26 July 2010

Sekadar asahan minda

Tahniah buat Ukhti Ferizah Abd Brahim atas anugerah pernikahan. Semoga kebahagiaan mengiringgi kehidupan antum hingga ke Syurga...amiennnn

Hampir saya cemas bila berkali-kali saya coba untuk log in tapi tak dapat. Mana tidak cemasnya, blog kesayangan saya tidak lagi boleh dimasuki oleh yang empunya. Jadi di mana lagi saya mahu menulis dan meluah rasa selepas ini. Mustahil saya untuk menukar ke blog baru memandangkan blog ini sudah sangat banyak berbakti walaupun adakala saya kurang 'membelainya' untuk sekian lama hampir beberapa purnama.

Alhamdulillah rajuknya tidak berpanjangan..Dapat!!.. Alhamdulillah. Oh jam sudah pukul 3, tadinya saya mahu membuat assingment. Tapi teringatkan blog yang sudah agak terlalu lama tidak di jengah maka saya mengambil keputusan  untuk mengambil beberapa saat untuk menulis. 

Cuma hampir 3 purnama ini terlalu banyak asam garam kehidupan yang dilalui menjadikan saya selalu mahu menulis. Mahu menaip sesuatu untuk dijadikan pedoman kehidupan. Sebagai satu catatan sejarah dalam kehidupan...tapi masih belum berkesempatan. Mungkin juga disebabkan harga minyak yang kadang kala naik dan kadang kala turun. Tapi kali ini dia naik kembali.... Sama mungkin macam iman manusia yang yazid wa yankus. MaAf..bukan saya maksudkan iman kita setara minyak...tidak..tapi tetap saja iman manusia itu yazid wa yankus. Begitu juga iman saya....


Belum sampai ketahap tadhiyah tinggi untuk terus istiqamah berkata-kata melalui mata taip. hee penulisan maksud saya. Maklum saja zaman moden ini semua penulisan kita mengunakan proses penaipan saja. Malas saya jadi sedikit malas jika ada assingment yang perlu ditulis menggunakan tangan biasa. Menggunakan pen maksud saya.

Biar bagaimanapun...terlalu banyak kisah kehidupan yang berlaku setiap hari. Jejak-jejak kembara saya yang diliputi embun tebal malah adakala banjir...kadang kala diiringgi dengan tawa riang malah adakala terlebih sudah dengan kegembiraan hingga lupa untuk bersyukur. Tidak sempurna dengan perjalanan yang selalu diimbas kerana mahu dipadam atau mahu di duplicate sebanyak mungkin agar menjadi peringatan di kala kesepian.

Tapi bair apapun...hidup tetap perlu diteruskan. Saya berdoa semoga saja apa yang berlaku di kebelakangan dan kedepanan ini akan menjadi satu pengajaran dan kenangan buat saya untuk dipersembahkan di hadapan Allah nanti sebagai mahar ke Syurga...bukan sebagai bala menghumban ke Neraka...wa ..nauzubillah...

Sekadar catatan intro menajamkan semul mana pena penulisan....

Ya Allah..berkati hambaMu ini...iringi kehidupanku dengan iman dan taqwa kepadaMu Ya Rabbiiii.



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

0 Perkongsian:

Post a Comment

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design