25 April 2010

Tulisan ini untuk saya

Bismillah
Alhamdulillah...


Tulisan ini untuk saya...saya tidak mahu anda membacanya...kerana ini memang untuk saya...Tapi saya perlu menulisnya di fikrahnazifa..kerana ia milik saya..teman saya meluah rasa...walaupun menifestasinya biasanya saya terjemahkan kepada apa yang boleh kita dapat bersama...tapi sebenarnya itulah lakaran kehidupan seharian....Dan anda juga mungkin perlu melakukannya...berkongsi dengan siapa sahaja terjemahan menifestasi kehidupan seharian anda..permasalahan anda..kegembiraan anda..dan segalanya yang bersarang difikiran..untuk diluahkan..dan untuk diambil pengajaran...kata orang...bila diluahkan...lapang yang datang...

Tapi tulisan ini untuk saya..Kerana saat ini saya diserang rasa sedih yang amat..
Tulisan ini cuma untuk saya...kerana saya tengah bersedih
dan saya tidak bergembira!

Maka tulisan ini untuk saya..bukan untuk anda baca...

Saya sedih...sangat rasa sedih...macam-macam perkara berlaku belakangan ini...Sampai saya bertanya... kenapa Allah wujudkan rasa sedih..bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengasihani... Kenapa perlu ada sedih dalam kehidupan saya... sebab saya rasa sedih sekarang...

Tapi saya masih ingat akan ayat ALlah...

 وَلَا تَاْيۡـَٔسُواْ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ‌ۖ إِنَّهُ ۥ لَا يَاْيۡـَٔسُ مِن رَّوۡحِ ٱللَّهِ إِلَّا ٱلۡقَوۡمُ ٱلۡكَـٰفِرُونَ...
 ..Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir
 ( Yusuf : 87)

Saya juga ingat Allah sampaikan pada saya melalui Al-Quran
وَعَسَىٰٓ أَن تَكۡرَهُواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ خَيۡرٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ وَعَسَىٰٓ أَن تُحِبُّواْ شَيۡـًٔ۬ا وَهُوَ شَرٌّ۬ لَّكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ...
...Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
( al-Baqarah : 216)

Lantas membuat saya berfikir...
 لَا تَدۡرِى لَعَلَّ ٱللَّهَ يُحۡدِثُ بَعۡدَ ذَٲلِكَ أَمۡرً۬ا ...
...(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
(At-Talaq : 1)

Ya Allah...peringatan-peringatan itu semua sudah ada dalam Al-Quran...Allah sudah memujuk kita sebelum dia memberikan kita ujian..yang cuma sekelumit jika dibandingkan dengan ujian yang ditanggung oleh orang lain...Maka kenapa saya harus terus bersedih dan menyalahkan Allah..astaghfirullahhaladzim....Tapi wajar jika saya bersedih...kerana saya manusia biasa...bukan malaikat...kerana itu saya bersedih...kan itu fitrahnya kita...

Tidak mahu saya ceritakan di sini mengapa saya bersedih...sebab itu tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Sebab itu saya katakan tulisan ini untuk saya...kerana saya sedang bersedih...

Saya jadi terlalu pingin untuk belajar ke Jordan. Tapi mampukah saya. Kalau bukan di Jordan di Mesir, di Qatar dan di mana-mana sahaja di bumi anbiya pun boleh la...Saya mahu belajar ke sana...kerana saya rasa di sana ada ubat kepada kesedihan saya...betulkah? bukankah ubat kepada segala kesedihan itu ada di sini...ada di mana-mana...di mana saja kita memerlukan
 ...لَا تَحۡزَنۡ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَنَا‌ۖ...
 ...Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita...
( At-Taubah : 40)

Bukankah di mana-mana DIA tetap sentiasa mendengar doa kita...

وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسۡتَكۡبِرُونَ عَنۡ عِبَادَتِى سَيَدۡخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina.
(surah Al-Mu'min : 60)

Tapi saya tetap mahu memasang impian untuk ke sana. Ya Allah apa yang perlu saya buat sekarang... Sedihnya.. Untuk ke sana mesti lambat lagi... Kalau Rasulullah dulu ada tempat hendak bersendiri-sendirian dengan Allah...Tapi saya tak mampu nak masuk ke gua..untuk mengikuti sunah Rasulullah...Malah saya tau saya tak berani mana pun nak duduk dalam gua sendirian..sedangkan duduk di ruang tamu rumah bersendirian dalam kegelapan pun di waktu malam..tetap terdetik rasa takut...

