28 February 2009

Simposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia






Perasmian : Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris
(TNC HEPA Universiti Malaya)

3 Panelis untuk Forum 28 Feb 2009
Masa: 9 - 11 malam
Tajuk: “Mahasiswa Malaysia vs Mahasiswa Luar Negara”

1) Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Mantan YDP PMIUM 2004/05)
2) Saudara Feriz Omar (Presiden ProWaris)
3) Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (Profesor UM)

Moderator : Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin (Jurucakap GAMIS)

4 Pembentang Kertas Kerja pada 1 Mac 2009
Masa: 9 pagi - 5 petang

1) YB Saifuddin Nasution (MP Machang)
Tajuk: “Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat”

2) Prof Dato’ Mohammad Abu Bakar (Dekan FSSS UM)
Tajuk: “Kampus, Keresahan Intelek dan Kebangkitan Mahasiswa”

3) Sdr Md. Hisommudin Bakar (Mantan YDP MPMUM 2001/02)
Tajuk: “Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia”

4) Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Pengerusi Proton Holding Berhad)
Tajuk: “Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Penting Masa Hadapan”








JORDAN..

26 February 2009

Musawah SIS , impak positif yang bernilai.



Setelah sekian lama menghilangkan diri tiba-tiba hati tergerak dengan sangat membara dan membuak-buaknya untuk mengisi sedikit entri untuk blog yang sangat disayanggi. Kesibukan mengisi hari-hari dengan "penampilan corak pemikiran kerdil diri dalam susuk tubuh orang lain" membenteng luangan masa dari beralih fokus kepada FIKRAH NAZIFA. Alhamdulillah sehingga kini saya tetap merasakan nikmat Allah yang tidak putus-putus dilimpahkan padahal hamba-Nya yang satu ini sangat sering berbuat dosa, tetapi Rahman dan Rahim-Nya yang 'SANGAT MAHA' terus mencurah-curah kepada hamba-Nya.

Timbul Keingginan dihati berdialog bersama yang sudi mengenai isu yang melanda sejak beberapa pergerakan massa ini. Isu kali ini yang pada fikiran saya sudah sangat sedikit hadam dikaji adalah tentang Musawah: Global meeting for Equality and Justice in the Muslim Family.

Membaca banyak komentar tentang MUSAWAH terus membantu otak kerdil ini memutar fikiran menilai dari pelbagai sudut yang padanya ada jalan fikiran. Istimewanya saya berpeluang bertemu sendiri dengan seorang peserta yang diberi peluang secara live muncul di program MUSAWAH.

Peluang dan kesempatan yang ada sempat juga saya menghadam bicaranya walaupun tidak banyak sebenarnya maklumat mengenai perjalanan program yang saya perolehi, tetapi yang jelas pertemuan singkat itu lebih banyak bicara kami tentang realiti sebenar antara MUSAWAH dan dunia pejuang-pejuang Islam yang sedikit lembab dari peredaran massa.

Istemewanya Sister In

Mungkin bila mendengar sahaja nama Sister In Islam apa yang jelas dikepala kita ialah bagaimana lantangnya SIS memperjuangkan isu sama rata antara kamum adam dan kamu hawa. Lantangnya mereka memperjuangkan isu 'kahwin lebih dari seorang' atau mudahnya ber'madu'. Namanya manis tapi natijahnya biasanya pahit ditelan.

Itulah Sister In Islam. Menariknya suara mereka ini berlegar-legar malah bersahut-sahutan seantero dunia. Mereka maju ke depan dengan keterlibatan yang sangat mengalakkan dari seluruh dunia. Hebat sungguh perjuangan dan promosi mereka.

Tidakkah usaha mereka ini sebenarnya mencabar kewibawaan kita yang bergelar 'pejuang-pejuang Islam yang benar'...

MUSAWAH dan Aminah Wadud

Jangan heran jika sekiranya majlis sebesar ini juga pasti dihadiri oleh nama besar. Kita semua mungkin sudah biasa dengan nama ini, Aminah Wadud. Dia adalah seorang wanita yang lantang memperjuangkan hak wanita malah boleh dikatakan tokoh yang sangat dikagumi bagi kaum SIS. Buktinya pada MUSAWAH lepas dia diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja.

Kalau satu ketika dulu kita dikejutkan dengan beliau yang menjadi imam solat Jumaat kepada sebilangan lelaki yang kelihatan dayus, juga dia sebenarnya pernah bergelar pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kali ini dia muncul di MUSAWAH sebagai pembantang kertas kerja. Wah tinggi martabatnya dilihat sebagai intelektual SIS.

Saya sempat berdialog sendiri saat mendengar nama Aminah Wadud disebut oleh 'seseorang' yang saya maksudkan di atas, terasa ingin juga nak bersua muka dengan gerangan pemilik nama. Bukan apa, sekadar hendak mengenali dan meneliti bagaimana orangnya. Jauh sekali untuk berdebat.

Contohilah SIS

Setiap orang akan mempunyai pendapat dan pandangan sendiri. Kerana kita mempunyai otak dan mata masing-masing. Belum ada lagi saya melihat dua tubuh manusia yang berkongsi satu otak dan satu mata. Jadi jangan jadikan alasan "pendapat saya sama seperti dia" untuk melepaskan diri ketika kita diajukan satu solan.

Maka saya juga ada kesimpulan dan pendapat yang menarik untuk entri kali ini. Banyak sebenarnya apa yang kita boleh pelajari dari kemunculan SIS. Maaf, bukan maksud saya menyokong SIS, tidak sama sekali setakat ini. Maksid saya mana tahu satu hari nanti SIS akan bertukar kiblat arah matlamat mereka menjadi sama seperti Ikhwan Muslimin. Amin..

Maksud saya perjuangan SIS yang berjaya menonjolkan diri mereka di mata dunia sehingga setiap permasalahan mengenai Islam terlebih dahulu akan dirujuk kepada SIS. Saya difahamkan bahawa antara peserta yang hadir pada MUSAWAH tersebut sebenarnya mereka-mereka yang tidak faham Islam. Mereka-mereka yang seakan baru hendak mencari kebenaran dan mengenali islam tetapi mereka terlebih dahulu berjumpa dengan SIS. Maka natijah jawapan kepada persoalan yang mereka perolehi adalah sama seperti SIS. Cuba bayangkan kalau sekiranya persoalan mengenai tudung terlebih dahulu diajukan kepada saya misalnya, pasti saya akan menjawab sebaik mungkin hingga diakhir kesimpulan kepada persoalan tersebut , si penanya akan merasakan bahawa masyaAllah betapa indahnya Islam.

Tetapi malangnya mereka terlebih dahulu melihat SIS. Bukan Nisa' Malaysia, bukan JIM, bukan ABIM dan seumpama dengannya..

Jesteru sebenarnya..kita bukan hanya senang lenang menunding jari mengatakan SIS yang salah. SIS lah punya segala-gala huru hara kesalahfahaman terhadap Islam. tetapi apa yang perlu kita sedari adalah silapnya pada kita sendiri.

Ke'lembapan' kita itulah yang perlu kita perbaiki dari masa ke semasa. Dan memperbaiki apa yang pincang itu lebih besar baiknya. Allahua'lam..

Maaf andai bicara saya ini tidak berkenan di hati pembaca sekalian. tapi hakikat tersebut perlu sama-sama kita perbaiki dan kita sama-sama bina penyelesaiannya. moga satu hari nanti, keindahan islam akan bersinar di mata- seluruh penghuni alam...ITU PASTI..




JORDAN..
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design