21 September 2008

MEDSI (sistem yang bijak)

Bermulanya satu episod MEDSI
, sistem yang dibuat golongan intelektual berkarisma tinggi. Pengubalan sistem yang sangat di anggap bijak oleh kerajaan (kalau tidak bijak manakan terus digarap dalam perlembagaan kementerian pengajian tinggi kan) tanpa sedar telah melempar masa depan beberapa nyawa yang telah tertanam dalam hati selama 2 tahun untuk berbakti pada anak bangsa sebagai orang-orang yang akan berkongsi ilmu dan pengetahuan ( murni bunyinya) dan melahirkan insan-insan berintelek cemerlang, gemilang dan terbilang.

Akan tetapi jenayah MEDSI yang dianggap oleh kerajaan sistem yang bijak ini dalam diam telah menularkan virus-virus luka pada hati beberapa bakal pendidik (yang kini ada yang masih ingin memperjuangkan nasib menjadi pendidik tak kurang yang terus mengambil langkah teruskan hidup). Bagaimana sewenang-wenangnya mereka di berambuskan dari landasan bakal pendidik walhal telah bermimpi menjadi pendidik sejak dua tahun yang lepas.


Itulah MEDSI sistem yang bijak,
Mengapa begitu sewenang-wenangnya mereka yang punya intelek yang tinggi (buktinya berkerja di kementerian pengajian tinggi) sanggup melakukan jenayah tanpa publisiti ini kepada sekian intelektual-intelektual yang masih bergelar mahasiswa.


Andai kita soroti laluan sejarah mangsa-mangsa kekejaman MEDSI ini, ada antara mereka dilahirkan mendapat result SPM yang tidak kurang hebatnya Azali Azlan (21 A):sumber berita harian 12.03.08 ,Siti Fatimah Mokhtar SPM 2006 18 A dan ramai lagi pelajar yang tercatat nama mereka sebagai pelajar cemerlang (kalau tidak manakan nama mereka boleh ditempatkan ke UM universiti nombor satu Malaysia, TOP 100 world satu ketika dulu) bahkan ketika berada di asasi UM Nilam Puri mereka-mereka ini ada yang boleh diiktiraf mendapat anugerah dekan dengan pointer 3.8 ke atas (hanya sayangnya asasi UM Nilam Puri tidak diberi peluang menawarkan anugerah itu) berkemungkinan mereka akan melahirkan lebih ramai lagi nama-nama pelajar cemerlang yang akan memenuhi dada-dada akhbar, tetapi sayangnya kerana MEDSI mereka terpaksa melupakan hasrat menjadi pendidik begitu sahaja (kejam bunyinya).



Entah dari mana datangnya idea cerdik pandai lagi bijak ini sehingga akhirnya menyusahkan orang lain. Kalau mereka kata ini idea bijak mungkin itu hanya ilusi mereka semata-mata. kalau biasa kita dengar yang menjadi mangsa kekejaman ini ialah orang-orang yang lemah dan tidak berdaya ( begitu kekejaman dunia yang di atur oleh pengikut/penurut Radovan Karadzic: takbir!! atas tertangkapnya dia..) , tetapi kes MEDSI sistem yang bijak ini memilih mangsa-mangsanya dari kalangan intelek-intelektual yang baru meneruskan pengajian di main campus of UM. Aneh dan menarik juga hampir kepada kejam, tapi itulah realiti.

Mengambil kata-kata "berfikir dahulu sebelum bertindak" seharusnya mereka-mereka yang bertanggungjawab perlu dan harus bahkan wajib meneliti apakah akibat-akibat yang bakal menimpa bukan sahaja melihat dari sudut pandangan mata besar tetapi juga lihat dari sudut mata pandangan kecil kerana pasti ada kes-kes kekejaman tersembunyi yang tanpa disangka. Jangan hanya kerana mereka berada di tempat yang tinggi maka mereka dengan sewenang-wenangnya menurut kata hati yang ganas meragut impian insan-insan intelektual yang tidak berdosa.
JORDAN..

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design