07 February 2010

E-Voting - permainan mencabar minda

Bismillah
Alhamdulillah

UM baru sahaja tamat pilihanraya kampus. ALhamdulillah selesai sudah detik-detik genting kehidupan. Percaturan PRK kali ini tidak begitu memihak kepada Pro-Mahasiswa. Kalah tipis dengan hanya mendapat 17 kerusi dan GERAK 21 sementara bebas 3.

Sebenarnya cukup beruntung saya dicampakkan ke bumi UM. Panorama cabaran kehidupan real yang menarik. Di sini medannya dakwah sebenar. Di sini juga medannya politik sebenar. Pendek kata semua ada dan semua memberikan dugaan dan cabaran terselit pengajaran yang cukup untuk mematangkan hidup. Agak rugi sebenarnya mereka yang berada di UM tetapi tidak memanfaatkan kehidupan di sini dengan sebaiknya. Belajar banyak perkara dan berubah menjadi orang lain hanya kerana berada di UM.

Berjaya mencuri perhatian media sekaligus dunia, mahasiswa berjiwa SINGA mencatat sejarah apabila berjaya menawan bangunan canseleri. Mungkin kalau dalam konteks negara boleh juga kita katakan menawan PUTRAJAYA. Wah..Hebat betul mahasiswa Universiti Malaya. Segala detik-detik sejarah akan menjadi bahan tontonan sepanjang zaman. Itu yang berlaku di kemuncak PRK.

layari: TvPro Mahasiswa





Inilah bukti kekuatan mahasiswa. Saya seronok melihat ke'gila'an ini. Sekaligus memadamkan tanggapan rakyat bahawa kuasa mahasiswa sudah mati. Perjuangan mahasiswa tidak lagi bersih atas nama mahasiswa. Tapi panorama PRK UM dan kampus-kampus lain terutamanya UPM dan UKM (yang juga mengalami kejadian yang hampir sama malah di UKM khabarnya sehingga FRU masuk meleraikan keadaan) sebenarnya membuktikan bahawa mahasiswa masih ada kuasa. Kesian mereka-mereka yang bergelar pihak pentadbir di unversiti-universiti ini. Terpaksa berhadapan dengan serangan mahasiswa. Kerana itu sarang tebuan jangan dijolok.

Menentang ketidak adilan dan perjuangan mempertahankan keadilan bukan satu perkara yang senang. Memerlukan banyak rintangan dan pengorbanan. Saya pelik sebenarnya dari mana kuasa mahasiswa ini datang? kalau anda-anda berada di sana ketika itu, pasti terasa aura semangat mahasiswa yang memuncak. bagaimana rempuhan dilakukan sehingga tidak terdaya pihak keselamatan berbuat apa. Hanya kerana hak mereka (mahasiswa) di cabar. Hanya kerana mereka(mahasiswa) diperlakukan seperti budak-budak. Hanya kerana demokrasi mereka(mahasiswa) dicabuli. Hanya kerana campur tangan tangan-tangan ghaib ke atas percaturan keamanan dan keharmonian mereka(mahasiswa). Natijahnya.. AMUKAN menuntut keadilan.

Semuanya bertitik tolak oleh sistem yang di ubah suai. hantu E-VOTING.  Mahasiswa bukan mahu menentang sistem. SistEm biar macam manapun olahanya, ia tetap sistem. Tetap saja sama sistem yang di uruskan oleh manusia. Dan kita tahulah itu, bila namanya sistem ia mudah terdedah dengan kerosakan dan ketidak sempurnaan. Kerana yang menciptanya adalah manusia yang tidak sempurna jadi mana mungkin boleh menghasilkan sesuatu yang sempurna.

Tapi apa yang mahasiswa tentang adalah pengendali sistem. Susah mencari pengendali sistem yang boleh dipercayai lebih-lebih lagi hanya sebelah pihak yang diberi kuasa mengendali sistem. Tidak adil.

Permainan PRK e-voting (Versi PRK upgrade). Game kanak-kanak versi baru. Watak utama dalam permainan ini adalah
mahasiswa (Pro-M- sebagai hero dan HEP- sebagai Ketua hantu). Sementara GERAK hanya menjadi hantu-hantu pembantu dan pengacau. Pemainnya adalah KPT (zahir). 
Apapun..Kerana itu kita ada ALlah. Penguasa sekalian alam pengadil Maha Adil. Mereka yang mengendali permainan tetap saja akan ketawa, gembira dan menerskan permainan dengan keseronokannya. Tapi nilaiannya tetap ada pada ALlah. Bukan sia-sia permainan ini. Kerana pahala dan dosa tetap berjalan. Saham dan akuan kita di AKhirat tetap turun dan naik. Sama ada Pahala naik atau Dosa yang naik atau Pahala turun atau Dosa yang turun.

Kerana itu... Kita tengok sapa yang kena di Akhirat nanti...
Astahgfirullah....
Semoga apa yang kita lakukan tidak sia-sia dan diterima di sisi ALlah sebagai kebajikan.




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

1 Perkongsian:

  1. mungkin lepas ni kita boleh tawan Malaysia pulak..xpun tawan dunia terus..

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design