Showing posts with label Sipitang. Show all posts
Showing posts with label Sipitang. Show all posts

25 April 2010

Qiammullail @ Sipitang

Saya sangat dengan suka cita memasukkan tarikh-tarikh penting ini di sini...Sangat dengan sukacita, besar hati, dan rela sepenuhnya... 100%...saya rela...

Mungkin saya rela kerana saya mahu menumpang untuk mendapat mahar ke Syurga.. Maka saya sangat rela meletakkan tarikh-tarikh penting ini di FikrahNazifa saya.. Kalau anda semua-semua ingin tahu..hati saya bangga sebenarnya meletakkan tarikh-tarikh penting ini  di sini..Bukan kerana apa..tapi kerana mereka adik-adik saya yang berjiwa besar yang empunya program...adik-adik manis dan hendsom saya yang sangat tegar di saaaannnaaaaa Sipitang..Tahniah adik-adikku..tahniah sahabat-sahabatku..kredit untuk Kak Feriza, Kredit untuk sahabatku Mashana...Kredit juga untuk adik-adik Kelab Remaja Ukhuwah Sipitang (KRU'S) yang sangat saya rindui...Kredit untuk kalian di saaaannnaaaa Sipitang...

Tahniah,,semoga Allah memberkati dan meredhai kalian sepanjang umur kalian...

Buat warga SIPITANG seluruhnya...Juga yang sama waktu (solat) dengannya...ini ada pengumuman PENTINGGGG!!!!!

09 February 2010

Logo Baru KRU

Bismillah
Alhamdulillah

Saya teruja untuk turut sama memperkenalkan logo Kelab Remaja Ukhuwwah yang baru kepada umum. Maka saya mengambil inisiatif dengan meletakkan logo ini di blog saya. Logo KRU yang saya maksudkan adalah seperti yang anda-anda lihat di bawah ini.
Sebelum itu biar saya terangkan sedikit siapa sebenarnya KRU.

Kelab Remaja Ukhuwwah (KRU) [Link] adalah satu platform yang bernaung di bawah Persatuan Siswazah Sabah (PSS) [Link]. Organisasi ini bertujuan mengumpulkan anak-anak remaja di peringkat sekolah menengah yang mempunyai semangat yang kuat untuk mendalami Islam dan menyampaikan Islam. Di bawah pantauan PSS sendiri, KRU berjaya melebarkan sayapnya hingga hampir seluruh pelosok rantau-rantau di Pantai Barat Sabah diisi oleh cawangan-cawangan KRU termasuklah di daerah kelahiran saya sendiri [Link Kelab Remaja Ukhuwwah Sipitang] .

26 June 2009

Qiamullail SMKPOII kali ke-dua..




Kepada semua pengunjung khususnya adik2 yg di kasihi kerana Allah sekalian....
Untuk makluman semua, pada 27hb Jun (Sabtu) akan diadakan Program Qiamullail Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) seperti berikut :


Masa pendaftaran : 5.30 pm (27 hb Jun)
Hari : 27/06-28/06 (5 ptg Sabtu - 9 pg Ahad)
Tempat : Surau SMK Pengiran Omar II

Tentatif program:

(27/06)-sabtu
5.00 p.m - Pendaftaran peserta
6.30 p.m - Solat maghrib/ kuliah maghrib (peranan remaja Islam)
7.45 p.m - Solat Isya'
8.10 p.m - Makan malam
8.40 p.m - Ice Breaking
9.10 p.m - Tayangan
9.30 p.m - Usrah (Akidah)
10.30 p.m - Minum malam
11.00 p.m - Bacaan Al-mulk/ tidur

(28/06)-ahad
03.30 a.m - Qiamullail/ Zikir munajat
04.45 a.m - Solat Subuh/ bacaan Al-Mathurat/ Kuliah Subuh
06.10 a.m - Riadhoh/ Sarapan
08.00 a.m - Solat sunat Dhuha
08.30 a.m - Lambaian ukuwwah

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل
الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له

“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)
Datang beramai-ramai...(^_^)




JORDAN..

07 June 2009

Mohon Doa semua untuk 7-9 Jun ini...




