28 April 2011

Terima Kasih Ya Allah


Bismillah
Alhamdulillah

Laluilah kehidupan didunia ini semampu kamu, semahu kamu, sedaya kamu...

Buatlah apa yang kamu mahu. Tapi awas, pastikan ia sentiasa dibaluti rasa kehambaan... 
(saya mula menggunakan perkataan rasa kehambaan ini seingat saya selepas seorang sahabat saya Uwais namanya, memperkenalkannya.....)






Dan saya mula meminati lagu-lagu Mawaddah setelah itu



Dan saya berbuat semahu saya dalam hidup ini. Tapi tidak lain yang saya mahu melainkan rahmat dan berkat Allah. Kerana itulah nilaiannya apa yang saya lalui ini berbaloi atau tidak untuk saya persembahkan di Akhirat nanti. Bimbang, takut, risau andai apa yang saya lakukan ini tidak hanya mendatangkan salah dan silap dalam melangkah, tetapi lebih zalim pada diri andai ia sebenarnya mendatangkan murka. 

Ya Allah...walau apapun yang hambaMu ini lakukan, tidak lain dan tidak bukan hanya setelah mencari petunjuk dan redha dari pun. Segalanya nampak mudah...setelah permohonan dalam sujud panjang...moga-moga kemudahan yang Engkau berikah itulah menunjukkan redhaMu. Dan kini, hamba yakin apa yang hamba lalui ini adalah anugerah paling bernilai dariMu...

Cuma Ya Allah...mungkin dalam menikmati pemberianMu ini, hamba ini terlalai dengan nikmat sementara...lupa dengan pahala dan dosa yang sentiasa mendamping...kadang kala, apa yang dijanjikan sebelum pemberian .. mudah saja dilupakan...Maka akibatnya arah perjalanan hidup teralih arah sedikit dari janji yang diberikan.

Biar apapun Ya Allah....pimpinlah hati ini ke jalan yang Engkau redhai...Niat hati tidak lain..hanya untuk melihat agamaMu kembali bersinar dengan sinaran yang nyata menyilau...mulanya dalam diri ..keluarga..dan seluruh alam...

Ya Allah...moga ini sentiasa yang terbaik...
Terima Kasih Ya Allah




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design