Saya berkerja di JAKIM Sabah.
Sehingga 2 julai ini sahaja.
Saya seronok duduk di sini.
Saya juga yakin saya akan dapat pengalaman yang banyak sepanjang dua bulan saya berkerja di sini. Walaupun kerja tanpa bergaji.
Bila duduk di bilik berpenghawa dingin saya rasa seperti saya sudah menjadi orang BESAR. Kalau selalunya, jangankan hawa dingin (kalau bukan di tempat kuliah) manakan ada saya merasa hawa dingin yang dingin seperti di pejabat kerajaan umpama JAKIM. Bagaimanapun saya senang duduk di sini. Saya berharap, keluar sahaja saya dari graduat nanti saya terus diterima di sini... (mohon doakan semoga saya diterima- kerana saya suka suasana di sini- biarpun kerajaan tapi suasana tidak lari dari islamik- setakat yang saya alami)
Ya saya sangat sukakan JAKIM. Pagi-pagi 8.30 kami akan berkumpul di bilik Mensyuarat dan membaca Al-Quran+mendengar terjemahan+asmaulHusna+pengumuman atau pesana penaja ops silap pesanan pengarah. Kemudian suasananya tetap dipenuhi dengan mereka-mereka yang bergelar ustaz dan ustazah. Alhamdulillah. Sebab itu saya suka di JAKIM. Setakat ini...Semoga kesukaan saya itu kekal.
-Baca di bawah jika anda aktivis dakwah-
Bila duduk di sini, saya jadi teringat sangat dengan segala aktiviti saya di kampus. Di kelilingi dengan program-program dakwah dan usaha berdakwah kepada masyarakat. Sistem JAKIM sama sebenarnya dengan sistem organisasi kita di kampus. Saya percaya anda mungkin juga berfikir begitu. Cuma bezanya, agensi bernama JAKIM ini sangat lebih profesional berbanding kita di kampus. Layaklah...bukankah mereka agensi kerajaan dan agensi besar yang mengerakkan dakwah seluruh Malaysia.
Profesionalnya mereka adalah setiap unit akan ada tugas masing-masing dan benar-benar menjalankan tugas dengan sebenarnya. Jika di bilang begini maka seluruh dari gerak kerjanya akan di buat oleh batang tubuh dia yang duduk di unit tersebut. padahal dia cuma seorang. Berbeza dengan kita di kampus. Mungkin kerana kita sedikit kurang pengalaman dan masih dalam proses belajar maka kita banyak membuat segala tugasan dengan bersama-sama walaupun kerja itu satu sub kecil dari tugasan batang tubuh seorang di JAKIM.
Bezanya lagi kita dengan JAKIM adalah, mereka berkerja dengan gaji. Bersengkang mata menguruskan satu-satu program dari awal (urusan kertas kerja) sehinggalah selesai semua program dan akhirnya dapat gaji.. ( bukan maksud saya mereka berkerja kerana gaji...tidak sama sekali..kerana saya yakin mereka di sini semua kerja kerana Allah..Buktinya mereka bersungguh!). Tapi kita..kerja nak separuh mati, siap boleh ada gimik excident dan segmen marah-memarah (tanda kesungguhan dan sayang)...tapi tak ada gaji..malah kita pula yang keluarkan duit poket sediri...Janji program berjalan lancar dan dakwah dapat disampaikan.
Apapun...begitulah kehidupan...yang peting kita IKHLAS kerana Allah dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan...ingat IKHLAS...teringat seorang sahabat pernah bertanya... IKHLAS itu datangnya sesudah melakukan sesuatu ada sebelum??? anda rasa???
semoga kita sentiasa dikurnikan kesungguhan untuk berbakti kepada Allah sebagai seorang hamba...
*mata dah ngantok..esok kerja lagi seawal jam 7 pagi keluar dari rumah...biasala...pekerja yang komited (^_^).
aik..che.mau kerja jakim pula ka?bukan mau sambung master..?hehe..apapun.bertebaran la dimuka bumi..di mana bumi dipijak disana islam dibumikan.. :)
ReplyDeletehehehe...itu masalahnya kak...di mana bumi dipijak di situ hati menyangkut...hehehe... yang penting apa yang baik untuk islam kan kak (^_^)
ReplyDelete