Bukan hanya takut pada gelap..bukan hanya takut pada makhluk Allah yang satu lagi...Tapi takut pada manusia...Bukankah manusia sekarang macam-macam ragamnya... Sudah pandai menceroboh privacy kehidupan orang tanpa izin... Sudah berani mengambil hak milik orang tanpa beritahu...Malah berani-beraninya bersaing dengan Malaikat Izrael sebelum sempat Izrael mencabut nyawa manusia...dia lebih dulu tunjuk belang...

Lihat saja banyak sudah nyawa-nyawa kecil di buang marata-rata...Allah memuliakan, manusia menghinakan...bayi kecil sudah sama nilainya seperti sampah...Binatang lagi sayang kan anak..inikan pula manusia..jadi apa bezanya mereka dengan binatang? Mungkin mereka juga boleh dipanggil raja segala binatang...tapi rasanya binatang pun tak sanggup nak jadikan mereka raja...Mungkin binatang pun tak sanggup nak jadikan mereka sespesis dengan binatang..maka mereka spesis apa? Syaitan mungkin...Nauzubillah..
(sebenarnye nak letak gambar bayi yang dibuang kat sini...tapi tak sampai hati..sedihnye..)

Tapi saya tetap yakin..dengan memakmurkan malam-malam Allah..itukan juga mengikut sunnah Rasulullah..Bersendirian dengan Allah di sepertiga malam..mengeluh..menagisi dosa..merintih...pasti Allah dengar...Lantas hati akan menjadi tenang..Anda cubalah...saya sudah mencubanya..dan hati saya benar-benar tenang..Tapi saya juga manusia biasa..payah juga hendak istiqamah...Doakan saya mampu...anda juga...Agar sedih saya hilang...

Ya Allah... apa yang patut saya lakukan.... Mungkin saya perlu yakin...bahawasanya, kadang kala perkara yang saya fikir tak baik untuk saya itulah yang terbaik..mungkin yang saya fikir baik untuk saya itulah yang sebenarnya bukan yang terbaik..untuk saya..saya akan cuba memahami..dan berusaha memahami...juga mohon untuk difahami...

Ya Allah...moga kesedihan ini akan terubat dengan keyakinan dan kebergantungan hanya kepadaMU...Moga segala-galanya akan membantu hambaMu yang banyak berdosa ini meminimakan dosa dan memaksimakan mahar ke SYurga...Amin..Amin..Ya Rabbal..Alamin....

Kerana kita semua mahukan RedhaNya...Hanya RedhyaNya..untuk SyurgaNya....Layakkah saya??? Layakkah anda??? Mohon ampun sesungguh-sungguhnya... pada anda..pada dia..pada kamu..pada semua...pada semua...



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

3 Perkongsian:

  1. Selepas baca ini, saya ada dua pilihan:

    1. Buat tidak tahu,kerana penulis sudah terangkan ini untuknya.

    2. Terpaksa menceroboh, dan bagi pendapat.

    Saya pilih kedua, sebab tidak mahu sia-siakan 10 minit lebih yang diluangkan atas penulisan ini. Untuk itu ,"Ana asif, ukht".

    Saya tidak tahu masalah anda, jadi tidak tahu apa yang sepatutnya saya beritahu.

    Dalam kuliah Ustaz Hasrizal di Bangi pada Malam Jumaat lepas (Alhamdulillah, ana dapat bertemu dan meminta autografnya! V(^_^) ), dia ada menyatakan ,

    "Kekuatan manusia adalah pada kelemahannya iaitu pilihan."

    Antara lain nota yang sempat saya catatkan,

    "Tidakkan berjaya orang yang zalim."

    -Surah Yusuf ayat 23

    Moga ada manfaat bagi masalah kamu.

    ReplyDelete
  2. :i:
    begitukah sahabat?

    Terimakasih.walau siapapun anda yg memberi pendapat..ya..saya tak mahu jadi orang yang zalim...

    ReplyDelete
  3. Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: "Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya"

    Yusuf :23

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design