04 August 2011

Andai Dia Bersama Kita

Bismillah
Alhamdulillah

Ramadhan yang ke empat. Alhamdulillah puji dan Syukur hanya pada Allah ya maha Pengampun dan Maha Pelindung. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rahmat dan berkatNya dalam seluruh detik saat kehidupan kita. Alhamdulillah kita dipilih sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan. Moga ramadhan ini lebih banyak amal dn taqwa yang mampu kita kerjakan berbanding ramadhan sebelum ini. Jika Rasulullah ada ketika ini, apa yang ingin kita katakan pada baginda?






Beberapa hari lepas saya baru sempat meneliti, memerhati dan menghayati rancangan Lau Kana Bainana yang disiarkan di tv Al-Hijrah. Anda sudah pernah menghayati, melihat dan meneliti rancangan tersebut? MasyaAllah kalau belum, maka marilah kita sama-sama berbuat demikian jika ada kesempatan. SubhanaAllah...Moga Allah mencucuri rahmat dan berkatNya sentiasa kepada mereka yang terlibat dalam menerbitkan rancangan sebegitu rupa.

12 July 2011

Marhaban Ya Ramadhan



Rupanya draft blogger sudah berwajah baru! Nampak sangat lamanya saya tidak jenguk-jenguk ke sini. Moga saya diberi 'kekuatan' untuk mula rajin menulis. 

Teringat sya'ban yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi dari sekarang. Bulan yang penuh dengan keberkatan, penuh dengan tarbiyah dan bulan yang dikatakan terbaik dari 1000 bulan pun, Ramadhan pula akan muncul. Ya Allah...hadirkanlah dalam hati-hati kami keseronokan, kegembiraan dan keterujaan untuk menghadapi Ramadhan Mu yang penuh berkah. Moga kita tergolong dalam golongan yang tidak akan menikmati Ramadhan dengan sebaiknya.

28 April 2011

Terima Kasih Ya Allah


Bismillah
Alhamdulillah

Laluilah kehidupan didunia ini semampu kamu, semahu kamu, sedaya kamu...

Buatlah apa yang kamu mahu. Tapi awas, pastikan ia sentiasa dibaluti rasa kehambaan... 
(saya mula menggunakan perkataan rasa kehambaan ini seingat saya selepas seorang sahabat saya Uwais namanya, memperkenalkannya.....)






Dan saya mula meminati lagu-lagu Mawaddah setelah itu


25 January 2011

Cita-cita Yang tertangguh!

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Sehingga ke saat ini, saya bersyukur pada Allah atas kurnia Iman dan Taqwa dan nafas untuk saya mencari jejak sebenar perjalanan realiti kehidupan wujudnya saya di dunia ini.

Saya ada rancangan besar dalam kehidupan. Saya bercadang, selepas habis cuti Tahun baru CIna ini saya akan mula menyusun perancangan saya dengan sebaiknya. Saya mahu melangkah lebih maju dalam kehidupan. Bukan semata-mata tanggungjawab saya kepada dunia, tetapi saya mahu berada di tempat yang tertinggi dalam kapasiti Taqwa seorang manusia bernama saya. Kenapa Cuti Tahun Baru CIna...Ada sebabnya....

Rancangan paling besar saya adalah mahu menjejakan kaki menunaikan Umrah bersama seseorang... Masa dan ketika itu ada targetnya. Cuma masih menunggu kata dari Allah. Itu yang utama. (Saya mahu impian ini tercapai...Tolonglah berusaha dengan bersungguh! Fokus utama!) Selebihnya saya mahu menunaikan tuntutan ilham untuk menyudahkan hasil tulisan...Jadinya nanti saya tidak pasti, apa novel apa cerpen atau juga mungkin cebisan helaian kata-kata semangat yang saya kumpul untuk sama-sama jadi pedoman manusia yang sudi membaca.  Setakat ini, sudi-sudikanlah membaca status di FB saya sebagai peringatan kita bersama. Moga ada manfaatnya untuk pedoman. Juga usaha memperbaiki diri dengan bersungguh sebelum hijrah ke dimensi lain. Sama-samalah kita bersedia dengan bersungguh... Yang baik untuk yang baik !

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design