Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Salam Aidil Fitri buat semua. Minal Aidil wal Faizin. Semoga kita semua sentiasa mendahului iman dan taqwa dalam setiap perlakuan, percakapan dan niat kita.
Alhamdulillah, Syukur yang tak terhingga pada Allah. Saya bersyukur hari ini atas 3 perkara. Pertama, Syukur atas nikmat Allah kerana memberikan saya peluang untuk hidup setelah melalui madrasah ramadhan sebulan. Syukur denga doa, moga saya masih diberi peluang lagi untuk bertemu dengan Ramadhan seterusnya. Tamak bunyinyakan. Tapi bukankah tamak yang ini dibolehkan bahkan digalakkan. Siapa tidak mahu tamak haloba merebut rahmat dan kasih sayang Allah... mengumpul bekal ke Akhirat selagi diberikan peluang.
Syukur saya yang kedua, kerana saya masih diberi peluang oleh Allah memiliki iman dan memegang amanah sebagai mujahidah dakwah. Malah masih boleh menyebar dakwah melalui penulisan ini setelah lama tidak menulis. Bukan saya mungkin anda-anda juga. Maka itulah yang harus kita syukuri. Banding dengan mereka yang lain disekeliling kita yang belum menemui lagi apa makna sebenar kehidupan dan fitrah kehidupan. Lagi menyedihkan masih tidak mengenali apa makna iman dan Taqwa. Adakah kita sudah termasuk golongan yang faham? Afala tatafakkarun...
Syukur saya yang ketiga sudah pastilah kerana Allah memberikan saya nikmat kehidupan yang saya lalui sekarang. Walau adakala saya selalui tidak redha dengan ketentuan Allah. Tapi saya yakin dan berpegang
“ Adakala kita sangat tidak redha dengan keputusan yang Allah pilihkan untuk kita, tapi percayalah pilihan itulah yang sebenarnya terbaik untuk kita...doa dan tawakal...moga-moga redha itu datang dengan sendirinya...jangan ambil masa yang lama untuk mendapat redha..kerana hidup ini masih banyak tanggungjawab dakwah yang perlu dilangsaikan. Kerana kita mujahid/mujahidah yang memikul tanggungjawab dakwah...Maka yakinlah Allah tahu yang terbaik dan sesuai untuk kapasiti kita”
Saya yakin itu. Saya yakin segala yang berlaku ada sebab dan musabab yang Allah kurniakan itulah jalan hidup yang harus kita lalui dan ada hikmah daripadanya. Yang pasti lagi hampir kita dengan Allah, Allah pasti tidak akan mensia-siakan kita. Kerana Allah memiliki sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Maka kerana 3 rasa syukur itu moga saya tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa..Anda juga. Aminnn...
0 Perkongsian:
Post a Comment