InsyaAllah esok akan ada lagi satu program khusus untuk adik-adik Kelab Remaja Ukhuwah Sipitang..Tolong doakan ya semoga semuanya berjalan lancar. Hmm..sebenarnya berat juga hati hendak pergi ke sana. Mungkin disebabkan family tengah berkumpul di rumah...Biasalah cuti-cuti ni semua adik beradik balik. So inilah masanya untuk sekeluarga bersenda gurau, bercerita dari a sampai z, bertukar kisah, saling mengenakan dan saling menyelami merapatkan lagi ikatan.

Tiba-tiba saya dapat sms berbunyi,
"malam ni tidur di flat boleh, kak long ambil"

huhu...bila difikirkan berat juga hati hendak tinggalkan kemesraan family..tetapi memikirkan masih banyak kerja dan perancangan yang belum selesai maka hati yang berat terpaksa diringankan jua...

Benarlah kata orang, dugaan meninggalkan keluarga itu kerana jihad bukanlah senang macam makan keropok plastiknya sedia terbuka atau mee goreng sedia terhidang. Tapi berat hati masyaAllah..Allah sahaja yang tahu..

Berat macam mana pun hati, jihad kena diteruskan. Demi meastikan semuanya berjalan lancar kami malam ini berkampung lagi di rumah milik Kak Long...Bilangan peserta sudah mencapai 20 orang.. fasi juga sudah cukup.. tapi pengisian masih belum betul-betul sattle. Adik-adik pula masih sebenarnya perlu dicari lagi untuk meramaikan lagi tenaga-tenaga kerja yang boleh dilatih dan di suntik sedikit vaksin jihad...

Hmm.. Akhirnya pengangkutan sudah ditetapkan..kesian, adik-adik terpaksa juga naik bas..Tapi yang saya kagum, semangat jiwa jihad cilik ini bukan calang-calang juga..hebat juga diorang ni..apapun..tahniah dan semoga semangat ini akan semakin membesar selepas program nanti sebagai kayu ukur program nanti memberi impak yang positif.

Cuma..saya mohon doa dari semua orang, tolong doakan program ini berjalan lancar sebagaimana yang terbaik yang Allah takdirkan.. Amin....Tolong doakan ya..




JORDAN..

03 June 2009

KRIS - Untukmu Sipitang




Alhamdulillah..Kem Remaja Islam(KRIS) untuk kali keduanya di daerah Sipitang baru sahaja tamat. Itulah petanda bahawa besarnya nikmat ALlah..Apa yang lebih untuk saya syukuri adalah, KRIS kali ini sebenarnya diusahakan oleh tenaga-tenaga cilik yang kelihatan sangat ikhlas menyempurnakan program bermula dari kosong sehinggalah segalanya selesai tulen.

Kalau KRIS pertama dahulu saya masih sangat ingat, tenaga-tenaga kelahiran Sipitang hanya 2 orang dibantu oleh seorang Ustazah yang bermastautin di Sipitang lengkap menjadi 3 orang. Walaubagaimanapun seperti KRIS kedua ini, KRIS pertama dulu juga berjalan selancar kurniaan Allah.

Maka hasil tarbiyah KRIS pertama dulu terlahir beberapa tenaga cilik yang masih sangat mentah dalam mengerti mehnah dan tribulasi perjuangan menempah Syurga ini, pun begitu mereka seakan si tegar yang sanggup berkorban tenaga, masa bahkan wang semata-mata untuk melihat KRIS kedua ini berjalan lancar.

"Best nda urus program" tanya saya

"Best kak..tapi payah eh...baru ku pernah ni kak nda mandi 24 jam..." jawab seorang adik yang dia antara yang sangat bersungguh buktinya sampai sanggup mengorbankan masa mandi...lucu...kagum...

Saya tidak menyangka prestasi adik-adik boleh sehebat itu. Mungkin tidak layak lagi panggilan 'cilik' untuk mereka. Masih ingat saya satu ketika dulu ketika kali terakhir saya hadir ke meeting Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) Sipitang sebelum saya kembali ke UM untuk sessi kuliah semester 2 08/09... Raut wajah mereka masih kelihatan sedikit janggal dengan suasana Islam yang baru hadir ke hati mereka. Tapi apa yang saya lihat sekarang jauh bezanya. Bahkan ada antara mereka yang sudah boleh berbicara lagak seorang ustaz memberi ceramah. Nilaiannya, mereka seronok dengan hidup mereka sekarang yang lebih dekat dengan Allah.

