Bismillah
Alhamdulillah
Ramadhan yang ke empat. Alhamdulillah puji dan Syukur hanya pada Allah ya maha Pengampun dan Maha Pelindung. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rahmat dan berkatNya dalam seluruh detik saat kehidupan kita. Alhamdulillah kita dipilih sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan. Moga ramadhan ini lebih banyak amal dn taqwa yang mampu kita kerjakan berbanding ramadhan sebelum ini. Jika Rasulullah ada ketika ini, apa yang ingin kita katakan pada baginda?
Beberapa hari lepas saya baru sempat meneliti, memerhati dan menghayati rancangan Lau Kana Bainana yang disiarkan di tv Al-Hijrah. Anda sudah pernah menghayati, melihat dan meneliti rancangan tersebut? MasyaAllah kalau belum, maka marilah kita sama-sama berbuat demikian jika ada kesempatan. SubhanaAllah...Moga Allah mencucuri rahmat dan berkatNya sentiasa kepada mereka yang terlibat dalam menerbitkan rancangan sebegitu rupa. Saya umpamakan begini, jika anda pernak melihat dan suka melihat Just For Laugh ?? Saya begitu yakin ramai yang terhibur melihat rancangan itu. Mungkin rancangan itu boleh mendatangkan kelucuan melihat gelagat orang yang 'dikenakan' oleh pihak penerbit rancangan. Gembira melihat orang lain 'terkena' dalam keadaan yang 'sporting'.
Kalau anda suka Just For Laugh cuba-cubalah beralih pula ke rancangan Lau Kana Bainana. Bentuk rancangan yang sama tetapi bukan membuatkan kita ketawa. Tetapi akan hadir satu perasaan syahdu, sebak, rindu, sedih. kerana rancangan itu mengisahkan tentang bagaimana perasaan kita sekiranya baginda Rasulullah masih ada bersama kita sekarang.. Ya Allah... bayangkan apa yang akan anda jawab sekiranya anda disoal, 'apa yang ingin anda katakan kepada baginda Rasulullah sekiranya baginda berada bersama-sama dengan anda pada ketika ini dalam masa satu minit??? '... MasyaAllah... Apa yang akan kita katakan...apa yang akan baginda katakan.. Astaghfirullah... Adakah baginda akan menangis melihat umatnya yang sudah jauh tersesat dari ajaran baginda. pasti baginda akan menangis melihat umatnya yang berperang sesama sediri..melupai ajarannya bahkan sanggup mengadaikan Islam demi kepentingan dunia... Astaghfirullah... ya Allah moga Engkau ampunkan dosa-dosa kami ya Allah...
Begitu sahabat-sahabat, bagaimana kita di dunia ini yang langsung tidak pernah berselawat kepada baginda. Bagaimana kita di dunia ini yang selalu melupakan ajaran baginda. Bagaimana kita di dunia ini yang tanpa segan silu berbuat dosa....tetapi di Akhirat nanti kita pula yang tercari-cari baginda Rasulullah untuk memohon syafaat. Tidak malukah kita??? Tidak segan kah kita??? Umpamanya kita berbuat jahat pada seseorang...tetapi ketika susah kita tanpa segan silu meminta pertolongan orang itu tadi... Tidakkan kita malu???? Astaghfirullah....Ampunkan dosa kami Ya Allah...
Moga Ramadhan ini kita sama-sama dapat memperbanyakkan selawat dan salam kepada baginda. Moga ramadhan kali ini kita dapat menambahkan taqwa kita kepada Allah..
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH RAMADHAN...
::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
Alhamdulillah
Kalau anda suka Just For Laugh cuba-cubalah beralih pula ke rancangan Lau Kana Bainana. Bentuk rancangan yang sama tetapi bukan membuatkan kita ketawa. Tetapi akan hadir satu perasaan syahdu, sebak, rindu, sedih. kerana rancangan itu mengisahkan tentang bagaimana perasaan kita sekiranya baginda Rasulullah masih ada bersama kita sekarang.. Ya Allah... bayangkan apa yang akan anda jawab sekiranya anda disoal, 'apa yang ingin anda katakan kepada baginda Rasulullah sekiranya baginda berada bersama-sama dengan anda pada ketika ini dalam masa satu minit??? '... MasyaAllah... Apa yang akan kita katakan...apa yang akan baginda katakan.. Astaghfirullah... Adakah baginda akan menangis melihat umatnya yang sudah jauh tersesat dari ajaran baginda. pasti baginda akan menangis melihat umatnya yang berperang sesama sediri..melupai ajarannya bahkan sanggup mengadaikan Islam demi kepentingan dunia... Astaghfirullah... ya Allah moga Engkau ampunkan dosa-dosa kami ya Allah...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete