11 April 2010

Dalam Sujud Cintaku

Bismillah
Alhamdulillah

Kehidupan ini pasti akan ada kita tersasar dari landasan jalan yang sebenar. Tidak ada manusia yang sempurna akan sentiasa berada di jalan yang lurus tanpa ada sedikitpun melakukan kesilapan.

Tapi bukan bermakna kita yang melakukan kesilapan itu sudah tidak ada jalan taubat. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Panyayang. Semoga Allah sentiasa mengampunkan kita atas segala kesilapan dosa yang kita lakukan. Semoga Allah sentiasa melihat kita sebagai hamba yang mahu kepada taubat mohon ampun kepadaNya.

Saya mahu berkongsi video ini dengan anda semua kerana saya sangat sukakannya...
Hayatilah...
Semoga kita sama-sama menginsafi diri...




Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu

Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu

Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku...



Ya Allah...pandulah jalan kami...semoga kami sentiasa memperolehi sifat kehambaan...Ya Allah...hinanya hamba jika tidak mendapat ampunanMu...Ya ALlah...Hanya padaMu...Ampunkan dosa kami....

Sujud CIntaku...Semoga malam-malam kita dipenuhi dengan Sujud CInta kepadaNya...

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...

Semoga Allah juga memberkati pencipta lirik ini...
Halim: Deevotes

Mohon DIaminkan Doa ini..



"Ya Allah...Kau perkenankan hamba-hambaMu ini untuk sentiasa menghiasi malam-malam kami dengan sujud memohon ampun dan menghambakan diri kepadaMu...bertemankan linangan air mata"

amin..amin..ya rabbal alamin..



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

2 Perkongsian:

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design