04 October 2010

Berjumpa Jiwa Tarbawi

Kadang-kadang saya bosan bermonolong biasa di Facebook...mungkin kurang kepuasannya...maka saya berpindah ke blog untuk mencambahkan monolog saya kepada satu idea yang boleh dibaca dengan teliti. Bukan maksud saya facebook membosankan...tidak..kerana saya pengguna tetap facebook dan hampir setiap hari saya menggunakannya. Tapi kerana ruangan kongsi idea facebook tidak sehebat FikrahNazifa saya (masuk bakul angkat FikrahNazifa ^_^), dan sebenarnya Facebook menyediakan ruang yang terhad untuk biasan idea dari sebuah frasa. Cuma nasihat saya untuk diri saya dan anda..biarlah kita menggunakan facebook dengan tujuan yang betul... Begitu juga medium-medium media yang lain.



Saya pergi ke Terengganu baru-baru ini untuk bersama-sama dengan sahabat-sahabat tentera-tentera Allah dalam satu Perkumpulan Tarbawi. Subhanallah.. Maha Besar Allah yang memberi izin Ijtima tersebut berlangsung dengan jayanya. Terimakasih kepada pihak penganjur.

Tuntasnya, (secara peribadi) saya perolehi satu 'advantage' daripada program tarbawi tersebut. Alhamdulillah, hadir satu perasaan kehambaan dalam diri apabila bersama-sama dengan mereka-mereka yang berjiwa tarbawi dan perjuangan. Inilah menifestasi daripada hadith Rasulullah berbunyi :


Dari Abu Musa R.A dari Nabi S.A.W sabdanya : "Perumpamaan berkawan dengan orang baik dan berkawan dengan orang jahat, tak ubahnya seperti berkawan dengan penjual minyak harum atau dengan tukang tiup api di bengkel tukang besi. Jika berkawan dengan penjual minyak harum, adakalanya engkau diolesi minyak harum atau engkau membelinya atau setidak-tidaknya engkau dapat tercium baunya. Dan jika berkawan dengan peniup api di bengkel tukang besi, adakalanya pakaianmu bisa terbakar atau setidak-tidaknya engkau tercium bau busuk "

Sumber hadith : Shahih Muslim : Bab kebajikan silaturrahim dan adab, memilih kawan, Hadith no 2256.

Alhamdulillah... sememangnya perhimpunan itu menghimpunakan sejumlah pemuda dan pemudi yang berjiwa tarbawi hingga saya juga terasa tercalit dengan minyak wangi mereka.

Itu tidak termasuk dengan selautan ilmu yang dicurah daripada ulama-ulama besar. Perhimpunan tarbawi tempoh hari sebenarnya juga mengumpulkan ulama-ulama yang namanya terkubur dalam jalur perjuangan menegakkan Islam. Siapa kata Malaysia tidak berupaya melahirkan ulama-ulama besar? Ada...cuma, nama mereka terkubur dek kerana perjuangan murni mereka membantu agama Allah. Kerana nama dan balasan dunia bukan impian dan matlamat mereka...tetapi matlamat mereka tersemat kukuh berdasarkan akar umbi slogan ini... 
ﷲ ﻏﺎﻴﺘﻨ
 ﺍﻠﺮﺴﻮﻞ ﻗﺪﻭﺗﻧﺎ
  ﺍﻟﻘﺮﺍﻦ ﺪﺳﺘﻮﺮﻧﺎ
  ﺍﻟﺠﻬﺎﺩ ﺳﺑﻴﻠﻨﺎ 
 ﺍﻠﻤﻮﺖ ﻓﻲ ﺳﺑﻴﻞ ﺍﷲ ﺍﺴﻤﻰ ﺍﻣﺎﻨﻴﻨﺎ

Dan kita...Bagaimana???

Yang pasti, intima kita dengan perjuangan ini bukan menjanjikan kesenangan dan kemewahan dunia. Tetapi ditunggu oleh dugaan dan rintangan, yang kita belum pasti adakah kita bakal sampai kepenghujungnya dengan selamat atau sebaliknya. Maka sebagai pejuang, seperkara yang perlu kita ingat jangan takbur dengan usaha kita dan perlekehkan usaha dakwah orang lain. Kerana hari ini kita masih beruntung thabat dengan jalan dakwah ini, tapi akan datang kita masih tidak tahu di mana letaknya kita di sisi Allah. Kerana itu, berdoalah moga kita sentiasa bergelar Mujahid Sepanjang Zaman di sisi Allah.



Hai orang-orang mu'min,jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Allah akan membantumu, dan meneguhkan kedudukanmu 
(Muhammad: 7)

....Kadang-kadang kita berteori itu lebih senang dari melakukannya. itu realitinya....

Cuma, seperkara lagi yang saya dapat selepas pulang dari sana, bertitik tolak dari 'luahan seorang ibu' Ustazah Dr. Asiah... "carilah Puak-puak kita...senang" .. menarik ibu... (^_^) anaknda suka bicara ibu... Sempat berusrah dengan sahabat-sahabat dalam perjalanan pulang dari sana... walau dalam kereta .. Topiknya hangat.. sehangat air 101 darjah calcius... Kerana ia secebis  kuman tamsilan daripada rahman dan rahim Allah. 

Tamsilan dari kasih sayang Allah. Nikmat bila dipunyai bahkan bercerita tentangnya saja ramai yang teruja, suka dan gembira lantas mahu memiliki. Itulah nikmat kasih sayang dan cinta milik Allah. Betapa Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih kepada kita hambaNya.

Bila bonda Ustazah Dr. Asiah berkata begitu, saya jadi terfikir... bahawa sesungguhnya memang patut baitul-baitul muslim diperkasakan. Biar mampu melahirkan baitul tarbiyah.. InsyaAllah saya berhajat menulis tentangnya di FikrahNazifa. Baitul Tarbiyah yang bakal menghantar tentera-tentera dakwah ke "Akademi Tentera Allah"... Subhanallah...

Akhir sekali, syukur alhamdulillah... Syukur pada Allah. Semoga diri saya sendiri tertarbiyah dengan program tersebut... yang utama Tegakkan Islam Dalam Diri Sendiri itulah dia memaknakan Tarbiyah ...

Allahua'lam..
Jaisyu Muhammad badaa Ya'ud





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design