Adatnya program, ada juga salah faham berlaku...huhu..pening juga kepala memikirkannya. Tapi jihad mana yang tiada cabaran. kalau tiada cabaran bukan jihad namanya. Kan Syurga itu mahal..jadi mestilah mahar untuk ke sana tinggi nilainya..

Apa yang pasti KRIS kali ini saya yakin banyak meninggalkan kesan di hati semua yang terlibat langsung atau tidak langsung. Terima kasih tidak terhingga kepada semua ahli Kelab Remaja Ukhuwah (KRU) Sipitang, juga semua fasilitator dari Persatuan Siswazah Sabah(PSS) yang seusai KRIS Sipitang terus berkejar ke KRIS KK (1-3hb : semoga pengorbanan kalian akan dinilai Allah sebagai mahar ke Syurga) juga semua penceramah, pemberi-pemberi sumbangan, Pihak Masjid Haji Hashim, guru-guru dan pihak sekolah Sekolah Menengah Pengiran Omar (SMPO), Sekolah Menengah Pengiran Omar 2(SMPO2) dan Sekolah Menengah Padang Berampah(SMPB) Sipitang, ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menjayakan KRIS kali ini.

"kak, kalau ada program minggu depan, bawa saya lagi..rindulah program tu..mula-mula rasa bosan..hehe.." sms saya terima dari seorang adik..Nadhirah namanya.

Alhamdulillah...
Saya yakin dan pasti..beberapa kiraan waktu sahaja lagi, tenaga kerja KRU Sipitang akan semakin bertambah dengan kehadiran mereka-mereka yang benar-benar ingin memilih jalan hidup yang diredhai Allah.

Semoga Islam terus bersinar di daerah Sipitang dan di seluruh dunia...






JORDAN..

14 May 2009

KRIS Sipitang




Kem Remaja Islam Sabah Daerah Sipitang kali ke-2 (KRIS)
Bertempat di Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang
Pada 29 Mei hingga 1 Jun 2009

Doakan semoga semuanya berjalan lancar...








JORDAN..

11 April 2009

PSS : Tahniah Perjuangan Kalian




Pagi ini, saya sempat bersiar-siar di laman maya dan sempat singgah di blog Persatuan Siswazah Sabah [Link] juga Kelab Remaja Ukhuwah[Link]...
Subhanallah
, hanya itu sahaja yang dapat saya lafazkan. Seronok melihat pesatnya perkembangan dakwah mereka, juga sedih kerana tidak dapat bersama-sama dengan mereka.

Saya membayangkan, pasti hasil usaha mereka sehingga sekarang ini telah berjaya membentuk sedikit-sebanyak suasana kondusif berteraskan Islam di bumi Sabah. Kalau dinilai dari segi tenaga dan kekuatan, PSS sebenarnya terdiri daripada tenaga-tenaga muda yang masih dalam komitmen belajar walaupun ada senior-senior yang sudah berkerja sebagai pemantau dan ahli syura mungkin. Tetapi itulah uniknya pejuang-pejuang Islam yang ditarbiyah, sanggup berkorban harta, jiwa, masa bahkan apa sahaja untuk Agama Allah.

Saya teringat status Yahoo Messenger seorang sahabat yang mengatakan "Najib hanya layak jadi PM Sabah dan Sarawak". Aduh... rasanya seperti membara juga hati dalam kelucuan. Status YM tersebut sangat jelas memberi gambaran bahawa Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari sudut pembangunan insan, maksud saya penyebar luasan fikrah Islam sebenar. Kita tidak menafikan Dia (Najib) seorang Perdana Menteri yang baik, kerana dia juga manusia sebenar hanya jika dia benar-benar mengamalkan Islam sebenar...

Hanya saya percaya dengan usaha gigih dari syabab-syabab yang tegar berjihad di Sabah, Allah akan kurniakan nikmat kemenangan itu tidak berapa lama sahaja lagi. Saya yakin itu. Kita tunggu dan lihat kerana kemenangan dan pertolongan Allah itu pasti.

