01 May 2009

Percayalah dengan Istikharahmu..Jangan degil




Alhamdulillah, aku masih diberi kekuatan oleh Allah untuk meneruskan hidup hingga ke saat ini walaupun terlalu banyak goncangan jiwa yang maha dahsyat membadai diri yang sangat lemah dan hina belakangan ini.

Teringin untuk berkongsi sedikit pengalaman dan hasil pembacaan di sini berkenaan istikharah. Percaya tidak dengan apa yang dinamakan istikharah? Hmm kalau tak percaya kena percaya juga kerana istikharah itukan anugerah Allah untuk hamba-hambanya memandu jalan supaya tidak tersilap langkah. Istikharah ni bukan semata-mata nak cari jodoh je baru buat, tapi setiap keraguan dan keperluan kita untuk melakukan sesuatu yang ragu-ragu boleh ditemukan jawapan melalui istikharah.

Macam-macam pula yang orang kata mengenai istikharah. Ada yang kata bila kita bermimpi dan dalam mimpi tu bertemu sidia yang diistikharahkan maka benarlah dia jodoh kita. Itu dari segi jodoh(contoh pasal jodoh je la yang aku tau da orang selalu istikharah sebab jodoh je).

Betulkah?

Tak juga..sebab istikharah bukan berdasarkan mimpi. Tidak semua orang Allah anuerahkan kelebihan seperti itu yang boleh melihat istikharahnya terus-menerus jelas dalam mimpi.

"keajaiban Shalat Istikharah"


Menurut buku "keajaiban Shalat Istikharah" karya Samir Qorni Muhammad Rizq ,
hasil istikharah dapat dirasakan sesuai dengan kelurusan iman dan kekuatan keyakinan seseorang.

Pertama- Bila orang yang melakukan istikharah imannya lurus, keyakinannya kuat, hatinya bersungguh-sungguh menghadap kepada Allah ta'ala, baik ketika istikharah atau sesudahnya, dengan penuh harap mendapat pilihan terbaiknya dari Allah, berdasarkan pengalaman saya akan segera terlihat.

Kedua-Terkadang hasil istikharah tidak bisa segera dirasakan baik ketika sedang melakukan istikharah tersebut maupun sesudahnya. Hal itu biasanya dikeranakan lemahnya iman, atau goncangnya keyakinan, atau kerana hawa nafsu atau kerana keruhnya kaca hatinya atau kerana keragu-raguan atau kerana hatinya lalai dari menghadap diri kepada Allah.

Ketiga- Terkadang seseorang merasakan hasil istikharahnya melalui mimpi yang di dalam mimpi tersebut mengambarkan mana yang baik bagi dia dalam urusan yang dia istikharahkan.
Quote dari buku.

Lakukanlah Istikharah

Kalau kamu pernah melakukan istikharah dengan bersungguh-sungguh, mesti kamu juga pernah merasakan bahawa betapanya Allah itu Maha Kuasa dan Maha Penyayang dengan petunjuk benar yang diberikan oleh-Nya. Antara dua pilihan, Allah berikan jawapan yang benar dalam istikharah kita. Allah anugerahkan kita pilihan yang tepat sebelum kita terjerumus kepada pilihan yang hanya akan mendatangkan kerugian kepada kita. Bahkan sebenarnya pilihan yang salah itu akan merosakkan hidup kita dan Allah tunjukkan kita terlebih dahulu bahawa pilihan itu tidak sesuai untuk kita dalam istikharah.

Tapi kalau belum, maka berkira-kiralah untuk mengamalkan istikharah sebelum melakukan satu keputusan besar dalam hidup.

Percayalah dengan Istikharahmu

Terkadang kita tersilap juga memilih langkah padahal kita sudah melakukan istikharah dengan bersungguh-sungguh, bukan sekali, bukan dua kali, bukan tiga kali tetapi berkali-kali..Berkali-kali..berkali-kali... Dan setiap kali selesai melakukan istikharah itu, jawapan yang kamu rasakan tetap sama.

Ada baiknya kamu memujuk hati supaya mempercayai istikharahmu itu walaupun jawapn apada istikharahmu itu kamu tidak sukai. Walaupun kamu istikharah sebanyaknya pun dengan harapan hasil istikharahmu akan berubah.. Sudah, jangan membuang masa dengan angan-angan yang melanggar fitrah. Terimalah hakikat bahawa itulah hasil istikharahmu bahawa perkara yang kamu hajati itu tidak elok untuk kamu. Kerana itu petunjuk dari Allah, kerana kamu bertanya kepada Allah dalam solat dua rakaatmu dan doamu...

