17 August 2009

Ramadhan : Selamat Berpesta Ibadah





Beberapa hari sahaja lagi bulan sya'ban akan berakhir menandakan Ramadhan bulan yang ditunggu-tunggu akan muncul.

Secara peribadinya, saya lebih memilih Ramadhan sinonimnya madrasah tarbiyah berbanding Ramadhan sinonimnya bulan puasa. Ya, benar bulan ramadhan waktunya untuk kita menunaikan ibadah puasa bukan sunat tetapi wajib. Dalam erti makna lain wajib kita berpuasa selama sebulan tanpa gagal (kecuali kes-kes khas yang digariskan syara').

Teringat waktu kecil-kecil dulu ketika baru mula-mula belajar puasa setelah terbiasa puasa setengah hari dan mula-mula belajar puasa penuh sehari. SubhanalLah..nak tunggu saat berbuga punyalah azab. Waktu itu umur saya baru mamasuki 4 tahun hendak masuk ke 5. Alhamdulillah saya sudah dididik seawal umur itu. Terimakasih mak, terimakasih ayah.


Bercerita pengalaman zaman kanak-kanak sangat banyak yang ingin dikongsi sebenarnya. Yang paling shahdunya, satu jam sebelum berbuka sudah tercegat di pintu dapur dengan muka seposen minta dikasihani. Perut sudah bermacam-macam muzik ala-ala konsert antara dunia tak masuk lagi ulang alik ke bilik air membasuh muka (ada juga la skit-skit masuk ke mulut..hehe) ..Mujurlah termakan pujukan, "siapa tak puasa tak boleh raya". Yang tu tahan lagi, tapi kalau kata " siapa tak puasa tak dapat duit raya" aduh...manusuk ke kalbu mendatangkan semangat tegar berpuasa.

Tapi ada juga mak kata, "jangan bohong, jangan puasa yang iyuk, nanti Allah marah. Nanti susah-susah ja tahan lapar tapi nda dapat pahala"..terus insaf jujur...

Itulah manusia bila dibujuk dengan kemewahan dunia cepat menerima. Padahal Allah sudah banyak menjanjikan nikmat yang lebih besar dan lebih lebih lebih istimewa di dalam Al-Quran. Nikmat yang paling besar bukankah Syurga ALlah? Tapi kenapa tidak ramai manusia yang menjadikan motivasi-motivasi yang diberikan Allah sebagai matlamat terakhir malah lebih memilih nikmat dunia yang sementara?

Andaikata pahala dan dosa itu dizahirkan ALlah (indahnya pahala dan kejinya dosa), nescaya pasti semua manusia di dunia ini beriman dan patuh kepada Allah seperti malaikat. Tapi itulah manusia, tidak mahu meyakini perkara ghaib yang sudah ditentukan Allah.

Kerana itu saya memilih sinonimnya bulan Ramadhan dengan madrasah tarbiyah. Kerana di bulan ramadhan nafsu kita kurang berfungsi ke arah negatif kerana sang Syaitan dikatakan diikat.Allahua'lam.

Bulan ramadhan bukan hanya bulan untuk berpuasa tetapi juga kita melakukan ibadah-ibadah lain dengan lebih tadabbur. Memperbanyakkan solat, sedekah, membaca Al-Quran, umrah, zakat, menuntut ilmu, jihad dan perbuatan-perbuatan khair yang lain dengan niat kerana Allah. InsyaAllah, pahala dilipat gandakan dan hati juga akan merasa lebih dekat dengan Allah.

"inalilLahiwainnailLahirajiun" saya baru menerima berita seorang profesor Jabatan Sejarah APIUM, Prof Halim baru meninggalkan dunia yang sementara..Al-fatihah buat beliau dan mereka-mereka yang telah pergi menghadapt ilahi.."
Ajal pergi tanpa sempat mengetuk pintu. Moga kita masih berpeluang bertemu dengan ramadhan lagi..Ya Allah

Apa yang pasti semoga Ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat kita semua. Semoga Ramadhan kali ini juga benar-benar menjadi madrasah tarbiyah buat kita. Moga Ramadhan kali ini juga benar-benar melahirkan jati diri insan kamil dalam diri kita..amiennn

SELAMAT BERPESTA IBADAH..

fikrahnazifa

Image Hosted by ImageShack.us
Kad Ramadhan Buat sahabat-sahabat (^_^)





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

1 Perkongsian:

  1. syukran2..dapat kad jugak ramadhan ni ye..ngatkan raye baru dapat kad..
    moga ramadhan kali ini memberi seribu satu erti buat kita semua dan tingkatkan iman dan amal bukan hanya di bulan ini,malah bulan2 yang seterusnya..
    selamat berpesta ibadah =)

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design