Banyak perkara yang berlaku belakangan ini adakala menjadikan saya sedikit dilanda lemah. Mujur Allah masih sayang pada hambaNya yang satu ini (sebenarnya hamba-Mu ini yang mendamba kasih sayang-Mu, moga kasih sayang-Mu benar-benar sentiasa bersama hamba-Mu ini). Terdetik hati ini untuk membuka blog keduanya PSS dan KRU. Sangat membantu, melihat kegigihan mereka. Kalau mereka begitu teguh dan kuat malah thabat dalam ranjau perjuangan, tidak ada sebab untuk saya membuang masa lemah tidak bermaya. Bukan tidak boleh lemah, tetapi jangan berpanjangan. Kerana itu hanya membantutkan gerak kerja Islam. ..Alhamdulillah...

Ketika saya mendapat tahu seorang sahabat saya dianugerahkan dengan ujian penyakit demam, saya berfikir sendiri, "aik, manusia kebal macam tu pun boleh demam"..Tetapi itulah fitrah manusia. Adakala kita diuji untuk lebih menjadikan kita kuat. Adakala ujian itu mungkin kifarah dosa. Adakala ujian itu sebagai teguran supaya kita tidak terus lalai dan leka. Dan pastinya manusia itu tetap manusia biasa kerana kita adalah hamba,walaupun kita adalah sebaik-baik kejadian.

Apa yang pasti, sekembalinya saya ke tanah air beberapa kiraan hari sahaja lagi (walaupun belum beli tiket sebenarnya) saya sangat berharap untuk dapat sama-sama bersama sahabat-sahabat PSS berjuang di negeri sendiri. Dan apa yang pasti indah dan seronoknya nikmat berjuang di negeri sendiri itu lebih besar, walaupun kita sebagai pejuang tidak boleh memilih tempat untuk berjuang..tetapi saya tetap merasakan keindahan yang luar biasa berjuang di tempat sendiri...

Ya Allah permudahkanlah usaha juang sahabat-sahabatku di sana.. Semoga usaha gigih jihad mereka akan mendapat ganjaran Syurga dan Engkau lindungilah mereka sebagaimana engkau lindungi tentera-tentera Badr. Amin...


Tidak sabar mau join KRIS... Jemput la datang KRIS Sipitang nanti





JORDAN..

25 January 2009

Kelab Remaja Ukhuwah Cawangan Sipitang



Alhamdulillah setelah kemenangan yang berpihak kepada Pro-Jihad di Universiti Malaya, kini tibalah masanya saya mengizinkan diri saya untuk menyediakan ruangan khas di blog ini untuk muda-mudi jihad yang sedang berjuang di bumi lahir saya sendiri.

Alhamdulillah sesungguhnya nikmat yang Allah berikan itu sangat besar sekali. Cuti yang lepas, Allah menganugerahkan bumi Sipitang dengan terlahirnya beberapa orang mujahid-mujahidah kecil hasil pentarbiyahan sabah sendiri. Bermakna tenaga juang di daerah kecil itu bertambah lagi, bermakna sinar harapan baru mula mengintai daerah sempadan Sabah dan Sarawak itu, bermakna lembaran baru daerah itu akan terbuka tidak lama lagi..Amin..

Apa yang sedikit saya kesalkan adalah, keberadaan saya di seberang lautan tidak memungkinkan saya untuk berjuang secara langsung bersama-sama dengan mereka. Pasti saat ini banyak rencana dan program-program yang sedang mereka aturkan mahupun yang sedang mereka jalankan. Moga Allah mempermudahkan segala usaha mereka..

KELAB REMAJA UKHUWAH

Kelab Remaja Ukhuwah boleh dilayari di http://d-kru.blogspot.com/.

Alhamdulillah, KRU sudah berjaya melebarkan sayapnya ke daerah Sipitang. Walaupun mungkin sekarang ini jumlah keahliannya masih belum begitu memberansangkan, tapi saya percaya sedikit masa lagi insyaAllah keahliannya pasti akan bertambah dengan mendadak. Kenapa saya berkata demikian, kerana saya percaya masih ramai lagi adik-adik di sana yang dahagakan ilmu agama dan dahagakan pengetahuan Islam sebenar. Moga dengan tertubuhnya kelab ini akan serba sedikit membantu mereka mencari haluan hidup yang mereka cari berlandaskan jalan menuju Allah.

