04 November 2009

Purdah : Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi




Klik sini

Kronologi Isu Niqab (Purdah) Yang Membabitkan Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi

Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.


**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:

1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

02 November 2009

Muhasabah Sebentar






Saya terjumapa video ini di Youtube. Saya sangat suka dengan video ini. Bukankah yang paling baik untuk diberikan kepada sahabat itu adalah perkara atau sesuatu yang paling kita sayang dan suka.

Dengan berbekal rasa itu, saya sangat teruja untuk berkongsi video ini bersama kalian dengan harapan kalau bukan seratus hati yang terdetik keinsafan cukuplah cuma satu..sebagai bekal saya nanti di sana. Juga sebagai bekal nanti kita di sana.

Kepada insan yang telah diilhamkan ALlah untuk mencipta dan meletakkan video ini di youtube semoga dirimua sentiasa mendapat Redha Allah walau di mana jua kamu berada. Ana minta izin untuk berkongsi juga video ini di blog ana yang tak seberapa. Semoga segala kebaikan hanya untuk kamu.

Buat kita semua...hayatilah video ini dengan rasa keinsafan, kehambaan dan kesedaran. Ingatlah yang hidup kita ini bukan selamanya di dunia. Tetapi akan sampai jua masanya kita bertemu dengan-Nya.

Semoga segala kebaikan untuk kita dan semoga kita tergolong sebagai ahli Syurga-Nya...




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

01 November 2009

Tolong Jangan Tunjuk Hebat




Seorang sahabat muslimin memberikan 'kredit' kepada saya. katanya dia baru kenal siapa saya. Sebelum ini walau kami sudah terjalin ukhuwah yang agak lama dan berkerja bersama, rupanya saya lain dari apa yang dia fikirkan. Dia kata rupanya saya orang yang 'hebat'. Dia berkata begitu setelah cuma seminggu duduk menyelesaikan 'masalah' bersama berbanding dia mengenali saya hampir 3 tahun lebih sejak dari Nilam Puri. Rupanya...



Haha..Tergelak juga saya membaca apa yang dia katakan walau hanya dalam YM. 'Hebat' apa sebenarnya makna 'hebat'? Apa indikator yang meletakkan seseorang itu seorang yang boleh dikatakan hebat? Hebatkah saya..Hebatkan anda???

Saya akui, seminggu ini otak saya sedikit penat kerana setiap hari melalui sesi berfikir yang sangat memenatkan. Lebih penat dari bermain bola jaring. Agak terkejut juga saya sebenarnya dengan performance saya sendiri. Malah saya juga tidak menyangka saya mampu juga akhirnya untuk membina dan mengaplikasi apa yang pernah diajarkan kepada saya.

Sebenarnya saya juga bimbang kalau-kalau saya yang sangat banyak diberikan peluang untuk belajar dan mendalami ilmu tidak dapat memuaskan hati orang yang telah mengajar saya. Malah saya risau kalau saya adalah orang yang sebenarnya silap untuk menerima semua-semua yang telah diajarkan kepada saya, kerana saya bimbang saya tidak dapat menguasainya dan mengaplikasikannya dengan baik, berdasarkan performance saya yang biasa-biasa saja malah kadang kala mengecewakan.
"Kita tidak membentuk ulama' @ engineer, tapi sejauh mana individu tersebut mahu mendalami dan menjadi arif pada bidang masing-masing. Kita cuma boleh bagi platform untuk melatih diri..."

Quotation ini saya ambil dari kata-kata 'tok guru' saya. Sememangnya saya akui saya sedikit obses dengan tok guru tok guru saya. Bahkan saya sendiri tidak sanggup untuk mengecewakan mereka walau hakikatnya saat ini saya ada sedikit perbezaan pendapat dengan mereka. Itu semua berkenaan dengan di mana saya patut duduk.

Cuma apa yang saya boleh katakan, kehendak Allah tidak ada yang mustahil. Sangat tidak mustahil untuk seseorang yang berkarekter lain akan berubah 360 darjah dari sebelumnya. Percayalah. Malah seorang pemain yang dilihat tidak pandai bermain rupanya boleh berubah menjadi orang utama penjaring gol dalam aplikasi permainan setelah melalui banyak sesi latihan. Dibantu dengan kekentalan jiwa dan hati untuk cekal menghadapi apa jua ujian dan peluang yang datang dan diberikan. Dan itulah jawapan saya kepada sahabat muslimin saya tadi. Dan percayalah, tiada yang mustahil bagi Allah, dan tiada yang mustahil untuk anda juga kita. Pointnya...Tiada yang mustahil bagi Allah.

