02 August 2010

Izinkan saya...

Izinkan saya cuma sebentar menulis mengambil sedikit masa untuk menulis di sini...Terima kasih...



Sesungguhnya Ramadhan bakal menjelma...
Sudah banyak nyawa-nyawa yang dicabut Izrael beberapa hari ini yang sampai ke telinga saya.

Melalui tragedi meninggalkan dunia tanpa kerelaan dan persediaan, giliran arwah adik Khairil. Saya terkejut dengan berita dia yang tiba-tiba jatuh dari bangunan kolej. Keluarga arwah pasti tengah bersedih. Saya yakin. Ibu mana yang tidak bersedih, ayah mana yang tidak sayangkan anak, adik, abang, kakak mana yang mahu melihat saudara seibu mereka pergi dulu apalagi dengan tragedi. Tapi itulah ajal maut ketentuan Allah. Pengajarannya.. BERSEDIA!!! Al-fatihah buat adik Khairil...Semoga ada tempat di Syurga untuk arwah..semoga alam barzakh arwah dipenuhi dengan mimpi-mimpi yang indah. AMieeN Ya Allah..


Kita bagaimana? bagaimana agaknya cara, waktu dan ketika masa kita sampai. Semuanya masih menjadi rahsia di sisi Allah. Bukan kerana apa, tapi kerana DIA mahu kita sentiasa bersedia. Kerana DIA sayangkan kita. Mahu hidup kita sentiasa dipenuhi dengan jatidiri mukmin yang bertaqwa.

Kalau di kuliah, jadual pembentangan sudah tersedia oleh bapa pensyarah. Maka bila tiba masa kita, kita langsung tidak bersedia pasti akan murkalah bapa pensyarah . Panjang bebelannya kerana kecewa hampir habis waktu sejam kelas. Bukan kerana apa, tapi kerana dia berhak berasa kecewa. Dan kita, cuma mendengar tapi takut, kesal, dan pelbagai lagi perasaan datang kerana sudah membawa murka pada dia. Padahal bukan kita yang melakukannya tapi sahabat sekelas. Cuma itu, telinga kita sudah pedih. Kerisauan kita memuncak-muncak. 

Cuba bayangkan kalau terjadi begitu saat kita sudah di alam barzakh. Ya Allah...Nauzubillahiminzalikh....kerana ketika itu masa tidak lagi dapat dikembalikan...Yang tinggal hanya kita, tanah kubur, papan, kain kapan, dan sebentar lagi malaikat yang bertanyakan amalan kita akan sampai. Bukan menemani kita, bukan hanya membebel sampai habis 10 jam sekalipun, tetapi membawa belati. Seluruh tanah, kayu, ular, binatang dan apa sahaja yang ada dikeliling kita ketika itu bukan lagi sekongkol kita.Mungkin iya..jika kita insan beriman dan bertaqwa..cukup dengan persediaan...Tapi mereka malah akan membantu berjemaah menyeksa kita akibat dosa dan jenayah iman yang kita lakukan....Ya Allah...

Sesungguhnya Ramadhan bakal menjelma...hanya tinggal beberapa kiraan saat, menit, jam dan hari sahaja lagi untuk ke bulan yang penuh barakah. Bulan menghapus dosa kecil, bulan mendidik jiwa, madrasah iman dan taqwa dalam usaha keluar darinya tersuci dari hasad dan dengki, takbur dan bongkak, kufur dan ingkar, mungkar dan dosa. Yang tinggal moga-moga insan yang keluar dengan segala keinsafan taubat nasuha. Moga kita seperti itu..Moga saya, moga anda.

Tapi sampaikah kita???
Izinkan saya....
untuk sampai ke Ramadhan...
Izinkan saya...
Untuk benar-benar menjadi hambar bertaqwa...
setelah keluar dari Ramadhan..
Izinkan saya..
Benar-benar menginsafi diri...
Izinkan saya...
menambah bekalan menuju Syurga dan mimpi-mimpi indah di alam Barzakh
Izinkan saya...
Menjadi anak yang solehah
Izinkan saya...
menjadi sahabat yang berlapang dada..
Izinkan saya...
Thabat dalam perjuangan...
Izinkan saya..
berusaha melakukan yang terbaik untuk masa yang berbaki...
Izinkan saya...
memenuhi hati, jiwa, raga, dan seluruh gagasan jasad menjadi mu'min yang berjiwa hamba, mu'min yang berilmu untuk masyarakat
Izinkan saya...
menemui al-Yaqin
menemui al-Yaqin
menemui al-Yaqin
Selepas keluar dari madrasah Ramadhan kali ini....
Izinkan saya...mempunyai impian seperti ini
Bukan saya...tapi kita...

ALlahua'lam

Saya mohon izin untuk menamatkan bicara...mungkin sampai beberapa hari blog ini tidak diisi.



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

2 Perkongsian:

  1. menarik post akak...hari2 rasa takut..bila pula masa kita akan bertemu denganNya..

    ReplyDelete
  2. :h: takut itu perlu untuk diletakkan pada aras tinggi dalam laluan kehidupan
    ..hamster akak takkan mati punye...hehe

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design