PROGRAM-PROGRAM MENARIK

Cuti yang lalu, saya sempat juga mengikuti mesyuarat hala tuju kelab. InsyaAllah, akan ada banyak program-program yang menarik akan menyusul. Antaranya kesinambungan Kem Remaja Islam Sabah Sipitang (KRIS) kali kedua, Kem Smart Solat,Sebaran Risalah ke Masjid-Masjid, Rehlah Tarbiyah, Usrah dan bermacam lagi program menarik yang bertemakan dakwah.

Hari ini juga saya dikhabarkan mereka akan ber'rehlah'. Rugi rasanya tidak dapat ikut serta.

KEWANGAN

Tuntutan meterial zaman ini sememamngnya sentiasa menjadi persoalan pokok. Bukan sahaja pokok tetapi akar umbi setiap perkara. Kapasiti material yang tidak begitu mengizinkan pasti akan membantutkan gerak-kerja dakwah. Lebih-lebih lagi ahli-ahli KRU hanyalah adik-adik yang masih berada di sekolah menengah tetapi bersemangat tinggi untuk dakwah Islam.

Oleh yang demikian suka saya memohon jasa baik pembaca-pembaca budiman andai sekiranya ingin menambah saham Akhirat bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun saya

Akaun BSN
Nazifatunnisa Salim
No Akaun : 10090010190527
Email : nisaadira@yahoo.com


Atau sumbagan secara terus kepada Ustazah Feriza yang boleh ditemui terus di Sekolah Menengah Pengiran Omar Sipitang.

Semoga Allah merahmati dan memberkati jasa baik kalian.

CADANGAN DAN PENAIKTARAFAN

Islam itu agama nasihat. Maka jika sekiranya saudara-saudari pembaca sekalian ada cadangan yang ingin diutarakan untuk KRU Sipitang saya sangat mengalu-alukan dan berterimakasih atas keprihatinan saudara-saudari sekalian.

Saya juga dengan penuh rasa rendah diri mohon dari saudara-saudari pembaca sekalian untuk mendoakan kejayaan yang berkekalan kepada kelab ini dan juga mohon semoga usaha dan penat lelah mereka bukan hanya dinilai sebagai jihad semata, tetapi juga sebagai mahar untuk ke Syurga.

Sesungguhnya Yang Baik Itu Tetap Datangnya Dari Allah dan Segala-galanya adalah Miliknya..

Allahua'lam.







JORDAN..

05 November 2008

YB Sipitang dari kaca mata seorang Anak Buah




ADUN Sipitang : YB Haji Ahmad Bin Bujang

-> YB yang mewakili Barisan Nasional

-> Berasal dari Kampung Sindumin Sipitang

-> Mempunyai taraf pelajaran yang tinggi ( PHD klu tak silap )

-> Mempunyai 4 orang anak ( 2 lelaki dan 2 perempuan )

-> Berbangsa Kedayan

-> Seorang PakCik yang sangat baik, bertanggungjawab dan dihormati

-> Suka menolong Orang

-> Tidak kedekut kalau minta sumbangan

-> Seorang anak yang baik kepada nenek

-> Selalu buat hari raya terbuka di rumah nenek

-> bersederhana

Ketika aku menulis posting ini, aku sempat menjenguk-jenguk dalam google kalau-kalau ada apa-apa yang boleh ku kutip untuk menambah resepi tulisanku ini agar lebih sedap dibaca..

Tidak sia-sia pencarianku kerana banyak juga maklumat yang boleh aku perolehi. Dan ini buah tangan aku untuk pembaca sekalian..

Gambar Pakcikku yang sangat baik (^_^)


maaf lah hanya satu gambar sahaja..Tak banyak kerana yang ini pun aku dapat dari internet, dua la termasuk yang kat atas.