Saya masih bimbang dengan adik-adik yang terlalu awal diberikan kepercayaan mengendalikan sesuatu yang sangat besar. Saya bimbang itu akan menyekat proses pembelajaran mereka. Terlalu banyak yang boleh dipelajari dalam kapasiti kita sebagai seorang yang masih belajar. Berbeza dengan kapasiti kita yang perlu turun perform. Bimbang saya berdasarkan bukti ke'terencatan' yang berlaku bukan sekadar persepsi...tapi mungkin juga saya sekadar berpersepsi...

Cuma mengambil kata-kata tok guru yang saya quoatekan di atas, saya yakin di mana pun kita diletakkan, yang pasti andai kita menggunakan peluang itu dengan sebaiknya kita akan menjadi orang yang HEBAT.

Bercakap lagi saya tentang 'hebat'. Padahal saya masih tidak tahu indikator apa sebenarnya yang boleh kita letakkan untuk menilai kehebatan seseorang. Tapi saya yakin seperkara, andai kita yakin dengan apa yang kita lakukan setelah menilai pertimbangan-pertimbangan semasa dan menilai kekuatan dan kelemahan, dalam konteks aplikasi hasil pembelajaran...maka kita akan tahu 'dream' apa yang patut kita bina untuk diri kita sendiri. Berpegang dan berlandaskan apa yang terbaik selaras dengan perancangan Allah. Mohon panduan Allah....juga bantuan sahabat-sahabat dan nasihat.

Perkongsian saya andai sekiranya saya layak untuk berkongsi, gunakanlah sebaiknya platform yang disediakan untuk belajar. Biar di mana pun kita dicampakkan dan peluang yang diberikan. Terimalah semuanya dalam kondisi kita yang ikhlas untuk belajar. Belajarlah dengan semaksima mungkin...InsyaAllah hasilnya nanti adalah memberansangkan Dan kita akan menjadi orang yang 'HEBAT'..Tapi tolonglah jangan tunjuk hebat. Yang penting....Serahkan diri untuk Islam...Moga itu adalah saya..moga kita semua penghuni SyurgaNYA... Allahua'lam.

...Menulis seperti selebriti, Tidak!. Kerana saya bukan salebriti. saya hanya insan yang hina dan penuh dengan dosa... Cuma saya mula suka menulis dengan bermain dengan kata-kata...senyuman sinis buat mereka yang suka sembang kemas, termasuk saya..hehe..




::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

31 October 2009

Surat Layang Untuk Pemain




Saya ditegur oleh seorang senior tentang bagaimana saya mungkin sedikit 'rakus' menyusun strategi bola jaring hingga saya mungkin sedikit tidak nampak jalan atau menutup mata terhadap kekurangan. Malah sahabat saya juga yang merupakan penyusun strategi merangkap pemain yang bakal diturunkan atas pengalaman-pengalaman dia semalam mendapat surat layang dan sms teguran ikhlas semasa perbincangan.

Bukan kami tidak menerima semua teguran-teguran itu, dan bukan kami tidak mengakui semua kekurangan-kekurangan itu. Saya sendiri dikatakan duduk di posisi yang salah, padahal keperluan saya lebih pada tempat yang lain. Dikatakan....saya tidak menolak dan tidak membenarkan...kerana saya akui saya dilatih ke arah itu...(terima kasih kepada mereka yang melatih saya)

Cuma pegangan saya...kami faham medan kami, kami tahu padang mana kami bermain, dan kami yakin dengan apa yang kami letakkan atas mengambil pertimbangan semasa berdasarkan faktor semasa dan kekuatan semasa. Bukankah 'dream' yang lebih relevan adalah 'dream' mereka yang berada di padang itu?

Bukan maknanya kami menolak 'dream' mereka yang lebih berpengalaman.. Astaghfirullah..tidak sama sekali. Malah kami sudah bertanya..Malah saya sendiri sudah berjumpa mereka, duduk berbincang sekali mencari titik temu dan nasihat. begitu juga sahabat-sahabat saya yang lain. Tapi saya tetap berpegang, bahawa kami bermain di medan kami, dan inilah yang dikatakan peluang mencari pengalaman dan belajar untuk merancang dan menyelesaikan masalah juga menguji tahap kekuatan dan ketahanan pemain.

Saya tetap saja risau, kami sedikit silap dalam membuat perkiraan. Tapi saya tetap berharap, izinkan kami bermain dan membina sendiri padang kami dengan nasihat. Bukan terus mematikan karekter pemain dalam diri kami. Izinkan kami, kami juga pemain yang hebat, kehebatan yang tenggelam dek pergolakan sementara. Tapi percayalah, kami masih mampu dan kami masih wujud. Jangan matikan kami dan yakinlah kepada kami dengan nasihat......

"tanpa pergolakan kita tak kan tahu sejauh dan sekukuh mana kekuatan yang telah dibina",,,TAKBIR!!! ya Allah pandulah hati kami...Ehdinaassiratolmustaqim..."

...terimakasih sahabat-sahabat..kita perlu buktikan kita masih hidup dan mampu melakukannya...






