Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah
Sehingga ke saat ini, saya bersyukur pada Allah atas kurnia Iman dan Taqwa dan nafas untuk saya mencari jejak sebenar perjalanan realiti kehidupan wujudnya saya di dunia ini.
Saya ada rancangan besar dalam kehidupan. Saya bercadang, selepas habis cuti Tahun baru CIna ini saya akan mula menyusun perancangan saya dengan sebaiknya. Saya mahu melangkah lebih maju dalam kehidupan. Bukan semata-mata tanggungjawab saya kepada dunia, tetapi saya mahu berada di tempat yang tertinggi dalam kapasiti Taqwa seorang manusia bernama saya. Kenapa Cuti Tahun Baru CIna...Ada sebabnya....
Rancangan paling besar saya adalah mahu menjejakan kaki menunaikan Umrah bersama seseorang... Masa dan ketika itu ada targetnya. Cuma masih menunggu kata dari Allah. Itu yang utama. (Saya mahu impian ini tercapai...Tolonglah berusaha dengan bersungguh! Fokus utama!) Selebihnya saya mahu menunaikan tuntutan ilham untuk menyudahkan hasil tulisan...Jadinya nanti saya tidak pasti, apa novel apa cerpen atau juga mungkin cebisan helaian kata-kata semangat yang saya kumpul untuk sama-sama jadi pedoman manusia yang sudi membaca. Setakat ini, sudi-sudikanlah membaca status di FB saya sebagai peringatan kita bersama. Moga ada manfaatnya untuk pedoman. Juga usaha memperbaiki diri dengan bersungguh sebelum hijrah ke dimensi lain. Sama-samalah kita bersedia dengan bersungguh... Yang baik untuk yang baik !