Bismillah
Alhamdulillah
Hidup ini bukan sekadar untuk kita bersuka ria, tetapi medan untuk kita melukis satu kanvas kehidupan yang corak dan keunikannya hanya kita yang berhak ke atasnya. Meski anak kecil kalau disuruh melukis pasti lukisannya sangat comot dan kurang seni keindahannya. Malah kadang-kadang sukar untuk kita fahami apa sebenarnya yang ingin dilukisnya. Itu anak kecil yang tidak tahu apa-apa.
Padahal kita semakin hari semakin menginjak dewasa. Tahap pemikiran kita makin hari semakin matang. Kita sudah boleh membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi alasan apakah lagi maka kita terus-terus menyalahkan manusia lainnya bahkan tuhan atas kesilapan kita yang kononnya tidak tahu melukis lantas natijah kehidupan hasilnya banyak tersasar dari fitrah....kononnya...Malah kita bukan selama-lamanya anak kecil sewenang-wenangnya menjadikan alasan bahawa kita masih tidak tahu melukis dan perlu kepada tunjuk ajar dan bimbingan.
Kerana Allah tahu manusia itu banyak ragamnya, banyak alasannya dan banyak sangat kerenahnya. Mahu itu diberi itu tapi masih meminta yang lebih dan lebih lagi dari itu. Malah ketika adakala dia tidak suka sesuatu maka hanya dianugerahkan kesenangan tanpa mehnah, tapi hakikatnya dia yang masih tidak melafazkan syukur lantas terus meminta lebih dan lebih lagi. Overdos kata orang kampung kita... Tapi Kerana Allah tahu hakikat itu, kerana sifat Rahman dan RahimNya DIA, maka DIA memberi kita guru dan bekal sepanjang perjalanan.
“ Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, ” Surah Al-Baqarah ayat 2
“ Dan tidak AKU ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku” Surah Adz-Dzariyat ayat 56.
“ Barangsiapa yang mencari jalan hidup selain ISLAM, maka tidak akan sesekali diterima daripadanya, dan dia di akhirat kelak tergolong dari kalangan orang yang rugi” Surah Ali Imran ayat 85.
Jelas penjelasan ALlah. Kerana DIA tahu, hambaNya kelak akan mempersoal bahawa mereka tidak tahu apa-apa...kenapa tidak diturunkan tok guru untuk membimbing kami...
Jawapannya mungkin mudah...
Kenapa tidak kita gunakan akal kita yang Allah anugerahkan untuk berfikir. padahal sangat banyak tanda-tanda kebesaran Allah ada diseluruh alam bahkan di depan mata.
Rasulullah imam kita juga bersabda
"Tidak akan sesat seseorang itu selagi dia berpegang dengan dua (perkara) iaitu Al-Quran dan Sunnah Nabi"
Tapi kita masih berpura-pura tidak mengerti. Jangan diperkecilkan keupayaan Iblis. Janjinya dia dihadapan Allah dulu sentiasa dia tepati. Belum pernah dan belum ada tanda-tanda mungkir.
Maka apa yang terbaik adalah, segerakanlah mencari, memohon dan merayu dengan segala sifat kehambaan, minta moga ALlah masukkan kita dalam golongan yang beriman. Juga moga ALlah mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Tapi ingat, minta biarlah dengan ayat yang bersopan. Jangankan anak melawan suruhan ayah dimarahi, rakyat jelata yang memperlekehkan sultan dikira menderhaka. Apa lagi dengan Sang maha Pencipta. Kerana dia adalah terAGUNG
Mintanya kita kepadaNYA biarlah persis seorang kekasih meminta sesuatu dari kekasihnya. Penuh kesopanan dan penuh ketatasusilaan. Mintalah dengan penuh rasa insaf bahawa kita ini manusia lemah yang memerlukan bimbingan, kasih sayang dan perhatianNYA. Moga saja dia mahu melihat kita lebih dari manusia lainnya. Tapi bukan layaknya kita untuk memaksa. Cuma meminta apa yang terbaik bagi kita. Kerana dia juga tahu
"..boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedang ia buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedang ia baik bagi kamu, kamu tidak mengetahui, hanya Allah Yang Maha Tahu.." surah al baqarah, ayat 216
Dasarnya, berfikirlah kita seluas mampu tahap pemikiran manusia. Berfikirlah dan lakukan apa sahaja semampu kita. Cuma ingatlah bahawa setiap perbuatan kita itu ada batasnya dan ada garis panduannya. Sama seperti hidup kita sehari-hari mahupun banyak peraturan ciptaan manusia. Kan tujuannya untuk kebaikan bersama walau adakala hanya untuk kepentingan sesetangah dari kita. Tapi tidak ALLAH...kerana peraturannya syumul meliputi segala isi langit dan bumi. Tujuannya jelas untuk garis panduan dalam manusia mentadbir alam. Agar tidak rosak dan tidak berlaku penindasan juga peperangan. Kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk umatNYA.
Saat menulis saya berfikir bahawa saya lah
manusia yang sebenarnya masih angkuh mengakui
kelemahan diri. Hamba yang masih aras KPI
dosanya lebih tinggi berbanding amalannya.
Merasa diri tidak layak untuk nikmat kurniaanNYA.
Masih mengharap moga kehidupan akan datang lebih baik dari
semalam.
Bimbang sekiranya saya masih tetap begini,
masih lalai dan leka dalam kehidupan,
terus-terusan mendatangkan murka Allah...
Jesteru dengan penuh kerendahan hati sebagai hambaNYA
saya mohon doa dari semua moga
saya mampu menguragkan dosa dan menambah pahala
Assalamualaikum Saudari,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya, mengapa manusia di wajibkan bersolat?