Setiap makhluk Allah pasti punya masa sibuknya. Pasti kerap berkata dan menyangka bahawa 'saya sibuk'. Mungkin kita agak sibuk dengan tugas-tugas semasa sebagai seorang mahasiswa (saya, kerana saya mahasiswa). Saya kira kesibukan kita bukan semata-mata kerana kita bergelar mahasiswa kampus bertaraf universiti (sepatutnya), tetapi utamanya kampus berkiblatkan Islam milik ALlah. Sekaligus cuba menempatkan diri sebagai petugas amal islami.
Semalam yang lalu lalu hingga ke hari ini dan entah apa lagi esok, kita seringkali didatangi dengan kelemahan yang amat sangat dengan kehidupan yang berliku ini. Mungkin sebab tanggungjawab adakala yang kita pikul lebih besar dari diri kita, malah lebih besar dari otak kita dan kita merasakan kita bukan orang yang 'pas' untuk memegangnya.(walaupun kita suka kepada PAS)
Tapi percayalah Allah tidak membebankan seseorang itu dengan apa yang tidak terdaya dipikul olehnya. Kerana itulah dugaan dan kehidupan setiap orang itu berbeza...Itu kan tanda keadilan ALlah dan Itu kan janji ALlah...maka dengan apa sahaja yang dipertanggungjawabkan ke atasmu segala bentuk dugaan dan cabaran, yakinilah bahawa kamu mampu melakukannya. Cuma tinggal lagi pergantungan dan keyakinan serta doa yang berpanjangan kepada ALlah semoga kita kuat.
Paling utama sebenarnya bekalan disepanjang perjalanan. Percayalah kelemahan dalam menghadapi sesuatu itu juga datangnya dari kurangnya bekalan kita sepanjang perjalanan. Mungkin juga himpunan dosa itu lebih menebal dari bekalan yang kita ada. Maka natijanya hati cepat lemah dan berputus asa. Paling risau jika ada terdetik untuk lari sahaja dari tanggungjawab. Nauzubillah...semoga Allah lindungi...
Bukankah kita dikisahkan dengan tentera-tentera Rasulullah juga tentera-tentera Muhammad Al-Fatih, bahawasanya mereka-mereka pada ketika itu tidak pernah meninggalkan qiammullail. Bukankah tapisan dibuat untuk memastikan semua tentera-tentera ALlah pada ketika itu melakukan qiamullail pada setiap malam. Itulah punca kekuatan dan itulah bekalan sepanjang perjalanan. CUKUP sebenarnya, andai saja kita lakukan dengan segala kerendahan jiwa dan segala sifat kehambaan.
Semoga saja ALlah mengurniakan kekuatan itu pada kita...
0 Perkongsian:
Post a Comment