::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

26 October 2009

Tangan Berapi






Menyusun posisi dalam sekumpulan pemain bola jaring memerlukan kombinasi dan strategi yang sangat baik. Misalnya seorang yang memakai bif 'C' atau lebih dikenali sebgai Center perlu berpadu tenaga yang padu dengan 'GA' Gol attack supaya bola itu lebih lancar masuk ke kawasan D dan disambut baik oleh 'GS' Gol Shutter yang punya kelebihan 'tangan berapi'.

Sebaik bola sampai ke tangan GS, bermakna tiada harapan untuk bola itu tidak masuk ke lubang gol biar berapa tinggi dan rendah atau jauh dekatnya kedudukan tiang gol. Tapi agak sukar juga memilih GS yang 'tangan berapi'. Dan agak sukar juga memilih 'C' yang punya dominasi yang baik dalam permainan. Juga agak sukar memilih 'GD' Gol Defend yang mampu mengawal keadaan dari belakang.

Saya mahu bertanya kepada siapa yang ada pengalaman bagaimana menyusun strategi dalam bola sepak kerana saya hanya tahu bermain bola jaring tidak bola sepak. Kerana medan bola sepak dan bola jaring sangat berbeza. Kerana juga beza jelasnya adalah bola sepak ditendang-tendang tetapi bola jaring dilambung-lambung. Hampir bingung juga saya memikirkannya, malah saya akui fokus saya sedikit lari hingga lupa beberapa perkara yang penting. Tapi saya masih bimbang dengan pasukan bola jaring mahupun bola sepak yang masih tidak mampu mecari titik persamaan antara mereka malah lebih merisaukan andai antara mereka masih tidak mahu berlapang dada antara sesama.

Pening saya memikirkan soal pemain. Agak sangat memeningkan. Belakangan ini sebenarnya saya agak sukar sedikit menulis. Bukan apa, saya ada juga mencuba dua tiga kali menaip di saat ada sedikit kelapangan yang boleh masa dicuri, tetapi tidak berjaya. Maka tinggallah penulisan itu sekadar draft sahaja. Puncanya, saya merasakan penulisan saya agak sedikit kurang rasanya.

Apa yang pasti saya tetap berpegang kita perlu pecaya dan beri peluang kepada pemain yang nyata-nyata punya kekuatan tapi sudah agak lama tidak serius bermain. Yang pasti penyusunan strategi itu penting...

.......sudah agak lama saya cuba menulis dengan sebaiknya. Tapi entah,,saya dapat merasakan penulisan saya semakin tumpul, Malam ini, malam terakhir dan kritikan..doakan kami....





::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::

20 October 2009

Tahniah Kak Raihana dan Ustaz Dzul Khairi




Gembira sekali saya mendengar khabar gembira yang sampai ke telinga saya isnin lepas. Walaupun sedih sedikit kerana mungkin saya antara manusia yang ketinggalan zaman mengenai berita tersebut. Pun begitu saya sangat teruja mendengarnya.

TAHNIAH BUAT KAK RAIHANA DAN USTAZ DZUL KHAIRI...

Sudah agak lama benar saya tidak menulis di blog ini. Tapi bukan bererti saya berhenti menulis. Cuma saya menulis di tempat lain arena yang sama, tapi gaya penulisan berbeza. Kerana itu saya sudah agak rindu yang amat untuk kembali menulis bebas gaya penulisan peribadi dan tampil dalam fikrah jelmaan sendiri.

Agak banyak sebenarnya idea yang muncul ditengah-tengah kehidupan seharian saya sepanjang sebulan ini. Setiap kali itu, pasti saya teringat ke 'fikrahnazifa' yang sudah lama sepi. Kali ini saya fikir saya perlu menyempatkan diri juga untuk menulis di sini. Tambahan lagi memikirkan ke'wajib'an saya mengucapkan tahniah kepada Ustas Dzul dan Kak Rai.


Gambar kak Rai-dari blog Ustaz Dzul:hehehe...lucula pula..Tapi kak Rai jauh lebih comel dari gambar ini


Saya baru sempat menjengah ke blog Ustaz Dzul dan terlihat gambar kak Rai(di atas). Comel. Tapi yang pasti tuan empunya diri jauh lebih comel dari gambar itu. Mirip dari segi gambaran. Penuntut 'ekspress' PHD walaupun dia juga bekas mantan pimpinan PMIUM. Kagum..Bayangkan dalam kesibukan masih berjaya cemerlang dalam pelajaran.

Apa yang pasti, saya doakan moga mereka kekal bahagia hingga ke Syurga dan saya percaya kita semua begitu... (^_^)

SELAMAT YA KAK...



::~ Ya ALlah dosaku Menggunung Tinggi, Dapatkah Aku melalui titian Sirot-Mu nanti..sahabat Doakan ana, mampu mengecapi Syurga-Nya. kerana diri ini terlalu banyak dosa ~::
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design