19 November 2010

Puteri Damia dan Syahrul Ridwan.

Semalam hari raya qurban. Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk anda semua yang berugama Islam Semoga kita sama-sama menghayati apa makna disebalik sambutan hari kebesaran Islam ini. Semalam saya pergi ke Majlis Qurban anjuran PMIUM dengan kerjasama Surau Al-Ikhlas. Terima kasih buat semua yang terlibat.

Untung kerana saya berjumpa seorang puteri. Puteri yang comel dan petah bercakap. Terhibur. Namanya Puteri Damia. Nama kakaknya Puteri Batrisya, dan nama adik bongsunya Putera Haras mungkin baru dua tahun lebih. Menarikkan.

Pada mulanya saya saja-saja hendak bertanya dan mengacau kedamaian jiwa kecil itu. Dek kerana bosan tidak ada lagi kerja yag boleh dibantu, saya berpindah minat kepada anak-anak kecil yang seronok bermain. Rupanya saya bertemu dengan seorang penglipur lara yang bijak berkata-kata. Tebakan yang tepat nampaknya. Dari cerita istana hingga ke cerita mahkota, kadang-kadang terselit kisah Pontianak. Lagi kisah raja, putera dan puteri hingga ke kisah permaisuri. Ada bau-bau kisah dogeng alam Disney dalam ceritanya. Yang pasti puteri seronok bercerita. Bila ada orang lain yang bercerita, dia segera merengek mahu ceritanya pula didengar. Bak kata emaknya, Damia kalau tidur sahaja berhenti dari bercakap. Banyak sungguh kisah yang ingin dia kongsikan. Puteri..puteri.. Imaginasi anak kecil. Ceritanya boleh di cd kan. Katanya istananya besar, mahkotanya pula ada blink-blink (berkilau) maksudnya, dia ada banyak harta karun. Lain lagi kisah puteri dan putera raja, ada campuran kisah the red riding hood, dan snow white,  puteri yang dimakan serigala, diselamatkan oleh nenek kebayan (entah kisah dari mana dalam Disney yang nenek kebayan jadi baik) dan berjumpa putera raja.

Paling dia seronok bercerita mengenai mahkota dan istananya. Alih-alih di ajaknya saya ke istana dan berehat-rehat saja, sementara yang lain disuruhnya buat kerja, menyapu sampah, membasuh pinggan, memasak dan sebagainya. Wah, seronok la saya kalau macam tu, boleh bersenang-senang menjadi puteri di istana, kerana saya gang dengan seorang puteri. Itulah Puteri Damia. Maka nasihat saya kepada anda, berkawan baiklah dengan seorang puteri. Sementara itu pula, Putera Haras sibuk menjerit-jerit mungkin dek kerana semua orang bising dan dia pun ikut mahu bising sekali sambil bermain-main dengan belonnya.
Itu kisah Puteri Damia dengan imaginasinya yang melangit.

Syahrul Ridwan pula mungkin seronok bila dipuji dengan kepintarannya mencipta bermacam-macam ciptaan melalui permainan lego. Sekejap pistol, sekejap kereta, sekejap kereta api, sekejap kapal, sekejap jet pejuang. Pandai sungguh dia. Jurutera kecil. Pada mulanya saya saja mencuba memuji, dan bertanya itu dan ini mengenai ciptaan awalnya, kapal terbang. Mirip, walaupun cuma lego. Sesuai dengan umurnya awal 5 tahun. Saya kata pailotnya di mana, dia jawab di sini. Yang ini apa, dia kata sayap. Wahh..kagum. Selepas itu saya pergi sekejap melihat proses qurban (menyembelih lembu). Syahrul Ridwan memanggil, kakak…kakak… dan dia tunjuk pada saya ciptaannya. Wah.. adik ni. Dan selepas itu, selepas itu dia tunjuk pada saya lagi hasil ciptannya.

Hebat kan imaginasi anak-anak ini. Mereka mampu mencipta dan mereka apa saja yang mereka fikirkan. Dan mereka perlu di bantu. Agar menjadi somebody. Agar satu hari nanti imaginasi hebat mereka dan keupayaan mereka mencipta akan bermanfaat buat dunia khususnya Islam. Percayalah akal minda mereka sebenarnya hebat dan mereka akan menjadi lebih hebat lagi jika benar-benar dididik dengan didikan yang sepatutnya. Semoga Puteri Damia dan Syahrul Ridwan akan menjadi insan yang berjasa dalam dunia Islam.

Maka saya terfikir, mungkin seharusnya tadika-tadika kanak-kanak Islam atau pusat asuhan kanak-kanak islam perlu ada unsur-unsur imaginasi dan ruang untuk mengembangkan idea. Kisah kehebatan pahlawan-pahlawan silam yang digarap dalam bentuk imaginasi anak-anak, mungkin kisah putera dan puteri raja yang bertemu dan bercinta atas kerana agama, putera yang terpikat dengan seorang puteri dek kerana kehebatannya membaca al-quran atau mencipta suasana yang lebih mendidik anak-anak ke arah pembentukan jiwa aktivis dakwah, tapi cara dan bagaimana itu biarlah sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka sesuai perkembangan otak sikecil di tambah dengan unsur imaginasi kehebatan mencipta itu dan ini dengan gambar-gambar yang menarik dan bahan-bahan bantuan dalam pengembangan ciptaan. Biar akhirnya, melalui pusat-pusat asuhan dan tadika-tadika itu akan lahir jurutera, arkitek, doktor, penulis,  saintis, angkasawan, dan setiap dari bidang professional yang semuanya berjiwa aktivis dakwah. Dengan bantuan suasana seawal usia di asuh di sana.
\Itulah Puteri Damia dan Syahrul Ridwan.


::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design