring. Agak terkejut juga saya sebenarnya dengan performance saya sendiri. Malah saya juga tidak menyangka saya mampu juga akhirnya untuk membina dan mengaplikasi apa yang pernah diajarkan kepada saya.

Sebenarnya saya juga bimbang kalau-kalau saya yang sangat banyak diberikan peluang untuk belajar dan mendalami ilmu tidak dapat memuaskan hati orang yang telah mengajar saya. Malah saya risau kalau saya adalah orang yang sebenarnya silap untuk menerima semua-semua yang telah diajarkan kepada saya, kerana saya bimbang saya tidak dapat menguasainya dan mengaplikasikannya dengan baik, berdasarkan performance saya yang biasa-biasa saja malah kadang kala mengecewakan.
"Kita tidak membentuk ulama' @ engineer, tapi sejauh mana individu tersebut mahu mendalami dan menjadi arif pada bidang masing-masing. Kita cuma boleh bagi platform untuk melatih diri..."

Quotation ini saya ambil dari kata-kata 'tok guru' saya. Sememangnya saya akui saya sedikit obses dengan tok guru tok guru saya. Bahkan saya sendiri tidak sanggup untuk mengecewakan mereka walau hakikatnya saat ini saya ada sedikit perbezaan pendapat dengan mereka. Itu semua berkenaan dengan di mana saya patut duduk.

Cuma apa yang saya boleh katakan, kehendak Allah tidak ada yang mustahil. Sangat tidak mustahil untuk seseorang yang berkarekter lain akan berubah 360 darjah dari sebelumnya. Percayalah. Malah seorang pemain yang dilihat tidak pandai bermain rupanya boleh berubah menjadi orang utama penjaring gol dalam aplikasi permainan setelah melalui banyak sesi latihan. Dibantu dengan kekentalan jiwa dan hati untuk cekal menghadapi apa jua ujian dan peluang yang datang dan diberikan. Dan itulah jawapan saya kepada sahabat muslimin saya tadi. Dan percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah, dan tiada yang mustahil untuk anda juga kita. Pointnya...Tiada yang mustahil bagi Allah.

Saya masih bimbang dengan adik-adik yang terlalu awal diberikan kepercayaan mengendalikan sesuatu yang sangat besar. Saya bimbang itu akan menyekat proses pembelajaran mereka. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dalam kapasiti kita sebagai seorang yang masih belajar. Berbeza dengan kapasiti kita yang perlu turun perform. Bimbang saya berdasarkan bukti ke'terencatan' yang berlaku bukan sekadar persepsi...tapi mungkin juga saya sekadar berpersepsi...

Cuma mengambil kata-kata tok guru yang saya quoatekan di atas, saya yakin di mana pun kita diletakkan, yang pasti andai kita menggunakan peluang itu dengan sebaiknya kita akan menjadi orang yang HEBAT.

Bercakap lagi saya tentang 'hebat'. Padahal saya masih tidak tahu indikator apa sebenarnya yang boleh kita letakkan untuk menilai kehebatan seseorang. Tapi saya yakin seperkara, andai kita yakin dengan apa yang kita lakukan setelah menilai pertimbangan-pertimbangan semasa dan menilai kekuatan dan kelemahan, dalam konteks aplikasi hasil pembelajaran...maka kita akan tahu 'dream' apa yang patut kita bina untuk diri kita sendiri. Berpegang dan berlandaskan apa yang terbaik selaras dengan perancangan Allah. Mohon panduan Allah....juga bantuan sahabat-sahabat dan nasihat.

Perkongsian saya andai sekiranya saya layak untuk berkongsi, gunakanlah sebaiknya platform yang disediakan untuk belajar. Biar di mana pun kita dicampakkan dan peluang yang diberikan. Terimalah semuanya dalam kondisi kita yang ikhlas untuk belajar. Belajarlah dengan semaksima mungkin...InsyaAllah hasilnya nanti adalah memberansangkan Dan kita akan menjadi orang yang 'HEBAT'..Tapi tolonglah jangan tunjuk hebat. Yang penting....Serahkan diri untuk Islam...Moga itu adalah saya..moga kita semua penghuni SyurgaNYA... Allahua'lam.

...Menulis seperti selebriti, Tidak!. Kerana saya bukan salebriti. saya hanya insan yang hina dan penuh dengan dosa... Cuma saya mula suka menulis dengan bermain dengan kata-kata...senyuman sinis buat mereka yang suka sembang kemas, termasuk saya..hehe..




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design