24 September 2008

Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam



Beberapa hari yang lalu, saya sempat menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh PMIUM.
"dari Palestin ke Malaysia: Nasihat seorang Imam, seorang pejuang untuk mahasiswa."
membaca tajuk sahaja, hati saya bermonolong sendiri 'hebatnya program ni. aku mesti hadir!'. Malah saya sempat menjatuhkan hukum wajib kepada diri saya sendiri untuk hadir ke program tersebut.

Alhamdulillah natijahnya, walau pada malam itu tiada tempat untuk saya selesa menadah ilmu, walau hanya berdiri di pinggir-pinggir Dewan Kuliah Utama (DKU), saya tetap mendapat input yang berharga. Tidak putus-putus lafaz syukur saya ucapkan kerana apa yang pasti saya berjaya untuk hadir ke majlis yang jarang-jarang peluang seperti itu datang.

Melihat saja Sheikh Dr. Mohamed Mahmoud Seyam gema takbir dilaungkan sekelompok anak muda yang berada di DKU APIUM menandakan 'keterujaan' mereka sama seperti saya.
Naik sahaja beliau ke pentas, diiringgi oleh muzik jihad yang pada perkiraan saya gimik yang hebat dan mampu mencapai target untuk menghidupkan eleman-eleman jihad. Syabas pada juruteknikal yang mengeluarkan idea kecil tapi infaknya besar. Di awal bicaranya Sheikh, beliau sempat memberi peringatan tentang ramadhan.

"hendaklah kita memperbanyakkan amalan. sebagai tambahan bagi seorang pelajar, dalam bulan ramadhan ini hendaklah melipatgandakan usaha untuk belajar. semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang disebut oleh Rasulullah S.A.W (barangkali ada orang yang tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga) "

kata Beliau.

menurut Beliau lagi sekarang ini berlaku banyak fitnah yang menimpa umat Islam di seluruh dunia. Tetapi di Malaysia kita masih hidup dalam aman dan damai. Belaiu mengariskan dua tanggungjawab yang sepatutnya kita tunaikan iaitu yang pertama; Bersyukur atas nikmat dan
bermohon pada Allah semoga menyelesaikan pertelingkahan, fitnah, permusuhan yang berlaku di kalangan umat Islam.

Beliau juga menyebut bagaimana sebenarnya perkara yang amat membimbangkan sekarang ini adalah Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama orang Islam dan tempat Isra' Rasulullah sekarang ini sedang cuba untuk dimusnahkan oleh puak Yahudi. Yang mana mereka ini sedang mengali
terowong di bawahnya dengan alasan untuk mengali khazanah lama...
(betapa biadapnya puak-puak bush laknatullah nie)

bersambung.....



JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design