Jangan degil..kenapa masih berdegil

Pernahkah kamu mengalaminya? jawapan istikharah yang sangat membuatkan hati kamu maha gusar? Jawapan istikharah yang membuatkan kamu bermurung seharian? Jawapan istikharah yang menghancurkan sehari 24 jam kamu dek kerana entah kenapa. Apa yang pasti malam itu kamu beristikharah, dan siangnya hari kamu menjadi suram, muram.

Itulah yang berlaku. Bukan sekali, tetapi setiap kali melakukan istikharah dengan bersungguh-sungguh sebanyak entah tidak terkira. Kerana itu jangan degil dengan hasil istikharahmu. Jangan paksa diri untuk berdoa dengan niat nanti hasil istikharah itu akan berubah jua. Jangan degil kerana Allah ingin yang terbaik untuk kamu.

Ya, memang...mungkin alasan bahawa iman kita yang tidak seberapa ini mana mungkin akan mendapat jawapn terus. Mungkin juga jawapan itu permainan Syaitan. Tapi jangan kerana nafsu, hanya kerana nafsu maka penafian terhadap hasil istikharah berlaku. Jangan kerana nikmat dunia semata penafian terhadap istikharah itu dilakukan. Ya Allah...

Maha dahsyat terluka

Kelukaan atas kesilapan salah memilih jalan bukan semudah rasa untuk dilalui. Bertindak adil lah dengan hati, jasad, rohani, naluri batang tubuh dirimu. Jangan diikutkan perasaan sangat apabila berani menafikan istikharahmu. Kelukaan yang maha dahsyat akan muncul setelah kebenaran muncul bahawasanya pilihan itu adalah salah. Percayalah dengan istikharahmu, jangan sesudah nasi menjadi bubur barulah terkapai-kapai kehilangan roh meninggalkan jasad yang seolah-olah tidak bernyawa. Percayalah dengan istikharahmu yang Allah kurniakan untuk menyelamatkanmu.

Ketepikan dulu pengakuan bahawa kamu bukan insan istimewa yang Allah anugerahkan naluri benar. Ya , betul memang tahap imanmu bukanlah tinggi sangat. Sangat belum layak masuk ke Syurga, tetapi percayalah, adakalanya naluri itu Allah anugerahkan kerana DIA sayangkan kita. Apalagi kalau sudah berkali-kali istikharah itu dibuat, berkali-kali, berkali-kali... Kerana DIA tahu maha dahsyatnya kelukaan yang diakibatkan oleh kesilapan yang satu ini. Tapi kau DEGILLLLLLLLLLL

Mohon maaf pada hati...

Kesian hati, hati juga yang menjadi mangsa atas segala kesilapan. hati juga yang menangung beban memikirkan semua yang telah berlaku. Hati juga yang menyulam rasa sampai mempengaruhi seluruh tubuh untuk turut menyulam rasa. Pening..

Wahai hati tabahlah menempuhi dugaan atas kesilapan akal fikiran dangkal.. Tabahlah di atas segala dugaan maha dahsyat natijah kesilapan dan kelalaian..Pasti ada hikmah di sebalik ini semua. Dan mungkin moga-moga hikmahnya lebih manis dari segalanya. Iya...kalaupun benar hikmahnya masih belum tampak, tetapi kuatlah wahai hati memandu seluruh tubuh ini untuk meneruskan hidup yang bersisa...

Mahon maaflah pada hati...moga hati mahu memaafkan...

Doakan moga hati ini segera damai...Percayalah dengan istikharahmu...jangan degil...kerana Allah mahu yang terbaik untukmu...
nak tulis novel lah...




JORDAN..

3 Perkongsian:

  1. Huih, tajuk istikharah ni, ingatkan nak kawen..
    Hu2~

    BTW, gud article..keep it on, fren..

    ReplyDelete
  2. Hmmm, pngalaman menarik or terrific?
    but it's ur experience..ambil hikmah drpdnya,
    kalo bole nak taw gak,huhu3~

    ReplyDelete
  3. salam. luahan yg bgus tp kurangkn guna ayat berbunga2 :)

    ReplyDelete

 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design