25 January 2011

Cita-cita Yang tertangguh!

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah

Sehingga ke saat ini, saya bersyukur pada Allah atas kurnia Iman dan Taqwa dan nafas untuk saya mencari jejak sebenar perjalanan realiti kehidupan wujudnya saya di dunia ini.

Saya ada rancangan besar dalam kehidupan. Saya bercadang, selepas habis cuti Tahun baru CIna ini saya akan mula menyusun perancangan saya dengan sebaiknya. Saya mahu melangkah lebih maju dalam kehidupan. Bukan semata-mata tanggungjawab saya kepada dunia, tetapi saya mahu berada di tempat yang tertinggi dalam kapasiti Taqwa seorang manusia bernama saya. Kenapa Cuti Tahun Baru CIna...Ada sebabnya....

Rancangan paling besar saya adalah mahu menjejakan kaki menunaikan Umrah bersama seseorang... Masa dan ketika itu ada targetnya. Cuma masih menunggu kata dari Allah. Itu yang utama. (Saya mahu impian ini tercapai...Tolonglah berusaha dengan bersungguh! Fokus utama!) Selebihnya saya mahu menunaikan tuntutan ilham untuk menyudahkan hasil tulisan...Jadinya nanti saya tidak pasti, apa novel apa cerpen atau juga mungkin cebisan helaian kata-kata semangat yang saya kumpul untuk sama-sama jadi pedoman manusia yang sudi membaca.  Setakat ini, sudi-sudikanlah membaca status di FB saya sebagai peringatan kita bersama. Moga ada manfaatnya untuk pedoman. Juga usaha memperbaiki diri dengan bersungguh sebelum hijrah ke dimensi lain. Sama-samalah kita bersedia dengan bersungguh... Yang baik untuk yang baik !

(saat ini saya sambil mendengar alunan nasyid Faqirnya Aku dendangan kumpulan Are-Buddy - boleh search di internet...Seni kata yang sangat menjadikan kita ingat bahawa kita ini hamba yang Maha Faqir di sisi Allah)

Lebih daripada itu, saya masih dalam proses memahirkan diri dalam selok belok pembuatan web... Kerana cita-cita saya menjadi intelektual IT muslim yang Profesional. Mencontohi sunnah Rasulullah untuk cuba-cuba berniaga dengan lebih serius. Kerana saya rasa ini sahaja jalan untuk saya tidak bergantung pada gaji semata yang menghalang saya dari melakukan banyak perkara termasuk mempertahankan kebenaran berlandaskan Syariat. Maka saya mengambil keputusan saya perlu cuba-cuba berniaga. Anda juga..marilah kita sama-sama... Ya Selain dari menyudahkan ijazah pertama dan ijazah tinggi saya...

Selebihnya lagi saya ada cita-cita mahu menyumbang pertama sekali kepada kedua mama dan bapa saya. Alangkah baik jika duit hasil kutipan pertama dapat saya tukar gantikan dengan sesuatu asset kehidupan untuk saya jadikan bukti ucapan terima kasih saya kepada mereka (mama dan bapa) kerana telah mendidik dan membesarkan saya hingga saya menjadi seperti mana apa saya sekarang. Jangan cakap soal kasih sayang dan doa sebagai balasan, kerana wajib juga kita sebagai anak memberikan harta kesenangan untuk mereka yang sudah banyak melimpah ruahkan kita dengan titik peluh mencari makan sesuap.

Itu cita-cita saya...Itu impian saya. Menulis di sini kerana ini blog saya. Supaya saya boleh membacanya selalu. Supaya saya ingat kata-kata tulisan saya, dan saat saya menyemaknya kembali, saya tahu apa yang belum selesai...Cita-cita yang tertangguh !

Bagaimanapun saya berdoa, moga apa yang saya mimpikan ini akan hampir dan dapat saya capai jika ia baik bagi saya. Jika sebaliknya bahkan menjadikan saya lalai dan leka lantas bersombong diri maka tidak mengapa. Tidak ada yang lebih penting dari Taqwa... Dan saya mahu menjadi yang tersanggup meninggalkan apa sahaja termasuk cinta pada manusia hanya kerana Taqwa !

Apapun, kehidupan kita,,,Kita sangat memerlukan Iman dan Taqwa.. Maka Bahagia yang luar biasalah bagi siapa yang memilikinya... Anda Harus Percaya hakikat ini ! (-_-).... [noktahkaliini]


::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

5 Perkongsian:

  1. :h: gembira membaca tulisan kali ini..cayo ya che !

    ReplyDelete
  2. kak chattt.....do d best 2 b d best!!!!yg pnting ada "ilham" kat post nie...hoohohoho

    ReplyDelete
  3. Kak lini...wah...hehe...terbangkan semangat kak lina ke saya....

    Sham...Ilham yang tertangguh... :k:

    ReplyDelete
  4. waa terharu kaka baca post kci ni...hahaha...

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design