Bismillah
Alhamdulillah
Ramadhan yang ke empat. Alhamdulillah puji dan Syukur hanya pada Allah ya maha Pengampun dan Maha Pelindung. Semoga Allah sentiasa mengurniakan rahmat dan berkatNya dalam seluruh detik saat kehidupan kita. Alhamdulillah kita dipilih sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadhan. Moga ramadhan ini lebih banyak amal dn taqwa yang mampu kita kerjakan berbanding ramadhan sebelum ini. Jika Rasulullah ada ketika ini, apa yang ingin kita katakan pada baginda?
Beberapa hari lepas saya baru sempat meneliti, memerhati dan menghayati rancangan Lau Kana Bainana yang disiarkan di tv Al-Hijrah. Anda sudah pernah menghayati, melihat dan meneliti rancangan tersebut? MasyaAllah kalau belum, maka marilah kita sama-sama berbuat demikian jika ada kesempatan. SubhanaAllah...Moga Allah mencucuri rahmat dan berkatNya sentiasa kepada mereka yang terlibat dalam menerbitkan rancangan sebegitu rupa.
Alhamdulillah