Tapi ada lagi satu buah tangan yang juga aku temui dari pautan browse google "DUN Sindumin"

Blog Wakil Keadilan DUN Sindumin
Cek It Out

Ketika Pilihan Raya 12 hari tu aku tidak berkesempatan melihat panorama dan kehangatan Pilihan Raya di tanah tumpah darahku sendiri. Kerana aku ketika itu berada di bumi perantauan tidak dapat balik..

Sedikit cerita mengenai Hj. Ramli yang aku tau, dia ni dulu bertanding atas parti BEBAS. Ramai juga yang suka kat dia..Kononya hampir nak kalah YB BN ketika itu.. Tapi entah macam mana, kemenangan tetap berpihak pada BN..begitulah..

Tapi tak sangka pula kali ini dia bertanding atas parti keadilan iaitu satu komponen parti dari pakatan rakyat.


31 October 2008

Sipitang:Membangun Bersama Islam..InsyaAllah...episod 1

 

Sipitang adalah daerah kecil dari bumi Sabah. Kalau diperhatikan dari sudut geografi, Sipitang terletak di sempadan antara Sabah dan Sarawak.

MENGENAI SIPITANG

Daerah Sipitang terletak kira-kira 144 km dari Kota Kinabalu, 44 km dari daerah Beaufort dan 54 km dari Lawas (Sarawak). Bersempadan dengan daerah Beaufort di utara, daerah Tenom di timur dan Kalimantan (Indonesia) dan Negeri Sarawak di selatan. Di sebelah baratnya ialah Teluk Brunei (berjiran dengan Negara Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan.)


Keluasan daerah Sipitang ialah 2,732.49 km persegi atau 273,249.69 hektar (675,200 ekar). Daripada keluasan tersebut, hutan simpan merupakan kawasan terbesar merangkumi 73.6 persegi daripada seluruh daerah. Pekan Sipitang merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Sipitang. Ia juga mempunyai kawasan perkadaran yang terbesar dengan keluasan 302.3 hektar. Pekan Mesapol merupakan pekan yang kedua terbesar dengan keluasan 134.7 hektar disusuli dengan pekan Sindumin 5.2 hektar.

Mengikut banci penduduk 2000, penduduk daerah Sipitang berjumlah 29,.311 orang. Kaum-kaum yang terbesar ialah Kedayan, Murut, Lundayeh dan Brunei. Lebih kurang 79% daripada jumlah penduduk ialah bumiputera.

www.gatasipitang.gov.my/mengenaisipitang.htm


<--- Masjid Hj-Hashim Sipitang

Kaum yang mendominasi Sipitang mengikut kajian adalah kaum kadayan (setau saya ejaan dia Kedayan) iaitu sebanyak 65%, dan agama rasmi bagi kaum ini adalah Islam (saya juga berbangsa Kedayan). Diikuti oleh kaum Lundayeh dan Murut, yang biasanya beragama Kristian.

Melihat kepada bilangan bangsa Kedayan yang mendominasi Sipitang sudah tentu Agama Islam juga yang mendominasi agama-agama lain di Sipitang (harapnya begitu). Cuma yang saya bimbangkan jika ada kes-kes terpencil lagi tersorok apabila ada dari kalangan Umat Islam di Sipitang yang tanpa sedar telah berpaling dari Islam. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini mengenai Sabah, Sipitang juga tidak ketinggalan dari menghadapi masalah penghayatan dan kefahaman tentang Islam yang kurang. Bahkan mungkin ada yang tidak mengenal apa itu Islam walaupun mengaku mereka beragama Islam.

Di kampung-kampung misalnya, mengikut pengalaman dan kajian tidak rasmi saya sendiri, tidak ramai dari keluarga-keluarga Islam yang mendidik anak-anak mereka untuk mengerjakan solat (bagaimana hendak mendidik anak kalau ibu bapa sendiri tidak pernah solat). Belum masuk bab puasa dan menutup aurat.

Tetapi bukan tiada seisi rumah yang damai dengan biah Islam.. Ada dan bilangannya sangat keecill.. Mungkin hanya 2, 3 rumah dari 50 buah.

Memikirkan segala cabaran dan dugaan ini, mungkinkah Daerah Sipitang akan membangun bersama Islam?
kita tunggu dan lihat....
JORDAN..
 

FikrahNazifa Template by Ipietoon Cute Blog Design