I Love U
Berhenti seketika dan ucapkan lafaz keramat itu pada orang di sebelahmu. Lafazkanlah ayat itu sebolehnya dengan penuh perasaan ikhlas kerana sayang yang memuncak di dalam hati.
I Love U
Ayat yang andai diucapkan perasaan marah akan reda. Andai diucapkan perasaan sedih berganti gembira. Andai di lafazkan perasaan suka berganti cinta. Andai diungkapkankan perasaan benci menjadi sayang. Apatah lagi andai di laungkan pasti penyudahnya ending yang gembira. Tapi biarlah diucapkan, dilafazkan, diungkapkan malah dilaungkan dengan hati yang tulus ikhlas.
I Love U
Pertama kali ungkapan ini terburai dari mulut, itulah saat paling manis. Cubalah kalau tak percaya. Kerana kata-kata berbisa itulah maka hidup terasa bermakna, dunia terasa aku yang punya..tak percaya tanya kat si dia, tapi ada juga yang kata aku nak terjun bangunan la. Bagitulah kuasa ungkapan berbisa I Love U. Dasyat, dasyat, dasyat, dasyat…(1st college yang cakap tu).
Dan kerana ungkapan itu ..
“eee jangan la sayang..nanti orang nampak”
“ala sikit jee..kat sini kan geelap”
“janganlaaaa….”
“nantikan kite kawin juga..buat ringan-ringan je..”
Wah..sandiwara apakah ini.
Berpesta Syaitan dua dah tumbang.
"Lemahnye manusia ni, senang kerje aku..”
Mak di rumah pasti tengah hot bercerita anaknya anak yang baik, harapan keluarga, masuk university, UM pula tu..habis jelos orang-orang kampung. Ayah pula duk kerja cari duit sebab nak bagi anaknya kat Universiti tu senang. Just belajar je, tak yah fikir bende lain.Punye la kepercayaan yang tinggi die letak kat anak die..caya luu..
I Love U
Berhenti seketika dan ucapkan lafaz keramat itu pada orang di sebelahmu. Lafazkanlah ayat itu sebolehnya dengan penuh perasaan ikhlas kerana sayang yang memuncak di dalam hati. Kerana ungkapan itu warkah ini datang. Kerana kami tak mampu untuk mengungkapkan lafaz ini. Kerana andai kami ungkapkan pasti dianggap tidak bermakna. Kerana yang bermakna saat ini dalam fikiranmu pastilah adalah insan di sebelahmu.. Walau siapapun dia. Entah hatinya bagaimana, ikhlas atau tidak. Siapalah kami, walhal andai kami boleh kami bukan sahaja hanya melafazkan bahkan kami pasti ingin melaungkan ungkapan itu . Dan akhirnya terimalah ungkapan I Love U dari kami kerana kami sayangkan kamu. Mudah-mudahan kita akan sama-sama dilindungi Allah kerana ungkapan ini, bukan dimurkai Allah, lantas menempah tiket ke bara api panas membakar berjuta tahun, ciptaan Allah, walhal kita sudah diberi peringatan.. juga kerana ungkapan ini. Sayang kamu, dan sayangilah dirimu…
0 Perkongsian:
Post a Comment