19 November 2010

Kata Pengantar Saya.

Kadang-kadang ilham menulis itu datang secara tiba-tiba. Pada ketika itu yang sedihnya saya tidak langsung memegang pen dan kertas apa lagi laptop untuk terus menulis.

Sebenarnya saya mahu menjadikan menulis itu satu kegilaan, kerana saya rasa puas jika boleh menulis. Segalanya diluahkan dalam bentuk luahan yang bermakna. Satu pengkisahan mengenai secebis perjalanan kehidupan kemudian ditambah dengan sedikit ramuan agar boleh dijadikan teladan dan pengajaran bersama. Namun sehingga kini saya masih belum mampu silap mungkin belum berusaha menjadikannya kegilaan.

Ketika saya membaca kata pengantar dari buku ‘agar bidadari cemburu padamu’ karya Salim A. Fillah (seperti nama yang tercatat dimuka depan buku) yang dalam kata pengantarnya ditulis Salim Akhukum Fillah-Salim saudara lelaki kamu kerana Allah-yang sudah pun mencapai cetakan kesebelas sejak Jun 2004 dan sehingga bacaan saya Jun 2008 yang sudah mendapat anugerah best seller dan entah sekarang sudah 2010-cetakan keberapakah mungkin- saya jadi sangat teruja dengan gaya penulisannya yang bersahaja.

Terbit rasa membuak-buak mahu menulis. Mahu menulis seperti dia sebenarnya, juga mahu menjadi seperti apa yang ditulisnya. Itulah sebenatnya tujuan saya menulis, mahu menulis seperti mereka-mereka yang berjiwa hebat seperti dia salah seorangnya. Bila menulis ada saja dari setiap ayatnya yang terkena di jiwa. Boleh saja setiap ayatnya menjadikan hati terkenang mengenai sejauh mana sebenarnya jiwa ini sudah dihambakan kepada yang sepatutnya. Menulis dengan jiwa.

Saya suka membaca kata pengantar buku sebelum meneruskan bacaan saya ke bahagian isi buku. Bagi saya membaca isi buku itu nanti biarlah dengan adunan rasa daripada penulis. Kerana biasanya kata pengantar penulis itulah yang mengambarkan seluruh isi buku dan jiwa apa sebenarnya yang ingin dia sampaikan. Maka sebenarnya silap sekiranya penulis-penulis buku yang tidak menggunakan kata pengantar dengan baik-pada saya yang dhoif semata-atas alasan tadi, agar pembaca menjiwai tulisan anda. Bagaimanapun tahniah buat anda yang sudah menghasilkan walau sebuah buku, kerana dengan buku anda saya, mereka, dan kita semua mendapat ilmu dan manfaat. Semoga buku itu nanti dikira sebagai satu kebajikan di Mahkamah Allah kelak. Allahuakhbar.

Saya akan berasa puas sekiranya tulisan saya dibaca oleh orang ramai. Semakin ramai orang yang membaca tulisan saya, saya jadi suka. Kerana ada orang yang sudi berkongsi rasa dengan saya. Kerana apa yang saya tulis semuanya adalah rasa saya. Pengajaran yang saya temui untuk diri dan untuk mereka yang membaca. Maka kalau saya menjumpai tulisan yang saya rasakan seronok dibaca, saya mahu menjadi sepertinya. Saya mahu tulisan saya dibaca sebagaimana saya seronok membaca tulisan orang itu. Saya juga mahu orang lain mengambil manfaat dari penulisan saya sebagaimana saya merasakan ada manfaat yang boleh saya jadikan ramuan kehidupan saat saya membaca tulisan orang lain. Sebab itu saya sayang pada Fikrah Nazifa kerana sudah banyak member ruang untuk saya berkongsi rasa dengan mereka-mereka yang secara langsung membacanya atau mungkin yang tanpa tersengaja terbaca tulisan di sini.

Mungkin ada baiknya saya mohon maaf pada mereka-mereka yang pernah tersinggung dengan tulisan saya tanpa sengaja. Sungguh saya tidak berniat begitu. Biasalah manusia itukan tidak terlepas dari lupa dan alpa, salah dan silap, khata' wa nisyan.

Maaf saya pohon dan Terima kasih buat anda semua. Itu saja ! (^_^)

Dengar lagu ni ye (^_^)





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design