21 September 2008

medsi lagiii



01.08.08

jumaat

Bilik Mesyuarat Utama

4.30 ptg.

Hari ini keputusan penamat sudah diputuskan. Jiwa-jiwa pendidik gagal MEDSI terpaksa pasrah dengan sistem yang bijak ini apabila pihak pentadbiran menyampaikan berita gembira bahawa mereka-mereka ini telah diterima untuk menyertai kursus lain yang disediakan di Akademi Pengajian Universiti Malaya. Strategi yang dugunakan cukup tersusun , formal dan elegen. Jiwa-Jiwa gagal MEDSI dipanggil ke dalam satu sesi mesyuarat bersama pengara APIUM sendiri, lalu berita itu disampaikan dengan penuh hormat. Jiwa- jiwa pendidik yang tidak terkejut dengan berita itu kerana sepertinya sudah menjangkakan akan berita itulah yang akan menimpa nasib mereka hanya terkedu walau pada hakikatnya hati mereka masih mengharapkan satu keajaiban ( masih terus boleh menjadi pendidik satu masa nanti).


Mimpi hanya tinggal mimpi kerana segalanya seperti sudah ditamatkan untuk mengelakkan berlakunya pemberontakkan terhormat. Cukup bijak mereka menutup kes terpencil ini begitu sahaja

dan para-para gagal MEDSI yang duduk dalam bilik mesyuarat itu setelah mendengar keputusan menyayat hati ada yang kelihatan gembira kerana pengangguran mereka selama 2 minggu ini akhirnya boleh juga diorang masuk kelas kan..

tak kurang juga ada yang menangis kerana kesedihan yang amat sangat. mana tidaknya impian yang ditanam bertahun-tahun lamanya ( lama juga tuu, ada yang 3 tahun ada yang 2 tahun duk kat asasi pendidikan islam) tapi segalanya menjadi sia-sia pada hari ini..

Ajaibnya ada juga yang terus berlapang dada. Tabik kepada mereka-mereka ini. Dan inilah yang dinamakan kuasa Percaya kepada perancangan Allah. Kerana sesungguhnya manusia hanya merancang tapi Allah jua yang menentukan.

itulah cerita MEDSI..

namun persoalannya di sini, berapa banyakkah lagi insan-insan yang akan menjadi korban kekejaman meraka yang berada di tempat yang tinggi itu?

Ke manakah lahirnya suara mahasiswa yang sentiasa bangkit apabila diperlekeh-lekehkan. Adakah mahasiswa telah benar-benar layu hingga sanggup menerima segalanya dengan begitu sahaja?

Sama-sama kita fikirkan. Dan sama-sama kita nantikan apakah ada episod lain lagi dalam perjalanan cerita ini?

p/s.......Rindu kebangkitan suara mahasiswa yang menyengat..jangan biarkan dunia berlaku dengan kekejaman yang memerintah....




JORDAN..

1 Perkongsian:

  1. kerana itu kami para senior menganjurkan memorandum dan 'menggertak' dgn resolusi pindah fakulti.. namun disalahtafsir oleh propaganda baru2 ni..namun usaha kami entah bagaimana.. pggerak revolusi kini diam tunggu dan lihat sjauhmana org tinggi APIUM adakah setia dgn janji utk membaikpulih SMPI di APIUM atau trus dgn masalah politik akademi yg belum berhenti.. masalah tinggi menyusahkan yg rendah.. haruskah Universiti tunduk pd sistem medsi sdgkan U ada pendiriannya sendri.. wamakaruuu wamakarallaah..

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design