27 July 2010

Saya bersama PMIUM !!!


Saya berada di sini. Saya juga pelik kenapa saya berada di sini.

Kalaupun saya tidak berada di sana saya tetap akan memilih PMIUM. Saya tidak tahu mengapa, yang saya pasti PMIUM ada satu aura tarikan yang tidak dapat saya gambarkan hanya melalui tulisan. 

Bermula dari usrah kecil-kecilan hingga sekarang, PMIUM mengajar saya banyak perkara. Sehingga lahirlah saya sebagaimana yang sekarang. Alhamdulillah. Kerana itu kredit kepada PMIUM. Mahu tahu siapa saya sekarang berbanding dulu? (^_^) bukan siapa-siapa...saya cuma saya yang bermata dua anugerah Allah. Cuma PMIUM yang mengajarkan saya supaya menjadi begini.

Tapi saya sedih kerana saya baru dapat tahu, Puan Thana - Pegawai HEP telah memburuk-burukkan nama PMIUM. Di katanya PMIUM terlibat politik, PMIUM demonstrasi dan entah apa-apa lagi doktrinisasi yang dilemparkan kepada adik-adik di kolej. Sedihhh. Tapi aktivis PMIUM cekal-cekal hatinya. Itu Puan Thana dan semuanya harus tahu. Dan saya yakin kamu sudah pasti tahu.


Tidak mengapa. Rasulullah ajar, hatta orang baling najis kepada kita pun kita jangan berdendam. Tunjukkan saja peribadi yang baik. Sebab itulah Muslim. Akhirnya si wanita yang suka membuang sampah kepada baginda insaf dan mahu memeluk Islam setelah dilawati baginda ketika beliau sakit. Puan Thana? Sssssabarrrr.... Kami tak marah sama sekali. Kami tak berkecil hati sama sekali. Bahkan kalau Puan sakit kami mahu menziarahi puan kerana kami ada Rasulullah sebagai tauladan. Itu akhlak PMIUM.

Tidak mengapa kalau PMIUM dikatakan ikut-ikutan demonstrasi. Kerana itu tadisi PMIUM. Gagah dan berani mempertahankan kebenaran. Kami ikut demonstrasi Pilihanraya kampus bersih. Bahkan kamilah Perancangnya. Kami juga ikut demonstrasi nasional seperti demonstrasi kalimah Allah, Demonstrasi Israel, Menentang Denmark berkenaan isu Karikatur Rasulullah dan banyak lagi siri demonstrasi yang PMIUM sertai. Ini kerana kami semua aktivis yang sayangkan agama. Kami semua aktivis yang dilatih untuk cakna dengan isu semasa. Kami semua aktivis yang dilatih berfikiran terbuka, kreatif, dan inovatif malah perlu untuk kritikal. Itulah kami hasil tarbiyah PMIUM.

PMIUM kreatif menjalankan amar ma'ruf nahi mungkar di kampus. Dakwah, Tarbiah malah siasah semua kami kuasai di kampus terulung negara. Malah kami dikatakan menjadi 'kiblat' kepada kampus lain. Kalau kami bertindak maka kampus-kampus lain akan turut bertindak. Malah biasanya kamilah jadi tonggak kepada frontline-frontline mahasiswa. Sebab itu saya bangga dengan PMIUM.

POLITIK??? Usah cerita tentang PMIUM ikut politik jikalau kamu belum pandai membaca  Alif Ba & Ta. Kenapa?? Sebab dalam Al-quran ada sebut soal politik. Memang patut kamu tidak setuju dengan PMIUM. Cuba bawakan kepada saya...ayat mana yang Allah memisah-misahkan antara politik dengan Islam? Ayat mana yang menyatakan bahawa haram berpolitik, dosa? Saya ambik jurusan Usulluddin.

Jadi kenapa perlu takut mempertahankan kebenaran. Tradisi PMIUM memang mendominasi siasah kampus. Kerana dengan siasah Hukum Tuhan dapat ditegakkan. Segalanya jadi mudah untuk membina empayar Islam. Membina dunia khalifah. Menegakkan kalimah Allah, Dakwah dan tarbiyah dapat disampaikan kepada semua...termasuk Puan Thana (jika puan sudi menerima. kerana kami sayang kan puan) dan semua. Bukankah Rasulullah pemimpin paling agung. Diakui pemimpin terbaik dunia dari 100 orang yang dicatatkan sebagai terbaik. Adakah anda setuju??? Saya setuju..saya bersama PMIUM.

Jadi apa lagi? PMIUM menyediakan ruang dakwah dan tarbiyah yang kita mahukan. Di tarbiyah agar menjadi berani. DI tarbiyah agar faham Islam. Di tarbiyah agar lebih berhati besar dan berjiwa besar. Di tarbiyah agar tahu mengurus organisasi. Ada kelab-kelab yang menyediakan kemahiran multiskill. Buktinya saya...sudah mampu buat bisnes designer..semuanya kerana PMIUM. (^_^) kredit untuk PMIUM... (alamak mcm ada unsur-unsur termasuk bakul angkat sendiri la pulak)...tak..tapi betulll PMIUM yang mengajar saya segalanya...Terimakasih PMIUM.

Puan Thana sebenarnya dah melampau...Di fitnahnya PMIUM macam-macam. Tapi tak mengapa...PMIUM ada akhlak didikan Rasulullah....Ssssabarr..Itu trademark kita!!! Kenapa sangat la nak lawan dengan budak-budak... Sssabarr!! Istighfarrr

Oh ya... kami ada kempen terbaik untuk sesi kali ini. Kempen berpakaian Etika.. Untuk Puan Thana dan seluruh warga Universiti...
  (^_^) 

PMIUM BERSAMA SEMUA
Timbalan Exco Kesenian & Kreatif PMIUM






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

4 Perkongsian:

  1. cantik baju ust syazwan tu kan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. anonymous - tok imam

    nourfadyl - :h:

    ReplyDelete
  3. lebih kurang la tu...kamu semua pun memburuk-burukkan nama mereka.kalau kamu tak memburukkan nama mereka,mereka pun tak mahu ganggu kamu.ni kamu buruk-burukkan mereka kata Hep fitnah,rasuah,Hep ejen umno(kamu jgk kata Islam kan xde pemisah antara politik..tunjukkan dalil),jadi sesuai la kamu menerima balasan setimpal dari itu.Tuhan itu maha adil.Dia tak membalas semua dunia Dia akan balas semasa akhirat.Jangan ckp xserupa bikin nanti org akn ketawakan kamu bagi org2 yg berfikir.satu lagi jgn SS (syok sendiri).:)

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design